Pulau Sibu destinasi percutian menarik di Johor

Pulau Sibu, Johor adalah sebuah pulau destinasi percutian terkenal di Malaysia. Ia adalah pulau yang cantik dan mempunyai coral serta hidupan laut yang sangat menarik. Pulau Sibu telah diwartakan sebagai sebuah Taman Laut pada tahun 1993. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadikan pulau ini destinasi percutian mereka, kami telah sediakan maklumat ringkas dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan disana.

Sibu Island Resort.

Keterangan gambar: Pemandangan dari udara salah sebuah resort menarik di Pulau Sibu, Johor.

Lokasi Pulau Sibu

Pulau Sibu terletak di pantai timur semenanjung Malaysia, iaitu di negeri Johor. Lokasinya ialah di Laut China Selatan lebih kurang 12 KM dari tanah besar Johor. Ia termasuk dalam daerah Mersing. Pulau Sibu terdiri dari deretan pulau iaitu:

  1. Pulau Sibu Besar - Pulau utama berukuran lebih kurang 6 KM panjang dan 1 KM lebar. Ditumbuhi pohon-pohon tropika. Terdapat sebuah perkampungan nelayan iaitu Kampong Duku.
  2. Pulau Sibu Tengah - Pulau kedua besar yang terletak disebelah Pulau Sibu Besar.
  3. Pulau Sibu Kukus - Pulau kecil yang terletak disebelah Pulau Sibu Tengah.
  4. Pulau Sibu Hujung - Pulau kecil yang terletak paling hujung iaitu disebelah Pulau Sibu Kukus.

Jeti di Pulau Sibu.

Pengangkutan

Pengunjung yang ingin ke Pulau Sibu perlu menaiki bot dari Jeti Tanjong Leman yang terletak 72 KM di selatan Mersing dan lebih kurang 120 KM di utara Johor Bahru. Tiada pengangkutan awam ke Jeti Tanjong Leman disediakan, jadi pelancong perlu membawa kenderaan sendiri atau mengambil teksi samada dari Mersing, Johor Bahru atau Kota Tinggi. Pengangkutan ke Pulau Sibu pula akan diuruskan oleh resort dan ia biasanya termasuk dalam pakej percutian yang disediakan. Perjalanan dengan bot ke Pulau Sibu mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Pemandangan pantai dan resort yang cantik di Pulau Sibu.

Aktiviti menarik di Pulau Sibu

Selain bercuti merehatkan diri dan menikmati pemandangan indah di Pulau Sibu, pengunjung boleh melakukan aktiviti menarik untuk memenuhi masa percutian mereka. Aktiviti menarik yang utama ialah sukan air atau water sport seperti snorkeling dan scuba diving. Terdapat juga aktiviti lain yang disediakan untuk pengunjung. Berikut ialah senarai aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Sibu, Johor:

  1. Mandi laut.
  2. Memancing.
  3. Snorkeling.
  4. Scuba diving.
  5. Jet ski.
  6. Jungle trekking.
  7. Island hopping.
  8. Bola tampar pantai.
  9. Futsal pantai.
  10. Mandi kolam.
  11. Mengurut badan di SPA.

Kolam renang di Sibu Island Resort.

Terdapat sebuah perkampungan nelayan di Pulau Sibu iaitu Kampong Duku. Kampung ini dihuni oleh kira-kira 150 orang penduduk dari 40 keluarga. Terdapat pos polis, masjid, sekolah, klinik dan gerai minuman disini. Perkampungan ini dijanakan sepenuhnya oleh janakuasa solar. Pengunjung boleh melawat kampung ini untuk melihat cara kehidupan masyarakat nelayan dan aktiviti yang dilakukan oleh penduduk seperti mengeringkan isi kelapa untuk dijadikan kopra.

Jalan ke kampung nelayan di Pulau Sibu.

Hotel, Resort dan Chalet

Pulau Sibu, Johor adalah pulau percutian sepenuhnya. Semua aktiviti percutian seperti penginapan, makanan, pengangkutan dan aktiviti pelancongan di pulau ini diuruskan sendiri oleh resort percutian. Pengunjung yang ingin bercuti ke Pulau Sibu boleh mengambil pakej percutian yang disediakan oleh mana-mana resort yang ada disana. Terdapat beberapa buah resort yang disediakan untuk pengunjung yang ingin bercuti di pulau ini.

  1. Rimba Resort - Terletak dibahagian utara Pulau Sibu dan mempunyai 21 buah chalet menarik. Pantainya mengadap ke utara.
  2. Sea Gypsy Village Resort & Dive Base - Terletak disebelah timur Pulau Sibu. Pantainya mengadap Laut China Selatan iaitu hampir bertentangan dengan Pulau Tinggi. Ia berlatarbelakangkan kawasan hutan semulajadi yang belum tercemar dan bahagian hadapannya menghadap Laut China Selatan. Sea Gypsy Village Resort mempunyai pantai berpasir yang sangat menarik.
  3. Sari Pacifica Hotel, Resort & Spa - Hotel menarik yang berlatarbelakangkan hutan hujan tropika dan mengadap laut yang membiru ini mempunyai 44 buah bilik untuk tetamu. Sari Pacifica Beach Resort & Spa mempunyai teluk peribadi dengan pantai berpasir yang sangat cantik. Pengunjung juga boleh melihat pemandangan Pulau Tinggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Sibu.
  4. Sibu Island Resort - Terletak di Pulau Sibu Tengah.
  5. Sibu Island Cabanas.
  6. Coconut Village Resort - Juga dikenali dengan nama Sibu Coconut Village Homestay. Ia terletak di sebelah barat Pulau Sibu.
  7. Junansa Villa - Sebuah resort yang dijalankan oleh orang Melayu dan menyediakan makanan halal.
  8. Twin Beach Resort

Untuk melihat perbandingan harga termurah hotel di Pulau Sibu Johor, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Sari Pacifica Resort and Spa, Pulau Sibu, Johor, Malaysia.

Tiada restoran selain dari restoran hotel atau resort di pulau ini. Makanan biasanya disediakan oleh resort penginapan dan termasuk dalam pakej percutian. Pengunjung tidak perlu risau tentang makanan kerana pelbagai jenis makanan dihidangkan seperti masakan melayu, masakan barat dan juga barbeque.

Air laut yang jernih dan pantai berpasir bersih di Pulau Sibu, Johor.

Pulau Sibu, Johor mempunyai pantai yang sangat cantik, air lautnya jernih dan sesuai untuk mandi-manda. Pemandangan persisiran pantai yang indah dengan pohon nyior yang melambai sungguh mendamaikan. Dengan berbagai aktiviti menarik yang ada, percutian di Pulau Sibu pasti memberikan kepuasan dan meninggalkan kenangan masin bagi yang tertelan air laut. Selamat bercuti.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.