Blogs

Makan malam di PNK Melaka Barat

PNK Melaka Barat merupakan salah sebuah pusat pelancongan di Melaka yang semakin popular. Jika anda tidak pernah mendengar sebelum ini, PNK ialah ringkasan kepada Persatuan Nelayan Kawasan. Perkhidmatan pelancongan yang ditawarkan disini ialah Medan ikan bakar dan juga bilik penginapan yang diberi nama Chalet Nelayan. Editor Percutian Bajet berpeluang ke Melaka cuti sekolah baru-baru ini dan sempat bermalam serta menjamu selera di sini. Jadi berikut adalah maklumat ringkas serta huraian kami mengenai lokasi percutian ini dan juga perkhidmatan yang diberi.

Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani

Saya berpeluang mengikuti 'Karnival Bangkit' Suria FM Bersama Artis Di Sungai Petani yang diadakan di Aman Jaya Mall. Karnival tersebut memang menarik dan sangat meriah tetapi saya taknak cerita tentang perkara tersebut. Sebaliknya, apa yang ingin saya kongsikan ialah tempat makan yang sangat sedap di Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani.

Langkawi Alam Semulajadi Dan Aktiviti Tali Tinggi

Salam pelancongan dari pulau yang penuh magika berkaitan alam semula jadi. Seperti dunia telah maklum Langkawi terkenal dengan kawasaan geopark yang sangat unik dan menarik. Salah satu tempat alam semulajadi yang menarik terdapat di Langkawi ialah sebuah gunung yang paling tinggi di langkawi iaitu Gunung Raya. Di sini terdapat aktiviti tali tinggi yang menggunakan alam semulajadi yang terdapat di dalam keindahan hutan di Gunung Raya.

Feri Langkawi - Jadual dan harga tiket

Feri Langkawi ialah pengangkutan utama yang membawa pelancong dan juga penduduk Langkawi yang berulang-alik dari pulau ke tanah besar. Terdapat beberapa lokasi yang menyediakan perkhidmatan feri iaitu di Perlis, Kedah dan juga Pulau Pinang. Bagi pengunjung yang ingin ke pulau Langkawi, tiket feri boleh dibeli secara terus di jeti tanpa perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, orang-ramai juga boleh membeli tiket feri secara online. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi maklumat mengenai feri Langkawi sebagai rujukan pengunjung.

Makan tengahari di Gerai Kak Chaq Ikan Bakar Gurun Kedah

Hai,
Aku amat suka makan. Kalau orang tanya apa yang aku suka makan. Rasanya takda yang spesifik, semua aku suka makan dan yang pasti halal ok. Selain dari masak kat rumah, sekali sekala nak juga tukar angin makan kat kedai pula, nak rasa air tangan orang lain juga. Kalau bab makan memang aku agak jerewet, kalau tak sedap aku terus terang cakap tak sedap, kalau sedap insyallah aku datang lagi dan suggest kan pada orang lain.

Pages

Subscribe to RSS - blogs