Alor Setar

Tarikan pelancongan seperti aktiviti dan tempat menarik di Alor Setar termasuk tempat membeli-belah, kebudayaan, sejarah dan warisan serta taman rekreasi.

Tempat menarik di Alor Setar Kedah

Muzium Padi Alor Setar

Alor Setar ialah sebuah bandaraya cantik yang menjadi ibu negeri Kedah Darul Aman. Terdapat berbagai tarikan yang menjadikan ia sebagai tumpuan pelancong termasuk lokasi menarik, tempat-tempat bersejarah dan destinasi membeli-belah. Mungkin ramai yang ingin tahu tentang destinasi menarik yang ada di sekitar pusat bandaraya ini. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tempat-tempat menarik di Alor Setar Kedah yang boleh anda lawati jika berkunjung ke sini.