aisya's blog

Restoran Nasi Padang Langkasuka, Sungai Petani

Jika anda bercuti ke Sungai Petani dan mencari tempat makan yang menyediakan makanan lain dari biasa, anda boleh mencuba Restoran Nasi Padang Langkasuka. Restorannya sangat luas dan selesa. Ia juga nampak sangat bersih. Antara makanan yang disediakan di restoran ini ialah nasi campur, berbagai menu ayam penyet, bakso, soto, lontong dan beberapa jenis makanan Indonesia yang lain. Saya sempat berkunjung ke restoran ini untuk makan tengahari sewaktu bercuti ke The Carnival Water Park, Sungai Petani baru-baru ini.

Pasar Kemboja di Malaysia

Pasar Kemboja di Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis pakaian murah yang dijual secara borong dan runcit. Antara pakaian yang dijual di Pasar Kemboja ialah baju kurung, tudung, selendang, kain pasang, pakaian lelaki dan kanak-kanak serta lain-lain lagi. Disebabkan pengunjung dapat membeli pakaian dengan harga borong, ramai yang mendapat manafaat dengan berniaga kecil-kecilan secara online. Malah ramai yang sanggup datang dari jauh untuk membeli-belah di pasar kemboja ini.

Tempat menarik di Yan, Kedah

Daerah Yan, Kedah merupakan salah satu pusat pelancongan menarik di negeri Kedah. Daerah ini mempunyai daya tarikan utama pusat peranginan Gunung Jerai, taman rekreasi air terjun yang banyak, pantai menarik dan berbagai destinasi pelancongan lain ynag mengundang pelancong ke daerah ini. Artikel kali ini akan memaparkan keunikan dan tempat-tempat menarik di Yan, Kedah sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti di daerah ini.

Tempat makan sedap di Sungai Petani, Kedah

Salah satu aktiviti menarik semasa bercuti disesuatu tempat ialah merasa makanan tempatan. Jika anda bercuti ke Sungai Petani, Kedah, pastikan anda singgah merasa makanan di tempat makan sedap yang kami senaraikan ini.

Nota: Untuk melihat tempat-tempat menarik lain di Kedah, sila lawati halaman Tempat menarik di Kedah mengikut daerah.

Tempat menarik di Cameron Highland mesti dilawati

Kami ingin berkongsi senarai tempat menarik di Cameron Highland yang mesti dilawati semasa bercuti disana. Tempat-tempat ini dipilih berdasarkan keunikan, keindahan dan beberapa faktor lain termasuk harga tiket bayaran masuk yang dikenakan. Kebanyakan destinasi pelancongan ini adalah percuma melainkan beberapa tempat yang berbayar. Namun kami merasakan ianya berbaloi dan tidak membebankan, jadi kami syorkan kepada anda.

Pages

Subscribe to RSS - aisya's blog