Blogs

Jom Bercuti Dilangkawi : LILAC 2015

LILAC 2015 merupakan singkatan ke pada LANGKAWI INTERNATIONAL LAKSA CARNIVAL 2015. Acara ini merupakan acara tahunan yang di anjurkan di Pulau Langkawi, Kedah. Bagi sesiapa yang bercuti ke Langkawi, bolehlah melihat atau menyertai pertandingan ini.

Maklumat Acara adalah seperti berikut:

Tarikh : 29 -31 Mei 2015
Lokasi : Laman Padi (di kawasan pantai cenang)
Chef Selebriti : Farah Quin

Jom Bercuti Di Langkawi : Produk Terbaharu Di Langkawi

Sky tour Langkawi.NAMA PRODUK TERBAHARU: SKY TOUR LANGKAWI
Lokasi : Parking berhadapan pintu keluar Jeti Kuah

Senarai tempat menarik di Cameron Highland untuk dilawati

Tanah Tinggi Cameron Highland adalah sebuah pusat peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Suasana disekitar Cameron Highland yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan pula pengunjung akan dapat menghirup udara segar dipagi hari. Berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan pengunjung lupa seketika masalah kerja.

Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis

Putra Brasmana Hotel ialah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Kuala Perlis, Perlis. Ia adalah pilihan yang baik untuk dijadikan penginapan sepanjang percutian di Perlis. Lokasinya yang berhampiran dengan laut amat sesuai bagi mereka yang sukakan pemandangan indah dari bilik hotel. Terdapat berbagai kemudahan yang disediakan didalam bilik cukup untuk memberi keselesaan sepanjang penginapan anda disana.

Pasar malam Guar Chempedak

Pasar malam Guar Chempedak adalah antara yang terbesar di Daerah Yan. Orang ramai dari sekitar daerah ini datang untuk membeli barang keperluan harian dan juga makanan. Di bangunan tepi pasar malam ini terdapat surau di tingkat 1 yang sangat luas dan digunakan oleh peniaga serta orang-ramai untuk solat berjemaah. Kemudahan tandas juga ada disini. Cukup besar dan bersih.

Pasar malam ini beroperasi setiap hari Sabtu. Ia bermula dari seawal pukul 5 petang dan berakhir sekitar 10 malam. Lokasinya adalah berhampiran lampu isyarat pekan Guar Chempedak jalan menghala ke Yan.

Pages

Subscribe to RSS - blogs