Island hopping Langkawi

Island hopping Langkawi ialah salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan jika anda bercuti ke pulau Mahsuri ini. Pengunjung akan dibawa menaiki bot ke beberapa lokasi pelancongan yang ada diperairan Langkawi. Tarikan utama ialah Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Terdapat dua lokasi dimana pelancong boleh memilih untuk mengikuti pakej island hopping Langkawi. Lokasi utama ialah di Jeti Pekan Rabu, Kuah. Satu lagi lokasi ialah di Awana Porto Malai Terminal di Pantai Tengah.

Nota: Untuk melihat lokasi percutian terbaik, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi.

Island hopping Langkawi
Island hopping Langkawi.

Pengunjung akan menaiki bot yang boleh memuatkan lebih-kurang 15 orang penumpang. Perkara pertama yang mesti dilakukan ialah memakai jaket keselamatan. Tiada talipinggang atau tempat duduk selesa. Apabila selesai semua, bot mula bergerak ke destinasi. Saya memilih untuk duduk dibahagian hadapan.

Bot island hopping Langkawi
Bot yang membawa pelancong untuk aktiviti island hopping.

Pulau Beras Basah

Destinasi pelancongan pertama yang dituju dalam pakej island hopping Langkawi yang saya ambil ialah Pulau Beras Basah. Perjalanan agak jauh dan saya agak menyesal kerana duduk dibahagian hadapan. Ini kerana bot yang dinaiki agak laju dan akan melambung-lambung apabila merentas ombak. Ramai penumpang yang teruja tetapi bagi saya ianya agak menakutkan.

Pulau Beras Basah Langkawi
Pulau Beras Basah Langkawi.

Sebaik tiba di Jeti Pulau Beras Basah, saya memang terpegun melihat keindahan pulau ini. Walaupun jetinya usang tetapi pulaunya cantik, berpasih halus berwarna keemasan dan air laut yang jernih. Saya berjalan kaki bersama pelancong lain ke kawasan pantai yang luas untuk mandi. Seronok mandi disini kerana airnya yang bersih.

Jeti Pulau Beras Basah Langkawi
Jeti Pulau Beras Basah Langkawi yang sudah usang.

Kami meluangkan masa kira-kira dua jam untuk mandi-manda dan melakukan aktiviti watersport. Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah banana boat, jetski dan snorkeling. Saya sempat berjalan-jalan disekitar pantai melihat apa yang ada. Sebuah gerai minuman, watersport center dan resort antara yang saya nampak.

Pulau Beras Basah Langkawi
Pantai Pulau Beras Basah Langkawi yang cantik.

Aktiviti banana boat
Aktiviti banana boat di Pulau Beras Basah.

Bot membawa kami ke Pulau Singa Besar untuk aktiviti seterusnya.

Pulau Singa Besar

Pengunjung tidak dibawa masuk ke pulau ini sebaliknya hanya sekadar singgah ditepi pulau bagi melihat helang makan. Apa yang berlaku ialah pemandu bot akan mencampakkan makanan kedalam laut dan helang yang berterbangan di udara akan menangkap makanan tersebut. Saya mengambil pakej island hopping Langkawi ini diwaktu petang.

Saya mengambil pakej island hopping Langkawi ini diwaktu petang. Kebetulan semasa kami tiba dikawasan tersebut banyak bot telah berada disana. Semasa pemandu bot mencampakkan makanan tiada seekor pun helang yang datang menyambar. Kata pemandu bot, helang semua sudah kenyang. Entah betul, entah tidak. Walau bagaimanapun, saya masih dapat melihat helang yang berterbangan disekeliling.

Bagi saya tiada apa yang menarik disini. Tiada aksi dan pelancong hanya boleh melihat tanpa mengambil bahagian. Nasib baik juga kerana bot cuma singgah sebentar sahaja. Jadi perjalanan seterusnya ialah ke Pulau Dayang Bunting. Di pertengahan perjalanan kami singgah ke sebuah pulau untuk melihat gua yang unik terbentuk dari hakisan air laut. Dapat diperhatikan kelawar yang bergantungan didalam gua sedang tidur.

Pulau Dayang Bunting

Sebelum meninggalkan kami untuk melawat Pulau Dayang Bunting, kami dibawa ke satu lokasi untuk melihat bentuk wanita mengandung yang sedang berbaring. Memang benar, kami dapat memerhatikan dengan jelas gunung berbentuk seperti yang diperkatakan.

Gunung seperti wanita mengandung.
Gunung yang berbentuk seperti wanita mengandung yang sedang baring.

Tarikan utama di Pulau Dayang Bunting ialah tasik air tawar yang luas dan menarik. Terdapat berbagai aktiviti air disediakan seperti berkayak, mengayuh bot dan mandi-manda. Memang menyeronokkan. Hampir dua jam disini, bot mengambil kami untuk pulang.

Aktiviti di Tasik Dayang Bunting.
Aktiviti air di Tasik Dayang Bunting.

Maklumat lengkap tentang pulau ini boleh dibaca di halaman Pulau Dayang Bunting Langkawi.

Kesimpulannya, saya sangat berpuas hati dan cukup gembira. Island hopping Langkawi ialah satu aktiviti menarik yang mesti dilakukan jika bercuti di pulau lagenda ini. Sekiranya saya datang lagi ke Langkawi, saya ingin mengikuti pakej ini tetapi untuk sesi pagi pula. Tempahan untuk pakej island hopping saya buat melalui Nazihah yang sangat mesra dan cukup membantu. No telefonnya ialah 019-5680780. Pastikan anda telefon waktu pejabat sahaja (8.00 pagi - 6.00 petang).

Add new comment