Tarikan pelancongan di Johor

Johor ialah negeri paling selatan di semenanjung Malaysia yang mempunyai banyak lokasi pelancongan untuk dilawati. Selain alam semulajadi yang cantik seperti pulau, pantai dan gunung, negeri Johor kaya dengan adat resam dan kebudayaan yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Disini kami sediakan senarai tarikan pelancongan di Johor serta sedikit pengenalan tentang kebudayaan masyarakat Johor yang berbilang kaum sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti di negeri ini.

Ingin bercuti? Lihat artikel Senarai tempat menarik untuk percutian di Johor.

Bandar-bandar di Johor

Jika anda ingin merancang percutian bajet ke Johor, destinasi pelancongan bandar juga menarik dan sesuai untuk membawa keluarga berjalan. Banyak tempat menarik untuk dilawati terutama di Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi. Berikut ialah senarai bandar-bandar utama berserta senarai tempat menarik yang boleh dilawati:

  • Johor Bahru - Ibu negeri Johor dan merupakan bandaraya kedua terbesar di Malaysia. Ia adalah sebuah daerah diraja yang mempunyai banyak kompleks membeli-belah dan pasar malam. Johor Bahru merupakan salah satu destinasi percutian di Johor. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi disekitar Johor Bahru ialah Galeri Mawar dan Zoo Johor.
  • Batu Pahat - Bandar kedua terbesar di Johor. Antara tempat menarik di batu Pahat ialah Pantai Minyak Beku, Tugu Batu Pahat, Pusat Perniagaan Ayer Hitam dan lain-lain.
  • Kluang bandar ketiga terbesar di Johor.
  • Muar - Juga dikenali dengan nama Bandar Maharani. Sebuah bandar yang cantik terletak di tebing sungai. Antara tempat menarik di Muar ialah Masjid Sultan Ismail, Taman Rekreasi Tanjung Emas dan lain-lain.
  • Iskandar Puteri (Nusajaya) - Tempat menarik yang boleh dikunjungi di Iskandar Puteri ialah Taman tema Legoland Malaysia dan Pusat Pentadbiran Negeri Johor Kota Iskandar.
  • Kota Tinggi - Kota bersejarah ini menyimpan berbagai tempat menarik di Johor yang boleh dilawati. Antara tempat menarik di Kota Tinggi ialah Kota Johor Lama, Ladang Buaya di Teluk Sengat, Muzium Nelayan Tanjung Balau, air terjun setinggi 34 meter di kaki Gunung Muntahak dan banyak lagi. Kota Tinggi adalah salah sebuah lokasi pelancongan menarik dan tempat bercuti di Johor yang menjadi tumpuan ramai setiap kali tiba musim cuti sekolah.
  • Kulai - Tempat menarik yang boleh dikunjungi ialah Dataran Cahaya Bukit Liki, Zoo Saleng, Nanyan Aquarium Center, Hutan Bandar Putra, Gunung Pulai dan lain-lain.
  • Pasir Gudang - Terletak di selatan Johor. Pasir Gudang ialah sebuah bandar pelabuhan.
  • Skudai - Tempat menarik di sekitar bandar Skudai ialah Hutan Bandar Mutiara Rini, Real Escape, Johor Premium Outlets dan lain-lain.
  • Pontian - Tempat menarik di Pontian ialah Muzium Nanas, Taman Negara Tanjung Piai dan lain-lain.
  • Segamat - Tempat-tempat menarik yang ada di Segamat antaranya ialah Dataran Segamat, Taman Bunga Batu Hampar, Makam Bendahara terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Bazaar Karat, Jambatan Putus dan lain-lain lagi.
  • Tangkak - Bandar Tangkak cukup dikenali dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik kerana terdapat banyak kedai yang menjual kain-kain yang cantik. Selain itu Tangkak juga terkenal kerana terletak berhampiran Gunung Ledang. Tempat menarik lain di Tangkak ialah Dataran Ledang.
  • Yong Peng - Tempat menarik di Yong Peng antaranya ialah Taman Botani Johor, Tugu Peringatan Ayer Hitam, Tugu Peringatan Parit Sulong, Taman Organik Zenxin dan Pekan Seramik Ayer Hitam. Yong Peng juga terkenal dengan Pasar Lambak, produk kraftangan dan makanan seperti kerepek dan lain-lain.
  • Mersing - Mersing adalah nama yang tidak asing lagi bagi percutian di Johor. Selain dari Taman negara Endau Rompin, Mersing menjadi lokasi persinggahan untuk ke pulau-pulau menarik yang berada di perairan Mersing.
  • Simpang Renggam - Tempat menarik yang boleh dikunjungi di Simpang Renggam antaranya ialah Kompleks IKS yang mengeluarkan pelbagai produk kerepek, makanan sejuk beku, sos nenas, air rozel, seramik, pencetakan dan kuih-muih tradisional. Selain itu terdapat Tropical Village, AW Pottery, Perigi Raja, ladang integrasi Hj. Md Judyar, terompah Mastor dan Kem Massmerah.

Pemandangan bandaraya Johor Bahru, Johor.

Keterangan gambar: Bandaraya Johor Bahru. Kredit gambar: commons.wikimedia.org

Tempat-tempat menarik di Johor

Bagi membantu pengunjung mengenali dengan lebih dekat akan destinasi pelancongan di Johor, Percutian bajet telah menyusun tempat menarik mengikut jenis pelancongan yang ada. Jika anda perlukan maklumat dan penerangan lanjut mengenai senarai dibawah, sila ke halaman berkenaan.

Lihat senarai lengkap tempat menarik mengikut daerah di artikel Tempat menarik di Johor.

Tempat bersejarah dan muzium di Johor

Johor adalah sebuah kerajaan yang telah lama wujud di Tanah Melayu dan diperintah oleh Kesultanan Johor pada zaman dahulu. Banyak tempat-tempat bersejarah di Johor yang boleh dilawati jika anda bercuti di negeri ini. Antara destinasi yang ada termasuk muzium dan lokasi peninggalan sejarah Johor Lama. Berikut ialah senarai tempat menarik yang boleh dilawati.

  • Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang.
  • Makam Laksamana Bentan.
  • Muzium Kota Tinggi.
  • Makam Tun Habib.
  • Muzium Nanas.
  • Bangunan Sultan Abu Bakar Muar.
  • Bangunan Pejabat Kastam Diraja Muar.
  • Masjid Jamek Sultan Ibrahim.
  • Kepala Keretapi di Dataran Muar.

Muzium Diraja Abu Bakar Johor Bahru.

Keterangan gambar: Muzium Diraja Abu Bakar yang terletak di Johor Bahru. Kredit gambar: commons.wikimedia.org

Pulau di Johor

Tarikan pelancongan di Johor yang terkenal ialah pulau-pulau peranginan yang cantik terletak di perairan Laut China Selatan. Ia menjadi destinasi popular penyelam-penyelam dari dalam dan luar negara yang ingin melihat coral dan hidupan laut yang menarik. Selain itu ia juga menjadi lokasi percutian yang mendamaikan dan destinasi percutian yang paling sesuai buat anda yang ingin lari dari kesibukan kota. Antara pulau di Johor yang terkenal ialah:

  • Pulau Rawa.
  • Pulau Sibu.
  • Pulau Aur.
  • Pulau Tinggi.
  • Pulau Tengah.
  • Pulau Pemanggil.
  • Pulau Besar.
  • Pulau Lima.

Pemandangan cantik Pulau Rawa, Johor.

Keterangan gambar: Pulau Rawa Johor. Kredit gambar: commons.wikimedia.org

Pantai peranginan di Johor

Tempat menarik lain yang menjadi tarikan pelancongan di Johor ialah pantai-pantainya yang cantik. Hotel dan resort yang menarik juga dibina disekitar pantai sebagai kemudahan penginapan pelancong yang ingin bercuti. Berikut ialah senarai pantai cantik di Johor:

  • Pantai Desaru.
  • Pantai Punggur.
  • Pantai Ayer Papan.
  • Pantai Penyabong.
  • Pantai Sekakap.
  • Sri Pantai.
  • Pantai Minyak Beku.
  • Pantai Tanjung Balau.
  • Pantai Batu Layar.

Pantai Desaru dengan pasir memutih.

Keterangan gambar: Pantai Desaru Johor. Kredit gambar: commons.wikimedia.org

Taman Negara dan Hutan Lipur

Negeri Johor adalah salah satu destinasi eko-pelancongan yang terbaik di Malaysia. Terdapat lima Taman Negara dengan jumlah keluasan melebihi 700 kilometer persegi yang menyimpan pelbagai khazanah rimba di negeri ini. Ia menjadi tarikan para penyelidik dan pencinta alam dari dalam dan luar negara untuk meneroka, mengkaji dan mengenal-pasti pelbagai spesis haiwan, serangga, herba serta lain-lain. Manakala gunung dan hutan lipur yang lebih kecil pula menjadi tempat percutian menarik bagi para pendaki dan pelancong alam semulajadi. Senarai dibawah merupakan Taman Negara dan Hutan Lipur yang ada di Johor:

  • Taman Negara Endau-Rompin.
  • Taman Negara Gunung Ledang.
  • Taman Negara Tanjung Piai.
  • Taman Negara Pulau Kukup.
  • Hutan Lipur Gunung Pulai.
  • Hutan Lipur Gunung Arong.
  • Hutan Lipur Gunung Lambak.
  • Hutan Lipur Gunung Belumut.
  • Hutan Lipur Gunung Panti.

Taman Negara Endau Rompin.

Keterangan gambar: Taman Negara Endau Rompin. Kredit gambar: Ronald Tagra

Makanan yang terkenal di Johor

Aktiviti pelancongan yang harus dilakukan dimana-mana percutian ialah merasa kelainan dan kelazatan makanan tempatan. Apabila anda ke Johor cubalah merasa makanan tradisi yang ada. Negeri ini cukup terkenal dengan makanannya yang unik dan tersendiri. Antara makanan yang popular di Johor ialah:

  1. Asam pedas - Asam pedas sangat terkenal di Negeri Johor. Jika anda kesini anda wajib merasa masakan asam pedas Johor.
  2. Mee Jawa - Pada masa kini, pelbagai jenis masakan boleh didapati dimana sahaja, tapi untuk merasai keenakan dan keunikan masakan mee jawa anda haruslah datang ke negeri Johor sendiri untuk merasai kelazatannya. Mee jawa berbeza sedikit dengan mee bandung kerana kuah mee jawa agak lebih pekat berbanding dengan mee bandung. Mee jawa dimakan dengan telur rebus bersama tauhu goreng.
  3. Telur Pindang - Telur Pindang adalah sejenis makanan tradisi turun menurun masyarakat keturunan jawa. Telur pindang akan dimasak terutamanya jika ada kenduri-kendara. Cara penyediaan telur pindang ialah direbus bersama dengan rempah ratus selama 3 hari 3 malam agar mendapatkan hasil yang terbaik.
  4. Mee Bandung Muar - Selain mee jawa, mee bandung Muar adalah menu minum petang yang sangat popular di negeri Johor. Sedap bila di makan panas-panas.
  5. Kerepek - Selain menu tengahari dan petang yang terkenal di Johor, kerepek adalah makanan ringan yang mendapat sambutan pelancong yang datang kesini. Antaranya ialah kerepek pisang manis, kerepek pisang salai, cakar ayam, rempeyek dan emping belinjo.
  6. Tauhu bakar - Tauhu bakar adalah menu minum petang yang mendapat sambutan para pelancong.
  7. Nasi Beringin Muar.
  8. Otak-otak Gelang Patah.
  9. Laksa Johor.
  10. Nasi Beriani Gam - Nasi beriani yang dimasak bersama ayam atau daging didalam satu periuk.

Johor Premium Outlets.

Keterangan gambar: Johor Premium Outlets.

Kebudayaan di Negeri Johor

Johor terkenal dengan tarian Kuda Kepang dan tarian Zapin. Ia adalah tarian traditional Melayu yang biasa dipersembahkan pada majlis keramaian dan majlis perkahwinan. Tarian ini diringi oleh muzik yang dimainkan dengan alat muzik traditional seperti angklung, gendang, gong dan lain-lain. Rentak tariannya rancak dan menghiburkan.

Persembahan kebudayaan Tarian Kuda Kepang di Johor.

Keterangan gambar: Tarian Kuda Kepang Johor. Kredit gambar: commons.wikimedia.org

Bagi muzik dan nyanyian pula, Johor masyhur dengan Ghazal. Ghazal ialah nyanyian puisi yang berasal dari negara arab. Di negeri ini, nyanyian Ghazal diringi alat muzik moden dan tradisional seperti violin, harmonium, gambus dan tabla. Ghazal biasanya dimainkan di majlis-majlis rasmi dan keramaian.

Kempling adalah kesenian tradisional masyarakat Jawa di Johor. Ia biasa dimainkan di majlis keramaian, majlis berkhatan, menyambut kelahiran bayi dan sebagainya. Nazamnya (lirik) adalah berpandukan kepada berzanji atau rawi. Alat muzik Kempling terdiri dari jidur, gendang, karon, kempling dan kempol.

Bagi pelancong yang ingin melihat dan merasai sendiri kebudayaan masyarakat melayu Johor, anda boleh mengikuti program homestay kerajaan negeri seperti di FELDA Semenchu dan lain-lain. Berbagai program diatur untuk pelancong seperti persembahan kebudayaan, permainan tradisional, melawat industri kecil membuat kuih tradisional dan sebagainya. Berikut ialah senarai homestay yang terdapat di Johor.

  • Homestay Parit Bugis, Batu Pahat - Hubungi Hj Saifudin Mohd Kadak, 013-774 4244.
  • Homestay Tanjung Piai / Serkat, Pontian - Hubungi En. Abdul Rahim Bin Abd. Samad, 019-7679 756.
  • Homestay Kg. Puteri Menangis, Pontian - Hubungi En. Sujak Bin Husin, 07-6980 595.
  • Homestay Kampung Sri Paya, Kulai - Hubungi Hj. Mohd Lazim B. Abu Bakar, 016-716 3071.
  • Homestay Kg. Temenin Baru, Kota Tinggi - Hubungi Encik Zainoh Bin Musa, 012-753 0657.
  • Homestay Lukut, Kota Tinggi - Hubungi Encik Mohd Nor Lawang, 012-710 5680.
  • Homestay Kg. Perigi Acheh, Pasir Gudang - Hubungi En. Abdul Malik Bin Abd. Aziz, 012-8282 108.
  • Homestay Sinaran Baru, Skudai, Johor - Hubungi Puan Norbi Bin Ahmad, 012-714 9871.
  • Homestay Kg. Sri Gunung Pulai, Johor - Hubungi En. Juman Bin Wagiman, 07-696 3692.
  • Homestay Kg. Sarang Buaya, Batu Pahat - Hubungi Hj. Yusof Bin Ahmad, 019-713 6530.
  • Homestay Kg. Baru Bt 28, Lenga, Muar - Hubungi Hj. Rahmat Bin Idris, 013-6802 265.

Sila hubungi penyelaras homestay terlebih dahulu bagi mendapat maklumat berkenaan program yang diatur, tempat menarik, aktiviti pelancongan, persembahan kebudayaan dan lain-lain termasuk syarat-syarat seperti minima peserta yang akan mengikuti program homestay tersebut.

Penginapan di Johor

Jika anda ingin bercuti di Johor, berbagai kemudahan penginapan disediakan seperti hotel, resort, chalet dan juga homestay di bandar-bandar utama dan juga lokasi pelancongan. Anda boleh membuat tempahan terus melalui hotel atau secara online.

Kesimpulan

Setakat ini dahulu perkongsian kami berkenaan tarikan pelancongan di Johor dan keunikan lain yang menggamit pengunjung ke sini. Kami akan sentiasa mengemaskini dan menambahbaik halaman ini agar menjadi panduan kepada pengunjung yang ingin bercuti ke Johor. Jika artikel ini memberi maklumat yang anda cari, mohon agar anda tidak keberatan untuk berkongsi di laman fb, g+ atau twitter sebagai tanda penghargaan. Sekiranya anda ingin berkongsi tempat menarik di Johor atau pengalaman percutian ke Johor, sila kongsikan dibahagian komen dibawah. Kami amat menghargainya. Terima kasih dan selamat bercuti!

Lokasi