Air terjun di Kedah

Senarai air terjun di Kedah yang menarik untuk dikunjungi. Titi Hayun, Batu Hampar, Seri Perigi dan Puteri Mandi di Yan. Lata Bukit Hijau, Lata Bayu di Baling. Lata Mengkuang di Sik. Bukit Wang di Jitra. Puncak Janing di Kuala Nerang dan lata Junjong di Kulim.

Lata Bukit Hijau

Lata Bukit Hijau Baling Kedah

Lata Bukit Hijau ialah air terjun cantik yang terletak di Baling, Kedah. Ia boleh dikatakan air terjun paling cantik di negeri ini. Sekitar tahun 90an, ia sangat popular dan sering menjadi pilihan orang-ramai berkelah di hujung minggu atau cuti umum.

Setelah lama tidak berkunjung kesini, saya mengambil keputusan untuk membawa keluarga pada cuti sekolah bulan Disember 2019. Disini saya kongsikan maklumat tentang air terjun menarik di Baling kepada anda pengunjung setia laman web percutian bajet.

Titi Hayun Yan Kedah - Panduan percutian 2020

Titi Hayun Yan Kedah

Titi Hayun ialah kawasan peranginan air terjun yang terletak di daerah Yan, Kedah. Ia adalah tempat menarik yang tidak asing lagi di daerah pelancongan ini. Tempat ini telah dibangunkan dengan baik. Kemudahan awam disediakan termasuk resort yang menyediakan chalet penginapan untuk pengunjung yang ingin bercuti disini.

Selain mandi-manda, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Titi Hayun. Jika anda merancang untuk berkunjung kesini, saya syorkan anda bawa pakaian dan kasut yang sesuai untuk jungle trekking. Jika tidak, kunjungan anda kesini tidak akan sempurna.

Air terjun Lata Bayu Baling

Air terjun Lata Bayu Baling

Lata Bayu ialah tempat peranginan air terjun yang sangat popular bukan sahaja di Baling, malah di Kedah dan negeri berhampiran seperti Perak dan Pulau Pinang. Ia menjadi destinasi perkelahan keluarga, perjumpaan kelab dan semestinya untuk aktiviti mandi air terjun.

Bagi anda yang belum pernah mendengar nama air terjun ini, ia adalah taman rekreasi dan kawasan perkelahan yang sangat menarik. Ia terkenal kerana mempunyai air terjun bertingkat yang cukup cantik. Sesiapa saja yang berkunjung kesini pasti memuji akan keindahan semulajadi air terjun ini.

Rimba Rekreasi Lata Mengkuang Sik

Rimba Rekreasi Lata Mengkuang Sik

Rimba Rekreasi Lata Mengkuang ialah kawasan peranginan menarik yang terletak di Sik, Kedah. Ia cukup popular satu ketika dahulu kerana memiliki air terjun yang cantik. Terdapat dua lokasi tumpuan iaitu kawasan air terjun yang terletak dibahagian atas dan kawasan rekreasi dibawah. Kedua-duanya mempunyai tarikan tersendiri.