Park Avenue Sungai Petani

Park Avenue Sungai Petani adalah sebuah tempat penginapan mewah bertaraf 4 bintang bagi hotel di kawasan daerah utara dan sering menerima kunjungan dari pelancong dalam dan luar negara. Hotel ini menyediakan banyak kemudahan demi keselesaan para tetamu dan dilengkapi keselamatan yang rapi. Jika anda ingin bercuti ke Kedah dan mencari tempat penginapan yang menyediakan pelbagai kemudahan dalam satu tempat, Park Avenue adalah hotel yang harus ada di dalam senarai hotel pilihan anda.

Hotel Park Avenue Sungai Petani.

Lokasi

Lokasi Park Avenue ialah di Taman Sejati Indah, Sungai Petani. Jika dari Lebuhraya PLUS, anda ikut susur keluar tol Sungai Petani Selatan. Akan akan nampak hotel Park Avenue disebelah kiri plaza tol.

Alamat:
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah
08000, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Hubungi:
Email : general@parkavenue.com.my
Tel : +6 04-431 7777
Fax : +6 04-431 8777

Park Avenue Sungai Petani, Kedah.

Penginapan

Terdapat beberapa jenis kategori bilik penginapan yang disediakan di Park Avenue Sungai Petani.

Deluxe

Deluxe room adalah bilik penginapan yang sesuai untuk dua orang. Harga bilik pada hari biasa ialah RM175 dan manakala untuk peak season RM188 untuk satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Maksima untuk dua orang.
  • Security card – card service.
  • Check in time at 2.00pm onwords.
  • Check out time at 12 noon.
  • Include buffet breakfast.

Executive

Executive room adalah bilik bagi mereka yang mengutamakan keselesaan. Harga bilik untuk hari biasa RM190, manakala untuk peak season ialah RM198 untuk satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Security card – card service.
  • Check in time at 2.00pm onwords.
  • Check out time at 12 noon.
  • Include buffet breakfast.

Junior Suite

Junior suite adalah bilik penginapan yang sederhana mewah dilengkapi dengan sofa sudut dan Queen bed sesuai untuk dua orang. Harga bilik pada hari biasa dan peak season ialah RM330 satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Maksima untuk dua orang sahaja.
  • Satu Queen bed.
  • Security card – card service.
  • Check in time at 2.00pm onwords.
  • Check out time at 12 noon.
  • Include buffet breakfast.

Senior suite

Bagi mereka yang mencari kelainan dan ingin terasa tidur di bilik sendiri Senior suite adalah bilik penginapan yang sesuai untuk anda dan hanya boleh muat untuk dua orang. Harga bilik pada hari biasa dan peak season ialah RM390 untuk satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Maksima untuk dua orang sahaja.
  • Satu Queen bed.
  • Disediakan sofa sudut untuk keselesaan tetamu
  • Terdapat meja sudut untuk kegunaan tetamu
  • Security card – card service.
  • Check in time at 2.00pm onwords.
  • Check out time at 12 noon.
  • Include buffet breakfast.

Royal suite

Royal suite room yang tampak mewah dihiasi dengan peralatan perabot yang lengkap. Disusun atur setiap perabot dan kekemasan bilik menaik kan lagi seri bilik itu dengan gaya yang moden dan mewah. Harga bilik pada hari biasa dan peak season ialah RM910 untuk satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Maksima untuk dua orang sahaja.
  • Satu King bed.
  • Disediakan sofa sudut untuk keselesaan tetamu
  • Terdapat meja makan dan ruang dapur untuk kegunaan tetamu
  • Security card – card service.
  • Check in time at 2.00pm onwords.
  • Check out time at 12 noon.
  • Include buffet breakfast.

Harga yang ditawarkan untuk penginapan di Park Avenue adalah tidak termasuk cukai dan harga berbeza pada hari minggu, musim cuti persekolahan dan cuti umum.

Bilik Single Bed.

Kemudahan

Berbagai kemudahan disediakan di Purnama Park Avenue. Antaranya ialah:

  • Kemudahan Internet
  • Surau
  • Dewan Mesyuarat
  • Menerima tempahan perkahwinan
  • Bowling centre
  • Kolam Renang dan Spa

Park Avenue Bowling Centre.

Kesimpulan

Park Avenue adalah hotel yang selesa dan sesuai dijadikan tempat penginapan anda ketika bercuti ke Sungai Petani. Pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan para tetamu. Hotel ini juga sesuai untuk dijadikan lokasi perkahwinan kerana Park Avenue menyedikan ruang khas yang besar dan cantik untuk para pengantin. Lokasinya sangat strategik kerana berdekatan dengan bandar memudahkan para pengunjung untuk bersiar-siar di tempat yang menarik sekitar Sungai Petani, Kedah.

Add new comment