Bercuti di Pantai Cenang Langkawi

Pantai Cenang ialah salah satu lokasi pelancongan paling popular di Langkawi. Ia menjadi tumpuan kerana beberapa tarikan yang ada di sini. Pantai yang cantik dan landai serta resort yang banyak menjadikannya lokasi pilihan pelancong yang ingin bercuti di Langkawi. Selain itu, beberapa tempat menarik terletak berhampiran kawasan ini boleh dilawati semasa bercuti. Bagi pengunjung yang inginkan percutian yang menyeronokkan dan suasana meriah diwaktu malam, ini adalah pilihan nombor satu anda. Artikel ini memaparkan maklumat mengenai Pantai Cenang yang perlu anda tahu sekiranya ingin bercuti disini.

Nota: Untuk melihat lokasi pelancongan lain, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi.

Suasana di Pantai Cenang Langkawi.

Apa ada di Pantai Cenang?

Berbagai tarikan dan kemudahan terdapat disini menjadikannya destinasi percutian utama di Langkawi. Tempat penginapan sentiasa bertambah, aktiviti pelancongan sering diadakan dan tempat menarik baru dibangunkan bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong. Berikut ialah apa yang ada di Pantai Cenang:

  • Tempat menarik - Pantai, Underwater World dan Muzium Laman Padi.
  • Aktiviti pelancongan - Mandi laut, banana boat, sukan pantai dan lain-lain.
  • Membeli-belah - Deretan kedai disepanjang jalan Pantai Cenang menjual berbagai barangan seperti pakaian dan aksesori. Juga terdapat pasaraya membeli-belah. Antara yang menarik ialah Cenang Mall dan The Zon Duty Free Convenience Outlet.
  • Makanan - Banyak restoran dan tempat makan yang menyediakan masakan tempatan dan luar negara ada di sekitar kawasan ini.
  • Penginapan - Pengunjung yang ingin bermalam boleh menginap di hotel, resort, chalet dan homestay yang banyak terdapat disini.

Bercuti di Pantai Cenang Langkawi.

Lokasi dan perjalanan

Pantai Cenang terletak di sebelah Barat Daya Pulau Langkawi. Ia termasuk dalam mukim Kedawang. Pantainya menghadap Selat Melaka. Pelancong yang ingin ke sini boleh mengambil teksi atau kereta sewa. Perjalanan dari Jeti Kuah mengambil masa kira-kira 32 minit (23 km) manakala dari Langkawi International Airport hanya 11 minit (7.5 km) sahaja.

Tempat menarik

Tarikan asal di Pantai Cenang ialah pantai semulajadinya yang cantik. Ia menjadi tumpuan pengunjung yang ingin mandi laut dan bersiar-siar di pantai yang berpasir sambil melihat pemandangan matahari terbenam. Kedatangan pelancong yang bertambah setiap tahun menyaksikan beberapa tempat menarik dibangunkan disini. Antara yang popular ialah:

Underwater World Langkawi

Salah satu tempat menarik di Pantai Cenang yang terkenal ialah Underwater World Langkawi. Ia menjadi salah satu lokasi yang mesti dilawati terutama bagi anda yang membawa anak-anak bercuti. Berbagai spesis hidupan laut tempatan dan luar negara dipamerkan didalam akuarium yang cantik. Kecanggihan teknologi menjanjikan pameran mengagumkan kepada pengunjung. Anda pasti teruja!

Underwater World Langkawi.

Harga tiket:
Dewasa: RM30.
Kanak-kanak: RM20.

Alamat:
Underwater World Langkawi
Jalan Pantai Chenang,
07000 Langkawi,
Kedah.

Telefon: +60 4-955 6100

Laman Padi Langkawi

Tempat menarik lain yang ada di Pantai Cenang ialah Laman Padi Langkawi. Ia merupakan lokasi pelancongan yang mesti dilawati jika bercuti di Langkawi. Apa yang ada disini ialah sawah padi, Taman Herba dan Galeri Padi yang mempamerkan proses penanaman padi hingga menjadi beras. Pengunjung juga berpeluang menangkap ikan, menanam dan menuai padi secara tradisional.

Selain itu, di Laman Padi Langkawi ini terdapat dua buah restoran yang menyajikan menu menarik untuk pengunjung. Sebuah spa yang menggunakan herba segar turut menawarkan rawatan serta urutan bagi anda yang berminat.

Laman Padi Langkawi.

Harga tiket: Masuk adalah percuma.
Waktu operasi: 10 pagi - 6 petang.

Alamat:
Laman Padi Langkawi
Jalan Pantai Chenang,
07000 Langkawi,
Kedah.

Telefon: +60 4-955 3225

Banyak tempat menarik lain yang ada berhampiran Pantai Cenang. Anda boleh menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi untuk ke sesuatu tempat. Namun lebih mudah jika anda menyewa kereta kerana anda bebas untuk ke mana-mana samada ingin keluar makan, membeli-belah atau pun meronda sekeliling pulau.

Untuk melihat tempat-tempat menarik lain di Langkawi, sila lawati halaman Tempat menarik di Langkawi.

Aktiviti menarik

Selain melawat tempat menarik yang ada disekitar Pantai Cenang, beberapa aktiviti boleh dilakukan jika berkunjung ke sini. Di waktu siang, anda boleh ke pantai melakukan aktiviti air. Di waktu malam pula, anda boleh membeli-belah atau menjamu selera.

Aktiviti pantai

Anda berpeluang mencipta kenangan manis bercuti disini dengan mencuba berbagai aktiviti pantai yang disediakan. Antara yang menarik termasuk banana boat dan parasailing. Jika tidak berani mencuba, anda boleh saja bermain sukan pantai, mandi laut atau bergambar sepuas hati.

Aktiviti menarik di Pantai Cenang.

Membeli-belah

Bagi yang suka shopping, anda pasti seronok berkunjung ke Pantai Cenang. Banyak tempat membeli-belah ada di sekitar kawasan ini. Selain deretan kedai disepanjang jalan yang menjual bermacam-macam barangan, beberapa pasaraya juga boleh dikunjungi. Paling meriah bila anda berkunjung di waktu malam.

Go Kart

Aktiviti lain yang agak menarik ialah go kart. Bagi yang meminati sukan ini, anda boleh ke trek yang terletak tidak jauh dari Pantai Cenang. Untuk maklumat lanjut, hubungi no telefon 604-955 5827 / 604-955 5792.

Hotel di Pantai Cenang

Tempat penginapan memang banyak terdapat di Pantai Cenang. Anda boleh memilih mana yang terbaik mengikut lokasi atau kesesuaian bajet. Jika anda inginkan keselesaan dan layanan memuaskan, hotel menarik di Pantai Cenang yang dicadangkan ialah:

Casa Del Mar Langkawi

Casa Del Mar Langkawi ialah hotel yang popular dikalangan pelancong yang bercuti di Pantai Cenang. Ia menawarkan bilik yang luas dan pemandangan menarik serta berbagai fasiliti bagi menjamin keselesaan tetamu. Lokasi hotel berhampiran dengan pantai, kawasan membeli-belah dan restoran. Ini adalah hotel mewah dan tidak sesuai untuk percutian bajet.

Alamat:
Casa Del Mar Langkawi
Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang,
07000 Langkawi,
Kedah.

Telefon: +60 4 - 955 2388

Harga bilik untuk dua orang termasuk sarapan bermula dari RM900 satu malam.

Meritus Pelangi Beach Resort & Spa

Hotel lain yang menawarkan pakej penginapan menarik di Pantai Cenang ialah Meritus Pelangi Beach Resort & Spa. Ia adalah hotel mewah yang cukup menarik dan menyediakan bilik penginapan selesa dengan berbagai kemudahan. Hotel ini terletak berhampiran pantai dan menawarkan pemandangan cantik pada tetamu. Lokasinya betul-betul berhadapan dengan Pulau Rebak yang jelas kelihatan.

Alamat:
Meritus Pelangi Beach Resort & Spa
Jalan Pantai Cenang,
07000 Langkawi.
Kedah.

Telefon: +60 4-952 8888

Harga bilik untuk dua orang termasuk sarapan bermula dari RM890 satu malam.

Nadias Hotel Cenang

Jika anda ingin hotel yang lebih murah, Nadias Hotel Cenang ialah hotel bertaraf 3 bintang yang selesa dan agak menarik. Terletak di tengah kawasan Pantai Cenang, ia adalah lokasi strategik untuk dijadikan pilihan tempat penginapan sekiranya anda ingin bercuti disini. Kemudahan yang disediakan termasuk restoran dan kolam renang.

Alamat:
Nadias Inn Comfort Langkawi
977, Jalan Pantai Cenang,
Kampung Lubok Buaya,
Langkawi,
Kedah.

Telefon: +60 4-955 1401

Harga bilik untuk dua orang termasuk sarapan bermula dari RM220 satu malam.

Hotel Easy Crystal

Bagi penginapan yang lebih murah, Hotel Easy Crystal menawarkan bilik penginapan selesa dengan harga yang sangat berpatutan. Lokasinya juga tidak jauh dari pantai. Malah anda boleh melawat Laman Padi Langkawi dengan hanya berjalan kaki. Jika anda tidak terlalu cerewet, hotel ini boleh saja dijadikan pilihan penginapan. Anda boleh berjimat dan belanjakan wang untuk perkara lain.

Alamat:
Hotel Easy Crystal
Kampung Lubok Buaya,
Jalan Pantai Cenang,
Langkawi.

Telefon: +60 4-953 2100

Harga bilik bermula dari RM136 satu malam.

Resort di Pantai Cenang

Selain hotel, anda boleh memilih untuk tinggal di resort yang terdapat disepanjang pantai. Ada berbagai jenis penginapan disediakan seperti chalet dan bilik. Antara resort menarik di Pantai Cenang ialah:

  • Sandy Beach Resort - Sandy Beach Resort terletak di tengah Pantai Cenang. Kawasan ini memang meriah diwaktu malam. Mudah untuk anda keluar bersiar-siar atau menjamu selera. Ada pilihan chalet ditepi pantai yang menawarkan pemandangan laut dan juga bilik motel yang terletak dikawasan kedai. Harga bermula dari RM96. Telefon +60 19-527 5969.
  • Malibest Resort Langkawi - Antara resort pilihan pelancong. Terletak ditepi pantai dan kemudahan kolam renang turut disediakan. Harga bilik untuk dua orang bermula dari RM180 satu malam. Telefon +60 4-955 8202.
  • The Cabin - Resort yang popular ini sentiasa menjadi pilihan pelancong kerana kedudukannya yang menarik dan berhampiran dengan Underwater World Langkawi. Telefon +60 12-417 8499.
  • Langgura Baron Resort - Banyak bilik disediakan untuk pelancong. Harga bermula dari RM150. Telefon +60 4-955 8880.
  • Best Star Resort - Kemudahan kolam renang turut disediakan. Harga bermula dari RM169. Telefon +60 4-955 1808.
  • Langkapuri Inn - Terletak ditepi pantai dan berhampiran Cenang Mall, ia antara resort popular dikalangan pelancong. Telefon +60 4-955 1202.
  • Royal Agate Beach Resort - Menyediakan penginapan yang selesa dan layanan yang baik. Harga bermula dari RM160. Telefon +60 4-955 6666.
  • Sunset Beach Resort - Resort popular pilihan pelancong. Terletak tidak jauh dari Underwater World Langkawi. Harga bermula dari RM190. Telefon +60 4-955 1751.

Penginapan bajet di Pantai Cenang

Jika anda mencari tempat penginapan bajet di Pantai Cenang, ada banyak pilihan yang sesuai. Harga berbeza mengikut jenis penginapan, bilangan tetamu dan sebagainya. Memang terdapat hotel murah yang menawarkan penginapan seadanya. Asalkan anda tidak terlalu cerewet, ia sudah cukup untuk dijadikan tempat bermalam. Berikut ialah senarai chalet, homestay, motel dan guest house di sekitar Pantai Cenang dengan alamat dan harga bilik.

Chalet di Pantai Cenang

Chalet adalah tempat penginapan popular bagi pelancong yang berkunjung ke Pantai Cenang. Ada yang murah dan ada yang mahal.

  • Lagenda Permai Chalet
  • Pondok Muara Chalet - Jalan Kuala Muda, Sungai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi. Harga bermula dari RM85.
  • White Lodge - Harga bermula dari RM169.
  • The Bohok Langkawi - No. 17, Jalan Bohok Tempoyak, Mukim Kedawang, Pantai Cenang. Harga bermula dari RM325.

Homestay di Pantai Cenang

Jika anda lebih selesa tinggal di homestay, beberapa pilihan ada disekitar Pantai Cenang. Antara yang popular ialah:

  • Langkawi Tokjah Homestay
  • Ummi Homestay

Motel di Pantai Cenang

Jangan risau jika anda tidak ada bajet yang besar. Banyak pilihan motel yang menawarkan harga murah kepada pelancong di Pantai Cenang. Senarai dibawah boleh adalah antara motel yang menawarkan bilik yang selesa dengan harga murah.

  • AB Motel Langkawi
  • Amzar Motel
  • Cenang Rest House
  • Sweet Inn Motel - Lot 792, Pantai Cenang. Harga bermula dari RM110.
  • Casa Idaman Motel - Lot 2327, Jalan Kampung Berjaya, Pantai Cenang. Harga bermula dari RM150.
  • Adina Drive--in Motel - Harga bermula dari RM160.
  • Tokman Inn Langkawi - Harga bermula dari RM99.
  • Dhania Motel - Harga bermula dari RM120.
  • Paradise Inn - No. 3, Casafina Avenue, Cenang. Harga bermula dari RM99.
  • Alpha Motel - Harga bermula dari RM119.
  • Grand Beach Motel - Harga bermula dari RM180.

Guest House di Pantai Cenang

Bagi pengunjung yang ingin bercuti bersama keluarga yang besar, anda boleh memilih guest house sebagai tempat penginapan. Beberapa pilihan menarik ada disekitar kawasan pantai seperti:

  • Holiday Home Sunshine - Harga bermula dari RM870.
  • Idaman Guest House - Jalan Bohor Tempoyak, Pantai Cenang. Harga bermula dari RM250.
  • Langkawi Chantique - Lot 2346, Jalan Bohor Tempoyak, Pantai Cenang. Harga bermula dari RM239.
  • Fa Villa Guest House.

Untuk melihat tarikan pelancongan lain, sila lawati halaman Pelancongan di Langkawi.

Bercuti di Pantai Cenang Langkawi memang menyeronokkan. Berbagai aktiviti pelancongan boleh dilakukan sepanjang berada disini. Banyak tempat menarik boleh dilawati. Pengunjung juga boleh memilih tempat penginapan mengikut bajet masing-masing. Jika anda bercadang untuk bercuti di sini, sila buat tempahan penginapan lebih awal kerana bilik sentiasa penuh.

Comments

1

saya akan ke Cenang pada 26/8,check in di Malibest resort dan out pada 28/8/2017. Saya tiba di airport Langkawi 2.15 ptg. Saya bawa 2 org kakak. Masa yg agak terhad,jadi saya akan pilih tempat yang affordable dan dekat saja. Saya confirm nak naik cable car ..betul ke tiket rm 30?
Kalau boleh, nak bawa kakak naik bot sekitar dekat pulau (not really island hopping)
Boleh tak cadangkan tempat menarik berhampiran..selain shopping sikit di Cenang Mall.
Kalau nak beli coklat,gajus or makanan laut kering(udang kering/ikan masin)..elok beli di mana?
Saya survey,tambang teksi mahal...dari malibest ke cable pun dah rm 40. Kalau saya nak sewa kereta, kat mana boleh dapat harga terbaik?

Add new comment