Island hopping Langkawi

Aktiviti island hopping di Langkawi beramai-ramai bersama kawan-kawan atau keluarga. Dapatkan maklumat harga, pakej murah. dan diskaun.

Island hopping Langkawi

Island Hopping Langkawi

Island hopping Langkawi ialah salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan jika anda bercuti ke pulau Mahsuri ini. Pengunjung akan dibawa menaiki bot ke beberapa lokasi pelancongan yang ada diperairan Langkawi. Tarikan utama ialah Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Terdapat dua lokasi dimana pelancong boleh memilih untuk mengikuti pakej island hopping Langkawi. Lokasi utama ialah di Jeti Pekan Rabu, Kuah. Satu lagi lokasi ialah di Awana Porto Malai Terminal di Pantai Tengah.

Pulau Dayang Bunting Langkawi

Pulau Dayang Bunting Langkawi

Pulau Dayang Bunting ialah salah satu destinasi pelancongan menarik yang mesti dilawati jika anda bercuti ke Langkawi. Tarikan utama ialah keindahan tasik air tawar yang luas dan alam semulajadi yang masih terpelihara di pulau ini. Selain itu, beberapa aktiviti pelancongan turut disediakan untuk pengunjung seperti berkayak, merentas hutan, dan lain-lain. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi maklumat tentang pulau ini sebagai panduan anda yang merancang untuk ke mari.

Pakej percutian bajet ke Langkawi 3 hari 2 malam

Aktiviti Banana Boat

Kami menyediakan pakej percutian bajet ke Langkawi dengan harga yang sangat berpatutan. Pakej untuk penginapan satu bilik (2-3 orang) untuk pakej 3 hari 2 malam boleh didapati dengan harga semurah RM180 seorang. Pakej termasuk penginapan 3 hari 2 malam, kereta sewa dan island hopping. Terdapat tiga jenis pakej murah ke Langkawi yang boleh dipilih iaitu: