Baling

Senarai tempat-tempat menarik di Baling yang mesti dilawati. Terdapat beberapa air terjun yang cantik sesuai untuk perkelahan. Selain itu, beberapa aktiviti menarik juga boleh dilakukan jika bercuti di daerah ini.

Air terjun Lata Bayu Baling

Air terjun Lata Bayu Baling

Lata Bayu Baling ialah tempat peranginan air terjun yang sangat popular bukan sahaja di Kedah, malah di negeri berhampiran seperti Perak dan Pulau Pinang. Ia menjadi destinasi perkelahan keluarga, perjumpaan kelab dan semestinya untuk aktiviti mandi air terjun.

Bagi anda yang belum pernah mendengar nama air terjun ini, ia adalah taman rekreasi dan kawasan perkelahan yang sangat menarik. Ia terkenal kerana mempunyai air terjun bertingkat yang cukup cantik. Sesiapa saja yang berkunjung kesini pasti memuji akan keindahan semulajadi air terjun ini.