Aktiviti lasak di Langkawi

Aktiviti lasak adalah tarikan pelancongan yang popular di Langkawi. Berbagai jenis aktiviti lasak ditawarkan seperti aktiviti air, alam semulajadi dan aktiviti darat yang mengujakan. Kali ini saya syorkan beberapa aktiviti paling menyeronokkan yang boleh anda cuba bila bercuti di pulau ini.

Anda juga boleh melihat halaman Tempat menarik di Langkawi untuk melihat senarai penuh destinasi pelancongan lain.

Apa yang menarik?

Aktiviti yang saya senaraikan ini ditawarkan oleh syarikat berlesen dan semua aktiviti dilindungi insurans. Jadi anda tidak perlu risau jika ingin mencuba.

Umgawa Zipline

Ingin meneroka alam semulajadi dengan cara berlainan? Umgawa Zipline menawarkan cara unik yang pasti membuat anda teruja. Berbeza dari cara biasa, anda akan terbang dari puncak pokok, melalui celahan rimbunan dedaun yang menghijau dan merentasi air terjun yang mempersonakan. Ia pasti memberi pengalaman dan keseronokan yang tidak dapat dilupakan.

Antara aktiviti yang ditawarkan ialah:

  • Waterfall Adventure
  • Jungle Flight

Alamat:
Umgawa Legendary Adventures
7 Wells Waterfall - Jalan Telaga Tujuh,
07100 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : 04 950 2828
Tel Bimbit : 013 343 8900
Email : info@umgawa.com
Website : Umgawa Legendary Adventures

Harga tiket:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti.
Dewasa : RM239 - Jungle Flight
Dewasa : RM499 - Waterfall Adventure

Berbagai aktiviti dan pakej ditawarkan.

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.30 am - 4.30 pm

Parasailing, Jet Ski & Water sport (Naam)

Bagi aktiviti parasailing, jet ski dan berbagai aktiviti air, Naam Adventure Langkawi adalah pilihan terbaik. Mereka menawarkan pakej menarik dan lengkap. Harganya memang agak mahal tetapi anda tidak perlu risau kerana setiap aktiviti adalah berlesen dan dilindungi insurans.

Alamat:
Naam Adventure Langkawi
No. 556 Kampung Sungai Menghulu,
Kuah,
07100 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : 04 965 0300
Email : sales@naam.bz
Website : Naam Adventure Langkawi

Harga tiket:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti dan masa.
Dewasa : RM180+ - Jet Ski
Dewasa : RM30+ - Banana Boat Dewasa : RM30+ - Zipline
Dewasa : RM20+ - Kayak
Dewasa : RM257+ - Parasailing
Dewasa : RM30+ - Aqua Park

Berbagai aktiviti dan pakej ditawarkan.

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 4.00 pm

Trekking (Darulaman Sanctuary)

Bagi yang suka meneroka alam semulajadi, Darulaman Sanctuary menawarkan berbagai aktiviti menarik untuk memenuhi minat anda. Terletak di kaki Gunung Raya, Darulaman Sanctuary menyediakan pakej aktiviti berjalan kaki merentas hutan dan sungai, melihat hidupan liar, burung serta flora dan fauna yang ada di hutan simpan ini.

Antara pakej yang ditawarkan ialah:

  • Sanctuary Jungle Walk
  • Sanctuary Jungle Trekking
  • Sanctuary Bird Watching
  • Sanctuary Butterfly Walk

Alamat:
Darulaman Sanctuary
Lubuk Semilang,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel : 04-9558080
WhatsApp : 019-4412080
Email : marketing.leisures@bdb.com.my
Website : Darulaman Sanctuary

Harga tiket:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti.
Dewasa : Harga tiket bermula dari RM80 (mengikut aktiviti).

Tiket juga dijual mengikut pakej.

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.30 am - 5.30 pm

Aktiviti (Langkawi Adventure & Xtreme Park)

Langkawi Adventure & Xtreme Park ini telah beroperasi sejak tahun 2012. Berbagai aktiviti disediakan dan dikatakan adalah antara yang terbaik di Langkawi. Antara aktiviti yang ditawarkan ialah:

  • Go Kart Racing
  • Flying Fox
  • Memanah
  • ATV Ride
  • Painball
  • Skybike
  • Horse Riding

Alamat:
Langkawi Adventure & Xtreme Park
Lot 1453, Kampung Kilim,
Mukim Ayer Hangat,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: 019-474 6460 / 017-467 6460
Fax : -
Email : ecofunparklgk@gmail.com
Website : Langkawi Adventure & Xtreme Park

Harga tiket:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti.
Dewasa : Harga pakej bermula dari RM200 (5 aktiviti).
Kanak-kanak : Atas 3 tahun - Separuh harga.

Tiket juga dijual berasingan mengikut aktiviti.

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 7.00 pm

Activity Skybike

Kesimpulan

Aktiviti lasak atau extreme adalah antara tarikan pelancongan popular di Langkawi. Ia adalah aktiviti menarik untuk dilakukan bagi mengisi masa percutian anda. Cuma anda perlu bijak merancang kerana kos untuk aktiviti ini memang tinggi. Walau bagaimanapun, jika mampu, anda harus mencubanya kerana ia adalah pengalaman unik yang tidak mungkin dilupakan.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.