Aktiviti menarik Penang

Senarai aktiviti pelancongan menarik di Penang untuk dilakukan. Berbagai aktiviti menarik seperti mandi air terjun, mandi laut, jungle trekking, parasailing, jet ski, banana boat dan sebagainya disediakan untuk pelancong.

Penang street mural - street art

Penang Street Mural

Penang street mural dan street art adalah salah satu tarikan pelancongan menarik untuk dilawati. Terdapat beberapa lokasi yang boleh dikunjungi iaitu di George Town, Balik Pulau Dan Butterworth. Banyak hasil seni pelukis luar negara dan pelukis tempatan yang cukup kreatif dihasilkan di dinding-dinding bangunan.

Selain itu, terdapat karikatur yang diperbuat dari besi pada dinding bangunan yang sangat menarik sekitar di George Town. Jika bercuti disini, anda pasti terjumpa beberapa karikutur dengan dialog melucukan. Ia juga menarik untuk dijejaki.

Feri Penang - aktiviti menarik yang dilupakan!

Artikel feri Penang

Feri Penang adalah perkhidmatan penting yang menjadi penghubung utama antara tanah besar dan Pulau Pinang sebelum wujudnya Jambatan Pulau Pinang. Malah sehingga sekarang ia merupakan pengangkutan utama bagi orang awam yang tidak menggunakan kenderaan untuk berulang-alik antara tanah besar dan Pulau Pinang.

Top 10 aktiviti menarik di Penang

Top 10 aktiviti di Penang

Berikut adalah senarai top 10 aktiviti menarik di Penang yang paling popular dikalangan pelancong. Ada 3 jenis aktiviti semuanya iaitu aktiviti percuma, aktiviti berbayar dan aktiviti banyak kena bayar. Ada aktiviti yang mengambil masa agak lama. Ada juga aktiviti yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Pandai-pandailah anda atur aktiviti mana yang hendak dilakukan.