Cameron Highlands

Senarai tempat menarik di Cameron Highland untuk dilawati termasuk maklumat destinasi pelancongan, harga tiket serta aktiviti yang boleh dilakukan. Ia merupakan destinasi percutian tanah tinggi paling popular di Malaysia sesuai untuk keluarga, honeymoon dan juga rombongan.

Pasar malam Cameron Highlands

Pasar malam Cameron Highlands

Pasar malam Cameron Highlands adalah salah satu destinasi popular untuk membeli-belah bagi pengunjung yang bercuti di peranginan tanah tinggi ini. Berbagai barangan tempatan boleh dibeli dengan harga yang lebih berpatutan disini.

Apa yang dijual di pasar malam ini sebenarnya hampir sama dengan pasar pagi Kea Farm. Berbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan pokok-pokok bunga dijual dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. Selain itu, pakaian dan juga barangan cenderahati banyak dijual disini.

Green View Garden Cameron Highlands

Green View Garden Cameron Highlands

Green View Garden ialah salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang terbaik dan mesti dilawati. Disini ada segalanya seperti taman bunga, kebun strawberi, cafe, kedai cokelat dan kedai barangan produk tempatan. Masuk adalah percuma. Tempat letak kereta juga disediakan percuma.

Tempat ini sangat cantik dengan rekaan dalaman yang kemas dan menarik. Ia juga cukup luas membolehkan pengunjung berjalan dengan selesa.

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

MARDI Cameron highlands

Bagi pelancong yang bercuti di Cameron Highlands, Taman Agroteknologi MARDI adalah destinasi menarik yang mesti dikunjungi. Lokasinya ialah di Tanah Rata. Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan, ia turut menyediakan berbagai tarikan seperti taman bunga beraneka jenis, ladang teh, strawberi dan lain-lain bagi menggamit pengunjung. Ia turut menawarkan aktiviti pelancongan seperti jungle trekking, lawatan kilang pemprosesan dan penyelidikan.

Panduan bercuti di Cameron Highlands

Ladang Teh Cameron Highlands

Tanah Tinggi Cameron adalah sebuah pusat peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Suasana persekitaran yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan pula pengunjung akan dapat menghirup udara segar dipagi hari. Berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan pengunjung lupa seketika masalah hidup.

Tempat menarik di Cameron Highland mesti dilawati

Pasar Kea Farm Cameron Highland

Kami ingin berkongsi senarai tempat menarik di Cameron Highland yang mesti dilawati semasa bercuti disana. Tempat-tempat ini dipilih berdasarkan keunikan, keindahan dan beberapa faktor lain termasuk harga tiket bayaran masuk yang dikenakan. Kebanyakan destinasi pelancongan ini adalah percuma melainkan beberapa tempat yang berbayar. Namun kami merasakan ianya berbaloi dan tidak membebankan, jadi kami syorkan kepada anda.