Ipoh

Tempat menarik di Ipoh yang mesti dilawati. Selain itu, terdapat juga maklumat tarikan pelancongan lain seperti tempat membeli-belah, tempat makan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di bandaraya ini.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang ialah tempat menarik di Ipoh yang semakin popular dikalangan pelancong dalam dan luar negeri. Ia adalah tasik bekas lombong yang cantik dikelilingi bukit batu kapur yang unik. Bukan itu sahaja, tempat ini telah dimajukan dengan beberapa binaan dan ciptaan yang menambah keindahan sedia ada.

Taman rekreasi ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan pintu masuk dan kawasan rekreasi diseberang tasik. Pengunjung boleh menaiki bot untuk ke kawasan rekreasi dimana beberapa tarikan menanti.

Tempat menarik di Ipoh dan panduan percutian

Tempat menarik di Ipoh

Ipoh merupakan lokasi percutian popular kerana kedudukannya yang strategik dan banyak tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati. Selain itu, kemudahan pengangkutan awam dan hotel penginapan yang banyak juga menjadi faktor utama ibu negeri Perak ini menjadi pilihan pelancong untuk bercuti. Bagi memudahkan pengunjung merancang percutian mereka, kali ini Percutian Bajet memilih untuk menyingkap keistimewaan yang ada, aktiviti yang boleh dilakukan, tempat-tempat menarik di Ipoh yang boleh dilawati dan tarikan lain yang ada di Bandaraya Bunga Kertas ini untuk dijadikan panduan.

Bercuti di Tambun Hot Spring & Spa

Sebut sahaja Lost World Tambun pasti ramai yang suka kerana terdapat pelbagai permainan yang disediakan dan sesuai untuk semua lapisan umur. Terdapat satu tarikan tempat menarik do Lost World tambun yang semakin mendapat perhatian pengunjung. Bagi pengemar Hot Spring pasti, anda tidak akan kecewa dengan Tambun Hot Spring. Mengunakan 100% air mineral semulajadi akan membuatkan anda lebih selesa dan santai. Terdapat bebarapa kolam yang disediakan mengikut kepanasan air dan ada disediakan kolam khas untuk kanak-kanak.

Bermalam di Impiana Hotel Ipoh, Perak

Impiana Hotel Ipoh yang dulu dikenali dengan nama Casuarina Hotel Ipoh. Impiana Hotel Ipoh adalah antara hotel yang bertaraf empat bintang dan mewah. Hotel ini menyediakan 200 bilik untuk para pengunjung yang datang untuk bermalam disini, tidak kira samada atas urusan kerja atau melancong. Pemandangan yang cantik dan tetamu dapat melihat panorama bukit-bukit Batu Kapur yang ada berdekatan dengan kawasan Hotel. Disini, kami meyediakan secara ringkas apa yang menarik di Impianan Hotel ipoh.

Tags

Tower Regency Hotel Ipoh

Tower Regency Hotel Ipoh telah dianugerahkan hotel yang bertaraf empat bintang. Jika anda ingin melancong atau urusan kerja ke Ipoh, Perak boleh cuba untuk bermalam disini. Tower Regency Hotel menyediakan pelbagai kemudahan asas yang lengkap untuk anda. Disihi, kami menyediakan beberapa maklumat secara ringkas mengenai Tower Regency Hotel Ipoh.

Tower Regency Hotel di Ipoh, Perak

Tags

Ritz Garden Hotel Ipoh

Ritz Garden Hotel Ipoh adalah sebuah hotel yang menarik untuk anda menginap ketika anda datang ke Negeri Perak. Kelebihan hotel ini yang terletak ditengah-tengah Bandar Ipoh akan memudahkan segala urusan pengunjung ketika anda disini. Terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan dengan kemas dan teratur. Kami menyediakan beberapa maklumat secara ringkas jika anda berminat untuk bermalam di Ritz Garden Hotel Ipoh.

Ritz Garden Hotel Ipoh yang terletak di negeri Perak

Tags

Percutian ke Lost World of Tambun

Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh, Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Lost World of Tambun logo.

Lokasi

Terletak di Tambun, Ipoh, Perak.