Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani

Saya berpeluang mengikuti 'Karnival Bangkit' Suria FM Bersama Artis Di Sungai Petani yang diadakan di Aman Jaya Mall. Karnival tersebut memang menarik dan sangat meriah tetapi saya taknak cerita tentang perkara tersebut. Sebaliknya, apa yang ingin saya kongsikan ialah tempat makan yang sangat sedap di Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani.

Saya pernah beberapa kali ke Aman Jaya Mall tetapi tak pernah terlintas untuk menjamu selera di food court yang terletak di tingkat paling atas. Selalunya saya akan ke tempat makan sedap di Sungai Petani, Kedah tetapi sebab cuaca panas sangat di utara Semenanjung Malaysia sekarang, maka saya memilih untuk makan sahaja disini.

Gerai pizza, Thai food dan nasi ayam.

Ada banyak gerai makanan di food court yang kesemuanya dijalankan oleh peniaga tempatan yang menghidangkan makanan halal. Pelbagai pilihan makanan ada seperti gerai ayam penyet, gerai mee, gerai makanan barat, gerai makanan Thai, pizza dan spagetti, sizzling dan wok serta nasi campur.

Gerai sizzling, nasi campur dan gerai minuman

Saya mengambil sedikit masa untuk memilih makanan. Akhirnya pizza membuka selera saya. Saya memesan Cheesy Meatball Pizza yang berharga RM8.90 dan turut memesan koey teaw kerang yang berharga RM4.50. Minuman pilihan saya ialah Fresh orange + carrot yang berharga RM4.50 kalau tak silap. Pizza mengambil masa 10 minit untuk siap manakala koey teaw goreng sekitar 5 minit. Jadi saya memilih tempat duduk yang agak banyak terdapat disini sementara menunggu makanan siap. Jika anda ingin makan dikawasan open air, ada meja makan di luar yang agak menarik. Boleh lihat pemandangan kawasan sekitar lagi.

Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani

Akhirnya, loceng dibunyikan dari gerai makanan dan saya perlu mengambil sendiri makanan yang telah siap dimasak. Melihat pizza yang menarik dan bau harum membuka selera saya terus menjamah selepas membaca doa makan. Hihi... Not bad. Memang tidak mengecewakan. Macam tak sedar dah habis dua slice saya kerjakan. Gambar pun lupa nak snap.

Cheesy Meatball Pizza

Cheesy Meatball Pizza ni penuh dengan bahan-bahannya. Meatball banyak, cheese banyak dan memang cukup rasa. Puas hati makan. Cuma rotinya agak sedikit rangup dibahagian tepi. Kalau nak dibandingkan dengan Pizza Hut, lagi sedap pizza ni. Saya agak terkejut juga.

Koey teaw kerang

Koey teaw kerang yang sampai lebih awal juga tidak kurang sedapnya. Cukup rasa dan kerangnya juga banyak. Saya memang berpuas hati dengan masakan yang disediakan ini.

Fresh orange + carrot

Paling istimewa ialah minuman fresh orange + carrot. Sangat sedap. Rasa macam nak order lagi segelas. Biasanya jika air carrot sahaja, akan ada rasa lemak dan sedikit bau tetapi bila dicampur dengan orange, rasanya perfect. Mungkin campuran yang digunakan cukup sempurna. Saya recommend anda untuk mencuba minuman ini jika ke Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani.

Well, macam biasa, saya memang tak dapat habiskan semua makanan. Cheesy meatball pizza saya bungkus bawa balik dan koey teaw kerang saya habiskan juga. Jadi kesimpulannya, makanan yang disediakan di Food Court Aman Jaya Mall Sungai Petani sangat sedap dan memuaskan hati. Cukup mengejutkan saya. Jika anda bercuti ke sini, jangan lupa mencuba ye. Sehingga bertemu lagi. Bye!

Lokasi