Carnival Sungai Petani

Assalamualaikum.
Kalau orang tanya aku nak pergi holiday dekat mana yang best, yang boleh bawa anak-anak mandi, memang aku failed sebab seingat aku la, seumur hidup aku hanya dua kali je kot aku pergi water park ni. Diringkas kan cerita, raya haji baru ni, kami satu keluarga pergi ke water park Carnival Sungai Petani. Tak de plan apa pun, rancang malam esok pagi-pagi dah terus pergi. Rasanya pagi tu kot baru google cari info sikit pasal Carnival Sungai Petani.

The Carnival Sungai Petani

Kami bertolak dari rumah pukul 10 pagi, mesti pelik kenapa awal sangat kan, sebab kami semua nak pergi sarapan dulu, makan siap-siap bagi kenyang sebelum berperang kat dalam Carnival nanti. Biasa la kan nak beli makan kat dalam tu memang mahal.

Carnival Sungai Petani. Entrance rate for adult RM30. Bagi aku memang mahal la. Kalau korang nak datang sini rancang masa dan hari biar kasi betul sikit. Harga pada hari biasa dan cuti sekolah memang berbeza. Harga untuk 2 dewasa dan seorang kanak total RM85 termasuk GST ok.
Please la.

Harga tiket di Carnival

Sewa locker untuk simpan barang berharga RM23 deposit RM10, nanti lepas korang pulangkan balik kunci kerani kaunter tu akan bagi balik RM10. Locker takde la besar mana pun, muat untuk simpan handbag je kot. Beg pakaian pandai korang la nak jaga ok. Nasihat aku, biar la bawak yang perlu sahaja, baju pun korang bawak yang nak pakai masa mandi, so beg takde la besar mana kalau nak bawak ke hulu ke hilir pun. Takde la terasa sangat.

Harga sewa locker di Carnival

Makanan atau minuman dari luar tak dibenarkan bawak masuk ok. Please take note! Jangan ada yang memandai bawak bekal sebab ada gerai makan yang jual pelbagai jenis menu makanan dan minuman kat dalam Carnival nanti. So, tak payah risau!

Time aku pergi, ramai pulak pelancong dari luar Negara terutamanya orang Arab. Kalau tengak gaya diorang didik anak memang beza dari kita, anak diorang bebas dan agak kasar berbanding dengan kanak2 Malaysia. Ni, pendapat aku je ok! Satu yang best pasal Carnival Sungai Petani ni, pelampung free, tak kena sewa, sapa cepat dapat la, sapa lambat kena tunggu la. Kalau korang nak jugak pelampung, pandai-pandai buat muka sedih dekat budak mesti dia kasi punya. Haha.

Kolam utama

Banyak juga permainan yang pihak Carnival sediakan, antaranya ialah water coaster, wall climbing, wave pool, family bungee, horse riding dan lain-lain. Aku pun dah tak berapa ingat hehe. Semua sesuai untuk lapisan umur. Benda yang paling aku suka bila time wave, rasa macam betul2 kat tepi pantai. Nanti akan ada photographer dari pihak Carnival yang pujuk2 korang nak ambik gambar, nanti kalau suka boleh beli. Terpulang! Tapi bagi aku mahal kot, sekeping gambar RM20, kalau siap ada bingkai gambar RM50!!

Gelongsor air

Gelongsor air yang paling mencabar di Carnival

Paling aku puji Carnival, toilet dan bilik mandi yang disediakan banyak dan memang agak selesa bagi aku, sebab tak payah rebut2 dengan orang lain siap ada cermin besar lagi, boleh suluh jerawat kau lagi! Puas juga la kitaorang mandi, masuk pukul 11 pagi check out pukul 5 petang. Haha, lama kan..kalau nak ikutkan permainan yang ada takde la banyak mana, tapi biasa la bila dah start mandi tak sedar pukul berapa. Sedar2 pun perut dah rasa lapar, baru la nak balik.

Ombak

Ok, rasa nya itu je kot aku nak share, jika ada masa aku update kedai makan yang aku makan masa breakfast ok. Insyallah kita jumpa lagi next holiday.
Selamat bercuti.

Add new comment