Gamat Nusantara Maju Langkawi

Tidak lengkap percutian anda ke Langkawi jika tidak membeli-belah produk tempatan terutama hasil gamat. Salah satu destinasi popular dikalangan pelancong ialah Gamat Nusantara Maju. Disini terdapat pelbagai barangan produk kecantikan dan kesihatan.

Gamat Nusantara Maju adalah pengeluar terbesar produk gamat dan herba di Langkawi. Pengunjung yang singgah di kedai atau show room ini dapat melihat pameran pelbagai jenis herba dan juga gamat yang dimasak didalam kawah.

Lihat tarikan lain yang ada di Pulau Langkawi.

Minyak gamat nusantara

Lokasi Gamat Nusantara Maju

Lokasi Gamat Nusantara Maju ini betul-betul ditepi jalan. Anda tidak akan terlepas pandang botol minyak gamat gergasi jika menuju ke Pantai Cenang dari pekan Kuah.

Botol minyak gamat gergasi

Alamat:
Nusantara Maju Enterprise
No 32, Kg Mata Air,
Jalan Bayas, Mk. Ulu Melaka,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04-9559233
Fax : 04-9559133

Harga tiket:
Harga tiket atau bayaran masuk:
Dewasa / Kanak-kanak : Tidak perlu/Percuma

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.30 am - 5.30 pm
Hujung minggu : 8.30 am - 7.00 pm

Apa yang menarik?

Apa yang menarik disini tentu sekali barangan keluaran Gamat Nusantara Maju yang terdiri dari produk kesihatan dan kecantikan yang dibuat dari gamat, herba dan akar kayu tempatan.

Produk Gamat

Produk popular yang dihasilkan dari gamat ialah minyak gamat dan air gamat. Minyak gamat dikatakan cukup mujarab untuk menyembuhkan luka luaran manakala air gamat pula menyembuhkan luka dalaman.

Show room Gamat Nusantara Maju

Antara produk lain yang dihasilkan dari gamat ialah seperti:

  • Krim gamat.
  • Sabun gamat.
  • Gel gamat.
  • Bam gamat.

Produk Kelapa Dara

Terdapat juga produk kelapa dara iaitu krim rambut kelapa dara yang dikatakan berkesan untuk menghilangkan gatal kulit kepala dan kelumumur.

Produk tradisional

Selain produk diatas, ada berbagai produk tradisional lain yang diperbuat dari akar kayu dan herba. Antara produk kesihatan yang popular termasuk minyak panas, bam untuk kanak-kanak dan krim panas susu kambing. Produk kecantikan yang popular pula termasuk bedak sejuk, scrub, pencuci wanita gamat dan shampu limau dan bunga telang.

Pameran herba dan akar kayu

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan asas disediakan seperti tandas dan surau. Tempat letak kereta yang agak luas terletak diperkarangan show room ini. Selain itu, sebuah cafe yang selesa menanti mengunjung yang ingin menjamu selera.

Tempat letak kereta

Pengunjung juga boleh melawat ruang pameran yang memaparkan berbagai jenis akar kayu dan herba tempatan. Malah demonstrasi memasak gamat didalam sebuah kawah besar turut disediakan sebagai tarikan kepada pengunjung.

Demonstrasi memasak gamat

Kesimpulan

Gamat Nusantara Maju ini cukup terkenal dikalangan pelancong yang datang ke Langkawi. Selain membeli-belah barangan kegunaan sendiri, ramai yang memilih untuk membeli produk tempatan ini untuk dijadikan buah tangan atau cenderahati kepada adik-beradik dan kawan-kawan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang mempelajari sedikit-sebanyak kegunaan gamat dan herba tempatan melalui pameran dan maklumat yang disediakan. Percutian Bajet mengesyorkan tempat ini dengan 5 bintang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.