Tempat menarik di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau pelancongan yang popular di Malaysia. Tarikan utama pelancong ialah kecantikan pantai, air laut yang jernih dan laut yang kaya dengan coral serta hidupan laut yang cantik. Pulau Pangkor juga merupakan pulau bersejarah dimana ia pernah menjadi kubu Belanda pada zaman dahulu. Buat pengunjung yang ingin merancang percutian bajet ke Pulau Pangkor, ini ialah maklumat aktiviti pelancongan dan tempat menarik di Pulau Pangkor untuk panduan anda.

Nota: Untuk melihat pulau peranginan lain yang menarik di pantai barat semenanjung Malaysia, sila lawati Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi.

Lokasi

Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka. Ia termasuk dalam daerah Manjung didalam Negeri Perak Darul Ridzuan. Bandar terhampir dengan Pulau Pangkor di tanah besar ialah Lumut. Para pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor akan menaiki feri dari Jeti Lumut.

Peta Pulau Pangkor menunjukkan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Pengangkutan

Pengunjung yang hendak ke Pulau Pangkor boleh membawa kenderaan sendiri hingga ke bandar Lumut. Jika melalui lebuhraya dari selatan. anda boleh mengikut susur keluar Bidor, manakala dari utara anda boleh mengikut susur keluar Changkat Jering. Terdapat kawasan meletak kereta yang luas disediakan seperti tempat meletak kereta persendirian, perkarangan masjid Lumut atau parking bertingkat Majlis Perbandaran Manjung. Melainkan waktu puncak musim cuti sekolah atau cuti umum, kawasan letak kereta ini memang mencukupi. Pelancong yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor juga boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas atau teksi. Banyak syarikat bas ekspress dari bandar utama di Malaysia yang menyediakan perjalanan ke Manjung atau terus ke Lumut.

Seterusnya, pengunjung perlu mendapatkan tiket feri di Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Terdapat banyak feri yang beroperasi seawal 6.30 pagi hingga 8.30 malam. Kadar tambang untuk dewasa ialah RM10.00 manakala kanak kanak RM5.00. Perjalanan feri ke Pulau Pangkor mengambil masa kira-kira 45 minit. Apabila tiba di Pulau Pangkor, terdapat van pelancongan atau teksi yang boleh membawa pengunjung ke resort atau chalet penginapan. Pengunjung boleh menyewa basikal, motosikal atau kereta jika hendak melawat tempat bersejarah atau mengunjungi tempat menarik di Pulau Pangkor.

Pengunjung juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air dari Kuala Lumpur terus ke lapangan terbang Teluk Dalam, di Pulau Pangkor.

Jeti Lumut dimana pengunjung boleh mendapatkan feri ke Pulau Pangkor.

Tempat bersejarah untuk dilawati

Pulau Pangkor pernah menjadi penempatan Belanda yang ingin menjajah Perak. Terdapat peninggalan Kubu yang dibina sebagai pertahanan dari serangan pahlawan-pahlawan melayu Perak. Antara tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah:

  1. Kota Belanda - Terletak di Teluk Gedung, Pulau Pangkor.
  2. Batu Bersurat - Terletak di Teluk Gedung, Pulau Pangkor.
  3. Perkuburan Belanda - Terletak di Sungai Pinang.

Kota Belanda di Pulau Pangkor.

Pantai menarik di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor mempunyai beberapa pantai menarik yang boleh dikunjungi. Pantainya yang berpasir bersih, air laut yang jernih dan pohon melambai dipersisiran pantai adalah tarikan para pelancong ke pulau ini. Berikut ialah senarai pantai di Pulau Pangkor:

  1. Pantai Teluk Nipah.
  2. Pantai Pasir Bogak.
  3. Pantai Teluk Ketapang (Turtle Bay).
  4. Teluk Man.
  5. Pantai Puteri Dewi.
  6. Teluk Dalam.
  7. Teluk Cempedak.
  8. Teluk Gedung.
  9. Teluk Segadas.
  10. Coral bay.

Pantai menarik di Pulau Pangkor.

Pulau menarik

Terdapat beberapa pulau kecil disekitar Pulau Pangkor. Pengunjung yang ingin ke pulau-pulau ini boleh menyewa bot atau mengambil pakej aktiviti yang ditawarkan.

  1. Pulau Pangkor Laut - Pangkor Laut Resort, Emerald Bay.
  2. Pulau Mentangor.
  3. Pulau Giam.

Pangkor Laut Resort yang terletak di Pulau Pangkor Laut.

Tempat menarik di Pulau Pangkor

Tempat menarik lain di Pulau Pangkor yang boleh dikunjungi ialah:

  1. Kilang Satay Fish - Kilang Hai Seng Hin.
  2. Kilang ikan bilis.
  3. Tukang bot.
  4. Taman Fu Lin Kung
  5. Pekan Pangkor
  6. Lapangan Terbang Teluk Dalam

Ikan kering yang di jual di kilang ikan bilis Pulau Pangkor.

Aktiviti menarik di Pulau Pangkor

Berbagai aktiviti menarik ada di Pulau Pangkor yang boleh dilakukan sepanjang percutian anda disana. Ada aktiviti yang memerlukan pakej dan ada yang tidak. Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan ialah:

  1. Mandi laut dan bersantai di tepi pantai melihat pemandangan menarik.
  2. Melawat tempat menarik di sekitar pulau - Island Tour dengan van - Harga lebih kurang RM80 - RM100 (bergantung).
  3. Sewa basikal atau motosikal dan mengelilingi Pulau.
  4. Memancing ikan dan candat sotong -Bagi yang minat memancing, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan trip memancing disekitar perairan Pulau Pangkor.
  5. Melihat matahari terbenam di tepi pantai.
  6. Jungle trekking.
  7. Berkayak - RM10 sejam.
  8. Snorkeling - RM15 seorang.
  9. Scuba Diving - Harga bergantung pada pakej.
  10. Pukat Tarik - Pakej 4 orang keatas. Rasakan sendiri bagaimana menangkap ikan menggunakan pukat tarik.
  11. Water sport - bermain jet ski, menaiki, banana bot, berkayak, island hopping dan juga bermain bola tampar pantai.
  12. Boat trip - Harga bergantung pada pilihan trip.
  13. Sunset Cruising - RM400 bagi pakej 4 - 6 orang.

Melihat matahari terbenam di tepi pantai Pulau Pangkor.

Hotel, resort dan chalet di Pulau Pangkor

Senarai resort yang terdapat di kawasan Pantai Pasir Bogak:

  1. Coral Bay Resort.
  2. Golden Beach Resort.
  3. Pangkor Sandy Beach Resort.
  4. Pangkor Village Beach Resort.
  5. Puteri Bayu Resort.
  6. Sea View Resort.
  7. Uptown Beach Resort.
  8. Ye Lin Guesthouse.

Chalet menarik yang terdapat di resort di Pulau Pangkor.

Senarai resort yang terdapat di kawasan Pantai Teluk Nipah:

  1. Anjungan Beach Resort & Spa.
  2. Budget Beach Resort.
  3. D’ Senja Chalet.
  4. Flora Beach Resort.
  5. Horizon Inn.
  6. Hornbill Resort.
  7. Lyana Villa Chalet.
  8. Nipah Bay Villa.
  9. Nipah Guest House.
  10. Nipah Waterfront.
  11. Ombak Inn Chalet.
  12. Palma Beach Resort.
  13. Pangkor Bayview Resort.
  14. Pangkor Inn Chalet.
  15. Pangkor Indah Beach Resort.
  16. Panvill Resort & Training Camp.
  17. Purnama Beach Resort.
  18. Raudhah Camp.
  19. Seagull Beach Resort.
  20. Sunset View Resort.
  21. Suria Beach Resort.

Lihat artikel: Purnama Beach Resort.

Jeti untuk ke Pangkor Island Beach Resort.

Senarai resort yang terdapat di kawasan Pekan Pangkor:

  1. D’Kampung Guest House.
  2. Chuan Fu Hotel.
  3. Min Lian Hotel.

Senarai resort yang terdapat di kawasan pantai persendirian:

  1. Pangkor Island Beach Resort.
  2. Teluk Dalam Resort.
  3. Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Pulau Pangkor, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Lapangan terbang yang terletak di Teluk Dalam, Pulau Pangkor.

Kos percutian bajet ke Pulau Pangkor

Bagi membantu anda membuat perancangan percutian ke Pulau Pangkor, dibawah ialah senarai kos yang perlu untuk seorang. Bagi percutian bajet, pilih aktiviti yang sesuai bagi menjimatkan kos.

  • Kos pengangkutan dari rumah ke Jeti Lumut - Bergantung pada lokasi anda.
  • Kos tiket feri ke Pulau Pangkor - Harga tiket feri ke Pulau Pangkor ialah RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak (Tiket pergi-balik).
  • Kos penginapan di Pulau Pangkor - Harga resort atau chalet diantara RM100 - RM150 untuk 1 malam.
  • Kos makan di Pulau Pangkor - Sarapan pagi RM6.00, Makan tengahari RM10.00, Makan malam RM10.00 (Anggaran untuk seorang).
  • Kos aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor - RM15.00 seorang.
  • Kos aktiviti banana boat di Pulau Pangkor - RM15.00 seorang (Min 7 orang).
  • Kos aktiviti island hopping di Pulau Pangkor - RM15.00 seorang.
  • Kos aktiviti jetski di Pulau Pangkor - RM200.00 sejam.
  • Kos aktiviti kayak di Pulau Pangkor - RM20.00 sejam.
  • Kos pakej memancing di Pulau Sembilan - RM1200.00 semalaman (Max 10 orang).
  • Kos pakej memancing di sekitar Pulau Pangkor - RM800.00 semalaman (Max 10 orang).
  • Kos untuk Jungle Trecking - RM10 seorang (Untuk kumpulan melebihi 20 orang).
  • Kos untuk aktiviti Pukat Tarik - RM300.00 (5 - 10 orang).
  • Kos sewa motor - RM30 - RM40 (Bergantung pada jenis motor).
  • Kos Sewa Kereta - RM90.00 - RM120.00 sehari (Bergantung pada jenis kereta).

Harus diingat, kos berubah mengikut musim percutian. Harga akan bertambah pada waktu hujung minggu, musim cuti sekolah dan cuti umum.

Jangan lupa, lihat destinasi pelancongan popular lain di halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Perak.

Setakat ini dahulu maklumat tempat menarik di Pulau Pangkor yang dapat kami senaraikan. Kami akan sentiasa mengemaskini halaman ini dari semasa ke semasa. Sekiranya maklumat yang dikongsikan ini berguna untuk anda, jangan lupa SHARE di laman fb, twitter atau g+ sebagai tanda penghargaan. Jika anda pernah ke sini dan ingin berkongsi pengalaman menarik atau menambah apa yang kurang dalam artikel ini, sila komen dibawah. Kami amat menghargainya. Terima kasih dan selamat bercuti ke Pulau Pangkor!

Comments

15

Thanks for the info. Thumbs up!

Assalamualaikum ...

Admin, nak tanya, kalau dah sampai ke Jeti Pulau Pangkor, adalah mmg perlu untuk pelancong2 mengambil kereta sewa untuk ke destinasi lain didalam pangkor ?? Sebab saya plan nk pergi balik hari saja.. adalah jika tidak menyewa kereta, saya masih boleh mengelilingi pulau ?

Naik van warna pink tu boleh pusing satu pulau.drp jeti ke teluk nipah rm15 satu van

Kat mana nak jumpa van pink tu?

Van pink ada di jeti Pulau Pangkor. Pengunjung tak akan terlepas pandang kerana memang banyak van berkenaan sebaik keluar ke perkarangan jeti.

Sekarang sudah Rm 25 satu van

Apa nama chalet/hotel yang atas air tu? (Gambar 5)

Pangkor Laut Resort.

Rm berapa satu mlm....utk teluk batik ada review tak

Pangkor Laut Resort harga lebih-kurang rm1000 juga satu malam. Kalau nak honeymoon boleh le tapi untuk percutian bajet memang tak sesuai.

Teluk Batik boleh baca di artikel Bercuti di Teluk Batik Lumut.

Penginapan mana ye yg selesa utk honeymoon and harga berpatutan..

Saya plan nak wat konvoi moto dari Kemaman ke Pangkor... motor kitorang ni xleh bwk naik feri ke sana ke..??? Mohon penjelasan...10q...

Agak agak aktiviti dekat pulau pangkor snorkelling lebih dari rm30 ? Boleh ke kalau nak sewa motor tapi tak bawak lesen ?

Bolehkan admin mencadangkan beberapa homestay yang ada di Pulau Pangkor? Terima kasih.

Minta maaf kerana tidak dapat membantu sebab kami kurang mendapat maklumat tentang homestay di Pulau Pangkor.

Add new comment