Honeymoon

Maklumat lokasi menarik untuk dijadikan tempat berbulan madu bersama pasangan termasuk hotel, dinner, harga dan aktiviti yang boleh dilakukan.

Pulau Sibu destinasi percutian menarik di Johor

Pulau Sibu, Johor adalah sebuah pulau destinasi percutian terkenal di Malaysia. Ia adalah pulau yang cantik dan mempunyai coral serta hidupan laut yang sangat menarik. Pulau Sibu telah diwartakan sebagai sebuah Taman Laut pada tahun 1993. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadikan pulau ini destinasi percutian mereka, kami telah sediakan maklumat ringkas dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan disana.

Sibu Island Resort.

Bercuti ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ialah salah satu destinasi percutian popular di Malaysia. Ia terletak di Laut China Selatan kira-kira 21 KM dari Pekan Kuala Besut, Terengganu. Pulau Perhentian terkenal kerana kecantikan alam semulajadinya seperti pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih, laut disekitarnya yang kaya dengan coral menarik, berbagai jenis ikan dan hidupan laut yang sangat cantik serta hutannya yang belum tercemar. Faktor tersebut menjadikan Pulau Perhentian lokasi idaman percutian sesiapa sahaja samada keluarga, kumpulan atau individu.