Blogs

Langkawi, Ramadan dan Percutian

Salam Ramadan kepada semua muslimin dan muslimat serta pencinta aktiviti percutian. Langkawi seperti daerah dan bandar lain menyusuri bulan berkat ini iaitu Ramadan. Tetapi di sini terdapat beberapa peluang dan suasana yang berlaian di tawarkan kepada sesiapa yang ingin bercuti di Langkawi pada bulan Ramadan.

Tarikan pelancongan

Antara tawaran yang terdapat semasa di bulan Ramadan ialah:

Melaka River Cruise

Melaka River Cruise ialah aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan jika anda ke bandar Melaka. Anda akan dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Melaka sejauh sembilan kilometer untuk melihat berbagai tarikan yang ada disepanjang tebing sungai. Ia adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Perjalanan selama 45 minit bagaikan tak terasa. Disini saya senaraikan apa yang menarik boleh diperhatikan semasa mengikuti aktiviti river cruise di Sungai Melaka sebagai panduan anda yang berminat untuk mencuba.

Tempat menarik di bandar Melaka

Melaka memang banyak pusat pelancongan menarik yang boleh dilawati. Malah jika diikutkan, percutian 3 hari 2 malam belum cukup untuk melawat semua tempat menarik di bandar Melaka sahaja, belum lagi di daerah lain. Dari perbualan dengan pelancong luar yang ditemui, ada yang telah tinggal lebih dari dua minggu bagi mengikuti sepenuhnya tarikan yang ada di sini. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi keistimewaan yang ada disekitar bandar Melaka sebagai panduan anda.

Island hopping Langkawi

Island hopping Langkawi ialah salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan jika anda bercuti ke pulau Mahsuri ini. Pengunjung akan dibawa menaiki bot ke beberapa lokasi pelancongan yang ada diperairan Langkawi. Tarikan utama ialah Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Terdapat dua lokasi dimana pelancong boleh memilih untuk mengikuti pakej island hopping Langkawi. Lokasi utama ialah di Jeti Pekan Rabu, Kuah. Satu lagi lokasi ialah di Awana Porto Malai Terminal di Pantai Tengah.

Melawat Muzium Samudera Melaka

Muzium Samudera terletak berhadapan dengan Craft Centre atau Medan Samudera. Didalamnya terdapat dua buah muzium iaitu Muzium Kapal dan Muzium Maritim. Paling menyerlah tentu sekali Muzium Kapal kerana ianya cukup unik dan menarik perhatian. Kapal ini dibina pada tahun 1990 replika kepada kapal Portugis iaitu Flor de La Mar. Pengunjung berpeluang melihat bagaimana keadaan dalam kapal zaman dahulu. Berbagai maklumat berkenaan kerajaan Melaka pada zaman dahulu boleh didapati disini. Pameran meliputi lukisan, peta, replika kapal dan beberapa artifek berkaitan perdagangan di Melaka.

Pages

Subscribe to RSS - blogs