Feri Langkawi - Jadual dan harga tiket 2020

Tiket Feri Langkawi kini boleh dibeli secara online.  Anda tidak perlu beratur di kaunter lagi. Ia sangat membantu lebih-lebih lagi di musim cuti sekolah atau cuti umum dimana ramai pengunjung memilih untuk bercuti di pulau bebas cukai ini. Bagi anda yang ingin membawa kenderaan sendiri ke Langkawi tetapi tidak tahu caranya, disini kami kongsikan sekali maklumat berkenaan.

Feri Langkawi ialah pengangkutan utama yang membawa pelancong dan juga penduduk Langkawi yang berulang-alik dari pulau ke tanah besar. Terdapat beberapa lokasi yang menyediakan perkhidmatan feri iaitu di Perlis, Kedah dan juga Pulau Pinang. Bagi pengunjung yang ingin ke pulau Langkawi, tiket feri boleh dibeli secara terus di jeti tanpa perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Terus ke Tiket Feri Online

Feri Langkawi

Lokasi Feri ke Langkawi

Terdapat beberapa lokasi yang menyediakan pengangkutan feri ke Langkawi. Bergantung pada tempat tinggal, keperluan dan juga situasi, anda boleh memilih mana-mana lokasi yang sesuai untuk anda.

Jeti Kuala Perlis

Jeti yang terletak di negeri Perlis ini ialah yang paling hampir dengan pulau Langkawi. Ia merupakan pilihan utama pelancong yang ingin bercuti ke pulau lagenda ini. Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke jeti Kuah di Langkawi cuma mengambil masa lebih-kurang 1 jam 15 minit. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri untuk penumpang dan juga kenderaan.

Jeti Kuala Perlis

Jeti Kuala Kedah

Jeti Kuala Kedah pula semakin popular dikalangan orang-ramai yang ingin ke Langkawi. Ia lebih hampir bagi penduduk di negeri Kedah, Pulau Pinang dan lain-lain negeri di selatan tanahair. Cuma perjalanan feri agak jauh iaitu mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit hingga 2 jam.

Feri ke Langkawi

Jeti Pulau Pinang

Pelancong juga boleh ke Langkawi dari jeti Pulau Pinang. Ia agak kurang popular berbanding jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis mungkin kerana lebih jauh dan tempoh perjalanan yang agak lama. Menaiki kapal terbang adalah pilihan yang lebih praktikal.

Feri di jeti Langkawi

Tiket Feri Langkawi

Jika tidak menaiki kapal terbang, anda perlu menaiki feri untuk ke Langkawi. Tidak seperti Pulau Pinang dimana pengunjung cuma perlu membeli tiket untuk pergi sahaja, bagi Langkawi, anda perlu membeli tiket pergi dan balik.

Tiket feri Langkawi boleh dibeli secara atas talian (online) atau terus ke kaunter tiket di jeti pilihan anda. Harga tiket adalah sama sahaja bagi kedua-dua pilihan.

Harga tiket Feri Langkawi

Berikut ialah harga tiket feri Langkawi untuk penumpang bagi tahun 2020.

Kuala Perlis - Langkawi
Sehala : Dewasa RM 18.00, Kanak-kanak RM 13.00
Pergi balik : Dewasa RM 36.00, Kanak-kanak RM 26.00

Kuala Kedah - Langkawi
Sehala : Dewasa RM 23.00, Kanak-kanak RM 17.00
Pergi balik : Dewasa RM 46.00, Kanak-kanak RM 34.00

Penang - Langkawi
Sehala : Dewasa RM 60.00, Kanak-kanak RM 45.00
Pergi balik : Dewasa RM 120.00, Kanak-kanak RM 90.00

Maklumat terperinci lihat Jadual Feri ke Langkawi dan harga tiket

Bawa kereta ke Langkawi

Jika anda merancang untuk membawa kereta ke Langkawi, anda boleh berbuat demikian kerana ada syarikat feri Langkawi yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Anda perlu menyediakan beberapa dokumen seperti:

  1. Geran kereta - Fotostat geran depan dan belakang.
  2. Salinan insuran kereta.

Nota: Jika kereta syarikat atau milik orang lain, anda perlu sertakan surat kebenaran dan juga salinan kad pengenalan pemilik.

Cara-cara dan peraturan untuk bawa kereta ke Langkawi adalah seperti berikut:

  • Anda boleh membuat tempahan sebulan atau selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh perjalanan.
  • Membayar deposit tempahan.
  • Menghantar kereta ke Holding Area di jeti berkenaan dua jam sebelum feri berlepas bagi tujuan pemeriksaan kastam.
  • Mengesahkan tarikh perjalanan pulang di kaunter syarikat feri berkenaan.

Harga untuk bawa kereta ke Langkawi adalah seperti senarai dibawah.

  • Kereta Sedan 1,500CC Ke Bawah - Sehala RM130, Pergi balik RM250.
  • Kereta Sedan 2,000CC Ke Bawah - Sehala RM160, Pergi balik RM300.
  • Kereta Sedan 3,000CC Ke Bawah - Sehala RM200, Pergi balik RM380.
  • Kereta Sedan 3,001CC Ke Atas - Sehala RM240, Pergi balik RM480.
  • MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up 2,000CC kebawah - Sehala RM180, Pergi balik RM340.
  • MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up 3,000CC kebawah - Sehala RM200, Pergi balik RM380.
  • MPV / 4WD / JEEP / SUV / Van / Pick-up 3,001CC keatas - Sehala RM230, Pergi balik RM440.
  • Kereta Mewah (Ferrari, Porche, Lamborghini dan sebagainya) - Sehala RM350, Pergi balik RM700.

Nota: Harga mungkin berbeza. Sila pastikan terlebih dahulu dengan menghubungi syarikat feri berkenaan.

Feri kenderaan ke Langkawi

Syarikat Feri Langkawi

Ada beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan feri ke Langkawi. Namun tidak semua syarikat feri menyediakan perkhidmatan kargo bagi membawa kenderaan ke pulau. Ada yang cuma menawarkan perkhidmatan feri penumpang sahaja. Bagi anda yang ingin membeli tiket secara online atau membawa kereta sendiri ke pulau pelancongan ini, berikut ialah syarikat, jadual perjalanan dan harga tiket feri langkawi.

Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd

Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengangkutan feri ke Langkawi yang utama. Ia menyediakan perkhidmatan feri di Kuala Perlis dan juga Kuala kedah. Syarikat ini turut menawarkan penjualan tiket secara online.

Alamat:
LANGKAWI FERRY LINE VENTURES SDN BHD
No 81& 83 Persiaran Bunga Raya
Langkawi Mall Phase 2
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman

Hubungi:
Tel : 04-966 3988 / 04-966 8988
Fax : 04-966 1988

Jadual Feri ke Langkawi

Kaunter Langkawi Ferry Line Ventures di Kuala Perlis dan Kuala Kedah dibuka sepanjang tahun. Sebanyak 8 hingga 10 trip feri beroperasi setiap hari dengan perjalanan setiap sejam atau sejam setengah. Feri terawal bermula pada pukul 7 pagi dan trip terakhir pada pukul 7 petang.

Jadual perjalanan feri Langkawi yang lengkap dan terkini boleh dilihat di Jadual Feri ke Langkawi.

Untuk kepastian, anda boleh telefon pejabat di setiap lokasi berikut:

Kuala Perlis
Tel : 04-985 2539 / 04-985 1899
Fax : 04-985 2117

Kuala Kedah
Tel : 04-762 6295 / 04-762 6296
Fax : 04-762 4585

Langkawi
Tel : 04-966 5889 / 04-9665131
Fax : 04-966 5133

Harga tiket Feri Langkawi

Penumpang yang ingin membeli tiket feri Langkawi boleh mendapatkannya di kaunter syarikat di Jeti. Jika anda ingin menempah lebih awal, sila dapatkan secara online di laman web rasmi Langkawi Ferry Line Ventures (laman perjalanan feri diatas). Harga tiket yang dikenakan ialah:

Kuala Perlis - Langkawi
Sehala : Dewasa RM 18.00, Kanak-kanak RM 13.00
Pergi balik : Dewasa RM 36.00, Kanak-kanak RM 26.00

Kuala Kedah - Langkawi
Sehala : Dewasa RM 23.00, Kanak-kanak RM 17.00
Pergi balik : Dewasa RM 46.00, Kanak-kanak RM 34.00

Nota : Sila hubungi syarikat terlebih dahulu untuk benar-benar pasti.

Dalam Feri Langkawi

Langkawi Ferry Services Sdn Bhd

Syarikat ini memulakan perkhidmatan feri ke Langkawi sejak tahun 1997. Sehingga tahun 2013, ia mempunyai 12 buah feri yang beroperasi setiap hari. Lokasi perkhidmatan Langkawi Ferry Services merangkumi Kuala Kedah, Kuala Perlis, Penang, Puala Payar Marine Park, Pulau Pinang, Satun (Thailand) dan juga Medan (Indonesia).

Alamat:
Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd
37 & 39, Jalan Pandak Mayah 5,
07000, Langkawi,
Kedah

Telefon : +60 4-966 9439

Jadual Feri ke Langkawi dan harga tiket

Penang ke Langkawi
8.30 AM, 2.00 PM
Sehala D:RM60 K:RM45 B2:RM25
Pergi balik D:RM120 K:RM90 B2:RM50

Langkawi ke Penang
10.30 AM, 3.00 PM
Sehala D:RM60 K:RM45 B2:RM25
Pergi balik D:RM120 K:RM90 B2:RM50

Perjalanan lebih-kurang 3 jam

Kuala Kedah ke Langkawi
Feri pertama 7.00 AM. Feri akhir 7.00 PM
Sehala D:RM23 K:RM17
Pergi balik D:RM46 K:RM34

Langkawi ke Kuala Kedah
Feri pertama 7.00 AM. Feri akhir 7.00 PM
Sehala D:RM23 K:RM17
Pergi balik D:RM46 K:RM34

Perjalanan lebih-kurang 1 jam 45 minit

Kuala Kedah ke Langkawi
Feri pertama 7.00 AM. Feri akhir 7.00 PM
Sehala D:RM18 K:RM13
Pergi balik D:RM36 K:RM26

Langkawi ke Kuala Kedah
Feri pertama 7.00 AM. Feri akhir 7.00 PM
Sehala D:RM18 K:RM13
Pergi balik D:RM36 K:RM26

Perjalanan lebih-kurang 1 jam 15 minit

Jadual perjalanan feri Langkawi yang lengkap boleh dilihat di Jadual Feri ke Langkawi dan harga tiket.

Langkawi Roro Ferry Services Sdn Bhd

Syarikat Langkawi Roro Ferry Services Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan kargo membawa kenderaan ke Langkawi dari jeti Kuala Perlis. Anda boleh memilih untuk menaiki feri bersama kenderaan jika anda mahu. Kenderaan yang di hantar ke pulau Langkawi boleh diambil di Langkawi Tanjung Lembung Port.

Langkawi Roro Ferry Services Sdn Bhd
Tel : 04-966 9881
Fax : 04-9669882

Pejabat Langkawi Ro-Ro Kuala Perlis.

Waktu pejabat : 8.30 A.M - 5.00 P.M.
Nombor telefon pejabat
Whatsapp : 019 - 402 6788
Pejabat : 04 - 985 4881
Fax : 04 - 985 5880

Pejabat Langkawi Ro-Ro Langkawi. Nombor telefon pejabat
Musa : 019 - 479 3738
Office : 04 - 966 9881
Fax : 04 - 966 9882

Jadual Feri ke Langkawi

Jadual perjalanan feri syarikat Langkawi Roro Ferry Services Sdn Bhd boleh dilihat di laman web rasminya iaitu Langkawi Ro-Ro pada menu Schedule. Biasanya jadual feri di kemaskini dua bulan lebih awal. Terdapat jadual perjalanan feri dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi dan juga Langkawi ke Kuala Perlis. Walau bagaimanapun, waktu perjalanan juga bergantung pada keadaan cuaca dan kecepatan pemprosesan borang.

Biasanya hanya dua trip feri sahaja untuk sehari. Trip pertama pada pukul 1.30 PM atau 2.00 PM. Trip kedua pada pukul 3.00 PM atau 3.30 PM. Tidak tetap. Sila semak jadual.

Trip dari Langkawi ke Kuala Perlis juga sama. Hanya dua trip sehari dimana trip pertama pada pukul 9.00 PM atau 9.30 PM. Trip kedua pada pukul 11.00 PM atau 11.30 PM. Tidak tetap. Sila semak jadual.

Harga tiket Feri Langkawi

Senarai harga tiket untuk kenderaan adalah mengikut jenis kenderaan dan CC enjin. Harga adalah seperti berikut:

  • Basikal RM50.
  • Motosikal bawah 250cc RM80.
  • Kereta bawah 1500cc RM250.
  • Kereta mewah RM450.
  • Supercar RM700.
  • MPV bawah 2000cc RM340.
  • Penumpang - Dewasa RM36, Kanak-kanak RM26, Kanak-kanak bawah 2 Tahun RM6.

Senarai lengkap kenderaan dan harga boleh dilihat di laman web syarikat Langkawi Roro Ferry Services Sdn Bhd di Harga tiket bawa kenderaan ke Langkawi.

Langkawi Auto Express

Langkawi Auto Express Sdn. Bhd. ialah sebuah lagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan kargo membawa kenderaan ke Langkawi dari jeti Kuala Perlis. Sama seperti syarikat lain, anda boleh memilih untuk menaiki feri bersama kenderaan. Maklumat lanjut boleh lihat laman web rasmi Langkawi Auto Express.

Langkawi Auto Express Kuala Perlis

Beli tiket Feri Online

Anda boleh beli tiket feri ke Langkawi secara online melalui laman web rasmi syarikat berkenaan. Walau bagaimanapun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

1) Beli tiket feri online Ferry Line Ventures Sdn Bhd.

Ferry Line Ventures menawarkan:

  • Tiket feri boleh dibeli 6 bulan awal dari tarikh yang anda inginkan.
  • Anda juga boleh dapatkan Tiket Feri Online App untuk Android di Google Play dan Iphone di AppStore.

2) Beli tiket feri online Langkawi Ferry Services Sdn Bhd.

3) Beli tiket feri online Langkawi Roro Ferry Services Sdn Bhd.

Kesimpulan

Sebenarnya jika anda tidak mengejar masa, tiket feri Langkawi boleh sahaja dibeli terus di kaunter. Namun bagi yang membawa rombongan atau keluarga yang ramai, anda boleh membeli secara online. Harga tiket sama sahaja. Terpulang kepada keperluan sendiri.

Setakat ini dahulu maklumat berkenaan feri Langkawi yang dapat kami kongsikan kepada anda. Jika ada maklumat tambahan, kami akan kemaskini lagi. Semoga apa yang disediakan ini berguna dan dapat membantu anda merancang perjalanan ke Langkawi dengan lebih berkesan. Jangan lupa kongsikan artikel ini di laman media sosial anda. Selamat bercuti!

Lokasi