Aktiviti menarik Langkawi

Senarai aktiviti pelancongan yang ada di Langkawi untuk dilakukan. Berbagai aktiviti menarik seperti trekking, flying fox, parasailing, jetski, banana boat, atv ride dan sebagainya disediakan untuk pelancong.

Mangroves tour Kilim Geoforest Park Langkawi

Mangroves Tour Kilim Geoforest Park

Salah satu aktiviti paling popular di Langkawi ialah mangroves tour. Faktor utamanya ialah kerana disini terdapat rizab alam sekitar seluas hampir 100 km persegi yang dikenali sebagai Kilim Geoforest Park. Ia telah diisytihar oleh UNESCO sebagai warisan geologi purba yang berusia lebih 500 juta tahun. Taman ini mempunyai keajaiban alam semula jadi yang tidak terkira banyaknya serta mengandungi pelbagai jenis flora dan fauna.

Snorkeling ke Pulau Payar

Pulau Payar Kedah

Pulau Payar terkenal sebagai destinasi popular untuk melakukan aktiviti snorkeling. Jika anda bercuti ke Langkawi, ia adalah salah satu pilihan aktiviti yang boleh dilakukan. Cuma masa yang perlu anda peruntukan agak lama iaitu hampir satu hari. Untuk mendapatkan pakej ini, anda boleh survey sendiri di Internet atau dapatkan melalui hotel penginapan anda.

Disini saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan Pulau Payar dan juga aktiviti snorkeling di sana semoga dapat membantu pengunjung yang merancang untuk melakukan aktiviti menarik ini.

Aktiviti lasak di Langkawi

Aktiviti Skybike Langkawi

Aktiviti lasak adalah tarikan pelancongan yang popular di Langkawi. Berbagai jenis aktiviti lasak ditawarkan seperti aktiviti air, alam semulajadi dan aktiviti darat yang mengujakan. Kali ini saya syorkan beberapa aktiviti paling menyeronokkan yang boleh anda cuba bila bercuti di pulau ini.

Anda juga boleh melihat halaman Tempat menarik di Langkawi untuk melihat senarai penuh destinasi pelancongan lain.

Sunset Dinner Cruise Langkawi

Sunset Dinner Cruise Langkawi

Salah satu aktiviti menarik di Langkawi yang cukup meninggalkan kesan ialah Sunset Dinner Cruise. Anda akan dibawa menaiki bot atau kapal cruiser merentas lautan melihat pemandangan menarik sekitar Pulau Langkawi. Didalam perjalanan, beberapa aktiviti disediakan seperti memancing ikan, mandi laut dan makan malam sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Saya berkongsi pengalaman serba ringkas berserta sedikit ulasan mengenai trip Sunset Dinner Cruise ini sebagai panduan pengunjung yang berminat dengan aktiviti ini.

Island hopping Langkawi

Island Hopping Langkawi

Island hopping Langkawi ialah salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan jika anda bercuti ke pulau Mahsuri ini. Pengunjung akan dibawa menaiki bot ke beberapa lokasi pelancongan yang ada diperairan Langkawi. Tarikan utama ialah Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Terdapat dua lokasi dimana pelancong boleh memilih untuk mengikuti pakej island hopping Langkawi. Lokasi utama ialah di Jeti Pekan Rabu, Kuah. Satu lagi lokasi ialah di Awana Porto Malai Terminal di Pantai Tengah.

Pulau Dayang Bunting Langkawi

Pulau Dayang Bunting Langkawi

Pulau Dayang Bunting ialah salah satu destinasi pelancongan menarik yang mesti dilawati jika anda bercuti ke Langkawi. Tarikan utama ialah keindahan tasik air tawar yang luas dan alam semulajadi yang masih terpelihara di pulau ini. Selain itu, beberapa aktiviti pelancongan turut disediakan untuk pengunjung seperti berkayak, merentas hutan, dan lain-lain. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi maklumat tentang pulau ini sebagai panduan anda yang merancang untuk ke mari.

Pakej percutian bajet ke Langkawi 3 hari 2 malam

Aktiviti Banana Boat

Kami menyediakan pakej percutian bajet ke Langkawi dengan harga yang sangat berpatutan. Pakej untuk penginapan satu bilik (2-3 orang) untuk pakej 3 hari 2 malam boleh didapati dengan harga semurah RM180 seorang. Pakej termasuk penginapan 3 hari 2 malam, kereta sewa dan island hopping. Terdapat tiga jenis pakej murah ke Langkawi yang boleh dipilih iaitu: