The Carnival Water Park Sungai Petani

The Carnival Sungai Petani ialah salah satu tempat menarik yang ada di Kedah. Disebabkan kedudukannya yang strategik, The Carnival menjadi destinasi percutian keluarga yang popular bukan saja bagi penduduk bandar Sungai Petani, malah dari serata negeri di utara semenanjung Malaysia seperti Perlis dan Pulau Pinang. Kali ini Percutian Bajet akan menyingkap apa yang menarik di The Carnival Sungai Petani ini.

The Carnival Water Park Sungai Petani, Kedah.

Nota: Untuk melawat tempat menarik lain di Kedah, sila lihat artikel Senarai tempat menarik untuk percutian di Kedah.

Lokasi The Carnival Sungai Petani

The Carnival Sungai Petani terletak berhampiran Cinta Sayang Resort. Lokasinya tidak jauh dari pusat bandar Sungai Petani. Pengunjung boleh ke taman tema ini di Jalan Kelab Cinta Sayang melalui persimpangan IKM ke Taman Tunku Haminah atau pun melalui persimpangan Hospital Sultan Abdul Halim. Jika menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), ikut susur keluar Sungai Petani Utara. Sebarang urusan, tempahan dan sebagainya, anda boleh hubungi:

Alamat:

The Carnivall
Persiaran Cinta Sayang,
08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.

Hubungi:

Email: -
Tel: +60 4-441 4666

Petunjuk arah di Carnival Water Park Sungai Petani.

The Carnival Sungai Petani

The Carnival Sungai Petani mempunyai beberapa aktiviti dan permainan menarik yang disediakan untuk pengunjung. Tarikan utama ialah permainan yang terdapat di water park. Selain itu terdapat aktiviti wall climbing, menunggang kuda, mini golf dan lain-lain lagi.

Gelongsor air yang paling popular.

Water Park

The Carnival Water Park Sungai Petani ialah taman tema air yang terulung di Kedah. Ia mempunyai berbagai permainan air yang menarik untuk orang dewasa, keluarga dan tempat permainan kanak-kanak. Dibuka setiap hari dari 11.00am-7.00pm pada hari Isnin hingga Jumaat. Pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah dibuka dari 9.00am – 7.00pm. Antara permainan menarik yang ada di sini ialah:

  1. Wave Pool - Kolam yang berombak besar. Sesuai untuk ahli keluarga bergembira bersama.
  2. Lazy River - Pengunjung boleh menaiki pelampung menyusuri Lazy River sambil melihat kawasan Water Park.
  3. Tube Slides - Pengunjung menaiki pelampung dan menggelongsor dalam tiub yang curam, bengkang-bengkok sebelum berakhir didalam kolam.
  4. High Speed Slides - Permainan air paling mencabar dan menyeronokkan di water park Sungai Petani ini. Pengunjung akan meluncur laju di atas gelongsor yang tinggi, menaiki dinding yang tinggi dan meluncur kebelakang.
  5. Body Slides - Terdapat dua jenis gelongsor iaitu yang bertutup dan yang terbuka. ia tidak terlalu panjang tapi cukup menyeronokkan. Anda pasti akan mencuba berkali-kali.
  6. Kawasan permainan air untuk kanak-kanak.
  7. Kawasan kolam permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak.

Water Slide paling mengujakan di Carnival Sungai Petani.

Gelongsor air yang sesuai untuk pelbagai usia.

Lain-lain yang ada di The Carnival Water Park Sungai Petani ini ialah:

  1. River Cafe.
  2. Kedai pakaian renang.
  3. Kedai barangan cenderamata.
  4. Kemudahan - Bilik persalinan dan surau.
  5. Sewaan - Locker.
  6. Pelampung percuma.

River Bar yang terletak di tepi kolam.

Disini juga terdapat beberapa aktiviti dan permainan menarik untuk pengunjung seperti:

  1. 7D Theater.
  2. Wall Climbing.
  3. Horse riding.
  4. Mini Golf.

Horse Ride di The Carnival Sungai Petani.

Penginapan

Terdapat beberapa hotel menarik berhampiran The Carnival Water Park Sungai Petani yang boleh anda pilih seperti:

Cinta Sayang Resort

Cinta Sayang Resort Sungai Petani adalah penginapan menarik yang terletak berhampiran The Carnival Water park Sungai Petani. Terdapat berbagai jenis chalet menarik disediakan untuk pengunjung. Ia sesuai untuk dua orang tetamu atau keluarga yang besar.

Alamat:

Cinta Sayang Golf & Country Resort
Persiaran Cinta Sayang,
08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.

Hubungi:

Email: cintasayang@cintasayangresort.com
Fax: +604-441 5600
Tel: +60 4-441 4666

Swiss Inn Sungai Petani

Swiss Inn Sungai Petani adalah hotel yang popular di bandar ini. Lokasinya juga tidak jauh dari The Carnival Water Park. Terletak berhampiran pusat bandar Sungai Petani, hotel ini menjadi tempat penginapan yang sesuai bagi mereka yang inginkan keselesaan.

Alamat:

Swiss-Inn Sungai Petani
No.1, Jalan Pahlawan,
08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.

Hubungi:

Email: reservation@sisp.swissgarden.com
Fax: +604 - 423 3423 / 604 - 422 4473
Tel: +604 - 422 3333 / 2454 / 2664

Harga untuk Swiss Inn Sungai Petani adalah seperti berikut:

  1. Superior Room - Bermula dari RM350.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  2. Junior Suite - Bermula dari RM520.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  3. Family Suite - Bermula dari RM640.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  4. Executive Suite - Bermula dari RM690.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).

Park Avenue Sungai Petani

Park Avenue Sungai Petani adalah pilihan hotel yang menarik untuk penginapan di Sungai Petani. Lokasinya agak jauh dari The Carnival Water Park. Ia terletak di susur keluar Sungai Petani Selatan manakala The Carnival terletak di susur keluar Sungai Petani utara. Namun hotel ini menyediakan bilik penginapan yang menarik serta berbagai kemudahan untuk tetamu. Disini juga terdapat kompleks bowling yang terletak disebelah hotel sahaja.

Alamat:

Park Avenue Hotel Sungai Petani
1 Jalan Indah Dua,
08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.

Hubungi:

Email: general@parkavenue.com.my
Fax: +60 4-431 8777
Tel: +60 4-431 7777

Harga untuk Park Avenue Sungai Petani adalah seperti berikut:

  1. Deluxe - Bermula dari RM175.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  2. Executive - Bermula dari RM190.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  3. Junior Suite - Bermula dari RM330.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  4. Senior Suite - Bermula dari RM390.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).
  5. Royal Suite - Bermula dari RM910.00 bergantung pada hari dan musim puncak (peak season).

Lazy River di The Carnival Sungai Petani.

Percutian ke The Carnival Water Park Sungai Petani sangat menyeronokkan. Walaupun permainan water park yang disediakan tidak banyak tetapi cukup memuaskan hati. Kelemahan yang ketara ialah air yang agak kotor. Bagi pengunjung yang berkulit sensitif pasti akan gatal-gatal. Jika anda pernah bercuti disana, kongsikan pendapat dan pengalaman anda diruangan komen.

Add new comment