Harga tiket dan aktiviti menarik di Legoland Johor

Legoland Malaysia Resort adalah taman tema antarabangsa yang pertama dibuka di Malaysia. Ia juga adalah satu-satunya taman tema Legoland di Asia. Menyediakan berbagai aktiviti menarik, imaginasi dan pembelajaran, ia adalah lokasi percutian riang-ria yang paling sesuai untuk seisi keluarga. Bagi pengunjung yang ingin membawa keluarga bercuti ke sana, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu mengenai Legoland Malaysia Resort atau lebih dikenali dengan Legoland Johor ini sebagai panduan.

Pintu masuk Legoland Johor.

Lokasi

Legoland Malaysia Resort ini terletak di Taman Industri Nusa Cemerlang di Nusajaya, Johor. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:

Alamat:

Legoland Malaysia Resort
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250 Nusajaya
Johor.

Hubungi:

Email: info@LEGOLAND.my
Tel: +607 597 8888

Waktu operasi: Setiap hari 10am hingga 6pm.

Tarikan di Legoland Johor

Berbagai aktiviti dan permainan yang menarik telah disediakan untuk pengunjung. Tarikan di Legoland Johor terbahagi kepada dua iaitu:

  • Legoland Theme Park.
  • Legoland Water Park.

Legoland Johor Theme Park.

Legoland Theme Park

Legoland Theme Park mempunyai beberapa aktiviti menarik seperti:

  1. Miniland - Bangunan mercu tanda yang dibina dengan Lego Bricks.
  2. The Beginning - The Big Shop yang mengandungi berbagai barangan dan produk permainan Lego.
  3. Imagination - Tempat permainan Lego. Anda boleh membina apa sahaja dan menguji binaan anda disini.
  4. Lego Technic - Mempunyai permainan dan aktiviti menarik seperti menaiki Project X roller-coaster, AQUAZONE® Wave Racers dan membina robot di Lego Mindstorms.
  5. Lego Kingdoms - Sebuah kota yang mempunyai permainan menarik untuk keluarga seperti roller-coaster, pertunjukan dan lain-lain.
  6. Land Of Adventure - Tempat pengembaraan dan permainan menarik disediakan untuk pengunjung seperti Lost Kingdom, Beetle Bounce dan Dino Island.
  7. Lego City - Berbagai permainan menarik yang disediakan untuk kanak-kanak.
  8. Big Adventure for little kids - Berbagai permainan menarik yang disediakan untuk kanak-kanak.
  9. Indoor Activities - Berbagai permainan menarik yang disediakan untuk kanak-kanak yang turut melibatkan ibubapa.

Legoland Johor Miniland.

Legoland Water Park

Legoland Water Park turut menyediakan permainan air yang unik selain dari yang biasa ada di taman taman tema air yang lain. Terdapat bahagian untuk orang dewasa, kanak-kanak dan seisi keluarga. Antara permainan dan aktiviti yang ada disini ialah:

  1. Build-A-Raft River - Membina rakit menggunakan Lego Bricks dan melepaskannya di Lazy River. Pengunjung juga boleh menyusuri Lazy River dengan pelampung.
  2. DUPLO® Splash Safari - Permainan air untuk kanak-kanak dibawah usia 5 tahun.
  3. LEGO® Wave Pool - Seperti kebiasaan "wave pool" yang ada di taman tema air lain.
  4. Red Rush - Permainan gelongsor air menarik. Pengunjung akan menaiki tiub yang boleh memuatkan sehingga 6 orang peserta dan menyusuri gelongsor air yang berliku sepanjang 312 kaki.
  5. Twin Chasers - Gelongsor air berkembar yang sangat mengujakan.
  6. Brick Blaster - Gelongsor air yang menarik melalui terowong yang menyeronokan.
  7. Wave Rider - Gelongsor air menarik setinggi 240 kaki ini antara yang menarik di Legoland Water Park.
  8. LEGO® Slide Racers - Gelongsor berkembar enam.

Terdapat banyak lagi permainan menarik di Legoland Water Park yang disediakan untuk pengunjung.

Aktiviti menarik di Legoland Johor.

Harga tiket Legoland Johor

Pengunjung boleh mendapatkan tiket Legoland untuk sehari bagi Theme Park dan Water Park. Harga tiket adalah seperti berikut:

Harga tiket Legoland untuk Theme Park dan Water Park.

  1. Dewasa - RM207.
  2. Kanak-kanak dan warga emas - RM165.

Harga tiket Legoland untuk Theme Park sahaja.

  1. Dewasa - RM165.
  2. Kanak-kanak dan warga emas - RM133.

Harga tiket Legoland untuk Water Park sahaja.

  1. Dewasa - RM122.
  2. Kanak-kanak dan warga emas - RM101.

Harga tiket Legoland Johor yang dinyatakan diatas adalah untuk pelancong dan bukan pemegang MyKad. Bagi pemegang MyKad, potongan harga akan diberikan dimana anda cuma membayar dengan harga berikut:

Harga tiket Legoland untuk Theme Park dan Water Park.

  1. Dewasa - RM170.
  2. Kanak-kanak dan warga emas - RM135.

Harga tiket Legoland untuk Theme Park sahaja.

  1. Dewasa - RM135.
  2. Kanak-kanak dan warga emas - RM109.

Harga tiket Legoland untuk Water Park sahaja.

  1. Dewasa - RM100.
  2. Kanak-kanak dan warga emas - RM83.

Harga yang dinyatakan diatas tertakluk kepada perubahan. Harga tiket Legoland lebih murah jika anda menempah lebih awal atau mengambil pakej lebih dari sehari. Juga terdapat potongan harga pada masa-masa tertentu. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web rasmi Legoland Malaysia Resort.

Lost Kingdom di Legoland Johor.

Legoland Malaysia juga mempunyai hotel yang sangat menarik. Untuk melihat potongan harga, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Percutian ke Legoland Johor adalah idaman sesiapa sahaja. Berbagai permainan menarik di water park dan theme park cukup mengujakan. Jika anda pernah bercuti ke sana, sila kongsikan pengalaman anda diruangan komen dibawah.

Add new comment