Swiss Inn Sungai Petani

Jika anda merancang untuk bercuti ke Kedah atau datang ke Negeri jelapang padi ini sama ada atas urusan kerja mahupun bercuti, anda harus cuba bermalam di Swiss Inn Sungai Petani, Kedah walaupun hanya untuk satu malam sahaja. Hotel ini terletak di kawasan berhampiran bandar Sungai Petani dan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di daerah Kuala Muda. Ia juga sesuai dijadikan tempat penginapan untuk keluarga yang besar. Swiss Inn menawarkan perkhidmatan mesra pelanggan dan pelbagai kemudahan turut disediakan untuk keselesaan pengunjung.

Hotel Swiss Inn Sungai Petani, Kedah.

Lokasi

Hotel ini terletak tidak jauh dari pusat bandar Sungai Petani. Lokasinya sangat strategik dimana terdapat pasaraya, panggung wayang dan berbagai kedai barangan. Kedudukannya di pinggir bandar memudahkan anda untuk memandu keluar tanpa melalui bandar yang sibuk jika ingin melancong ke tempat menarik disekitar kawasan ini.

Alamat:
No 1, Jalan Pahlawan,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

Hubungi:
reservation@sisp.swissgarden.com
Tel : +6 04-422 3333 / 2454 / 2664
Fax : +6 04-423 3423 / +6 04-422 4473

Penginapan

Swiss Inn menyediakan pelbagai jenis kategori bilik dengan pelbagai kemudahan dari harga ekonomi sehinggalah mewah. Antara bilik penginapan yang ada ialah:

Superior room

Superior room adalah bilik penginapan yang luas dan selesa dan sesuai untuk dua orang tetamu. Harga bilik ialah RM350 untuk satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Maksima untuk dua orang.
  • Bilik yang berhadapan dengan kolam renang.
  • Menyediakan 2 kerusi sudut untuk keselesaan tetamu berbual sambil menonton TV.
  • IDD telefon.

Bilik penginapan keluarga di Hotel Swiss Inn Sungai Petani.

Junior Suite

Juniour Suite sangat sesuai untuk mereka yang mencari privasi. Bilik yang luas dan sangat cantik disertakan dengan dekorasi yang tersendiri. Tetamu akan berasa seolah-olah mereka berada didalam kamar tidur sendiri. RM520 harga untuk satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Menyediakan jakuzi yang cantik untuk keselesaan pengunjung.
  • Terdapat set sofa yang disediakan berhadapan dengan TV.
  • IDD telefon.

Family Suite

Family suite amat sesuai untuk mereka yang merancang percutian bersama keluarga. Bilik yang luas dan besar dapat memuatkan 4 orang dewasa dengan selesa dan turut terdapat 2 bilik tidur yang dikabungkan dalam satu bilik. Selain itu, hiasan dalam yang agak moden akan dapat menarik hati sesiapa sahaja tatkala kali pertama anda melangkah masuk ke dalam bilik ini. Harga untuk Family Suite satu malam ialah RM640.

  • 24 jam bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Menyediakan jakuzi yang cantik untuk keselesaan pengunjung.
  • IDD telefon.

Bilik penginapan selesa Hotel Swiss Inn Sungai Petani, Kedah.

Executive Suite

Pemandangan yang cantik dari dalam bilik akan dapat menenangkan setiap jiwa yang bermalam di Executive Suite. Selain itu, anda dapat bersantai sambil melihat kolam renang yang berhadapan dengan bilik anda. Harga bilik ialah RM690 untuk satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Menyediakan jakuzi yang cantik untuk keselesaan pengunjung.
  • IDD telefon.
  • Set sofa yang disediakan dihadapan TV.

Kemudahan

Terdapat beberapa jenis kemudahan yang disediakan di Swiss Inn Sungai Petani untuk keselesaan pengunjung. Antaranya termasuk:

  • Kemudahan Internet di lobby hotel sahaja
  • Surau
  • Restoran
  • Pengawasan CCTV di setiap tingkat
  • Tempat letak kereta percuma
  • Hair dryer
  • 24 hours security
  • Perkhidmatan laundry dan dry cleaning
  • Kolam Renang
  • Non smoking area
  • Bilik mesyuarat dan seminar
  • Perkhidmatan teksi

Kolam renang di Hotel Swiss Inn Sungai Petani.

Makanan

Swiss Inn Sungai Petani menyediakan 3 buah restoran untuk pengunjung menjamu selera dengan pelbagai jenis menu makanan:

  • The Garden Terrace Coffee House – Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi sehingga 10.30 malam. Menu yang disediakan disini termasuk makanan dari timur dan barat.
  • The Pool Pavilion – Bagi penggemar makanan tempatan dan barat, anda dapat menikmati makanan sambil menghirup udara malam ditaman berkonsep tropika ditepi kolam renang. Dibuka dari jam 6 pagi sehingga 10.30 malam.
  • Swiss-Deli – Swiss-Deli yang terletak di tingkat bawah hotel, menyaji kan permandangan yang indah untuk setiap tetamu yang datang kesini untuk menjamu selera. Swiss-Deli amat sesuai dijadikan lokasi untuk golongan koporat kerana ruang sofa yang luas dan sudut bacaan. Ia akan dibuka dari jam 11 pagi sehingga 10.30 malam.

Restoran Hotel Swiss Inn Sungai Petani.

Aktiviti

Jika anda menginap di Swiss Inn Sungai Petani, anda akan dapat melakukan pelbagai aktviti bersama seisi keluarga. Antara aktiviti yang disediakan ialah:

  1. Gymnasium.
  2. Tennis.
  3. Kiddies pool with slide air.
  4. Squash court.
  5. Padang golf yang berdekatan.
  6. Kolam renang yand disediakan diluar bersaiz olimpik.

Jika anda ingin mencipta kenangan manis bersama dengan yang tersayang, jangan lupa datang ke Swiss Inn Sungai Petani, Kedah. Ia pasti memberikan pengalaman yang indah dalam hidup anda dan dijadikan kenangan abadi bersama dengan keluarga tercinta.

Add new comment