Mandi-manda di air terjun Gunung Ledang Sagil, Johor

Bagi mereka yang sangat meminati air terjun dan suka melihat keindahan alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk ke Air terjun Gunung Ledang. Jika anda datang bercuti ke Johor pastikan anda datang ke mari dan merasai sendiri suasana yang ada disekitar air terjun ini. Kawasan ini sangat popular dan sesuai dijadikan lokasi percutian menarik untuk keluarga. Selain itu, tempat ini sering menjadi pilihan sekolah, badan kerajaan, kolej dan lain-lain sebagai lokasi kursus dan motivasi.

Air terjun Gunung Ledang di Johor

Lokasi

Lokasi Air Terjun Gunung Ledang ini terletak di dalam kawasan Sagil dan tidak jauh dari Pekan Tangkak, Johor. Pengunjung boleh memandu kenderaan sendiri atau mengambil teksi terus ke lokasi. Dari tempat meletak kereta, anda perlu berjalan untuk ke kawasan air terjun.

Harga Tiket

Bukan taman tema sahaja yang ada tiket bayaran masuk, malah di Air Terjun Gunung Ledang juga dikenakan bayaran. Jangan terkejut. Bayaran yang dikenakan cuma RM1.00 untuk dewasa dan 0.50 sen untuk kanak-kanak. Untuk bayaran tempat letak kereta hanya RM2.00 sahaja.

Aktiviti menarik di Air Terjun Gunung Ledang

Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan di Air Terjun Gunung Ledang ialah:

  1. Membuat perkhemahan.
  2. Aktiviti Jungle Trekking.
  3. Boleh dijadikan lokasi untuk motivasi pelajar.
  4. Bermandi manda.

Jika anda ingin membuat semua aktiviti yang disenaraikan, anda harus mendapat kebenaran dahulu dari pihak Resort Gunung Ledang.

Kolam puteri di air terjun Gunung Ledang

Kemudahan

Pengujung tidak perlu risau kerana telah disediakan beberapa kemudahan untuk keselesaan tetamu disini. Antaranya ialah tandas dan bilik persalinan untuk menukar pakaian. Selain itu, terdapat surau yang berdekatan dengan kawasan Air Terjun Gunung Ledang. Walau bagaimanapun, pastikan anda membawa bekalan makanan kerana kedai yang menjual makanan agak jauh dari lokasi Air Terjun Gunung Ledang.

Penginapan

Jika anda bercadang untuk bermalam disini, anda boleh menginap di Gunung Ledang Resort.

Alamat:
Gunung Ledang Resort
Batu 28, Jalan Segamat,
84020 Sagil, Tangkak, Johor.

Hubungi:
ledang@tm.net.my
Tel : +6 06 - 977 2888
Fax : +6 06 – 977 3555

Kebersihan yang dijaga dengan baik membuatkan air terjun ini sentiasa kelihatan jernih dan damai. Pastikan anda menjaga kebersihan ketika datang kesini. Kebersihan alam semulajadi tanggungjawab kita bersama. Hargai flora dan fauna yang ada di negara kita.

Comments

1

Says ingin mendaki gunung ledang .boleh tak saya tahu prosedur n pandu arah serta pembayaran

Add new comment