Kota Mahsuri Langkawi

Kota Mahsuri Langkawi adalah antara tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi, Kedah. Ia dibangunkan di kampung asal Mahsuri dimana beliau dikebumikan. Selain Makam Mahsuri, berbagai artifak peninggalan sejarah dikumpulkan di dalam sebuah kompleks yang luas. Perkampungan kecil termasuk rumah-rumah tradisional dibina semula berdasarkan seni rekabentuk pada zaman itu.

Anda juga boleh melihat halaman Tempat menarik di Langkawi untuk melihat senarai penuh destinasi pelancongan lain.

Bangunan Kota Mahsuri

Lokasi Kota Mahsuri Langkawi

Kota Mahsuri terletak di Kampung Mawar, Mukim Ulu Melaka.Lokasinya sangat menarik dimana pemandangan sawah padi dan bukit-bukau yang menghijau begitu mempersonakan.

Lihat maklumat berkaitan Kota Mahsuri Pulau Langkawi termasuk alamat dan harga tiket:

Alamat:
Kota Mahsuri
Jalan Makam Mahsuri,
Kampung Mawar,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04-955 6055
Fax : -
E-mail : -
Website : -

Harga tiket:
Harga tiket Makam Mahsuri 2019 (Kota Mahsuri):
Dewasa : RM12
kanak-kanak : RM6

Waktu melawat:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

Apa yang menarik?

Kota Mahsuri Pulau Langkawi adalah destinasi tarikan pelancongan Warisan dan Sejarah. Tarikan utama adalah Makam Mahsuri yang terkenal dengan lagendanya.  Namun ia tidak terhenti disitu sahaja.

Pengunjung dapat melihat dan mempelajari budaya, rekabentuk dan senibina serta artifak selain sejarah itu sendiri. Tempat pertama yang anda akan lalui setelah membayar tiket masuk ke kota ini ialah bangunan Kota Mahsuri. Ia agak luas dan pengunjung akan mengikut laluan dimana pameran kebudayaan, lukisan dan artifek sejarah dapat dilihat.

Persembahan muzik Gamelan

Antara yang menarik disini ialah:

  • Persembahan muzik tradisional Caklempong
  • Persembahan muzik tradisional Gamelan
  • Bilik audio visual dimana video dan filem Mahsuri ditayangkan
  • Kedai cenderahati yang menjual berbagai barangan menark

Seterusnya, keluar dari bangunan Kota Mahsuri, pengunjung boleh melawat tempat menarik lain yang ada disini iaitu:

Kampung Kedah / Rumah tradisional

Sebuah perkampungan kecil dibina didalam kawasan kompleks Kota Mahsuri Langkawi. Melangkah masuk ke kawasan ini, pengunjung akan terasa seolah-olah berada pada zaman silam. Beberapa buah rumah tradisional didirikan mengikut rekabentuk senibina pada zaman tersebut.

Pengunjung boleh masuk ke rumah-rumah yang ada dan melihat bahagian dalaman rumah. Ada yang dijadikan ruang pameran seolah muzium mini.

Rumah tradisional

Rumah Penghulu pula cukup besar. Pengunjung boleh melihat berbagai pameran maklumat dan lukisan menarik disini.

Rumah Penghulu

Rumah taridsional yang cantik ini pula kalau tak salah rumah Mahsuri.

Rmuah Mahsuri

Telaga Mahsuri

Telaga Mahsuri atau perigi Mahsuri terletak dipinggir Kampung Kedah menghadap sawah padi yang luas. Pengunjung boleh mengambil air menggunakan timba yang ada.

Telaga Mahsuri atau Perigi Mahsuri

Makam Mahsuri

Mahsuri dihukum bunuh di Padang Matsirat. Setelah itu jasadnya dibawa pulang ke kampung halamannya. Makam Mahsuri dikatakan tempat dimana beliau dikebumikan. Walau bagaimanapun, apa yang anda lihat hari ini adalah makam yang telah dibina semula.

Makam Mahsuri

Gambar Makam Mahsuri diatas menunjukkan kawasan ini dijaga dengan baik. Ia terletak dalam kawasan berpagar. Pengunjung hanya dapat melihat makam ini dari luar sahaja.

Muzium Mahsuri

Akhir sekali, sebelum melangkah keluar dari kompleks Kota Mahsuri, pengunjung akan melalui tarikan terakhir iaitu Muzium Mahsuri. Ia memaparkan berbagai khazanah silam, gambar dan maklumat sejarah berkaitan Mahsuri dan Langkawi.

Muzium Mahsuri

Kemudahan dan fasiliti

Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung Kota Mahsuri Langkawi seperti tandas dan tempat letak kereta. Saya kurang pasti samada surau awam disediakan atau tidak.

Pusat Informasi

Pusat informasi terletak di pintu masuk kompleks Kota Mahsuri. Pengunjung boleh mendapatkan khidmat nasihat atau mengajukan persoalan disini.

Pusat Informasi

Kiosk makanan ringan

JIka terasa lapar dan ingin menjamu selera, kiosk makanan ringan juga terdapat didalam kompleks Kota Mahsuri. Pengunjung boleh membeli makanan disini dan menjamu selera didalam Kampung Kedah.

Penunjuk tarikan Kampung Kedah

Kedai cenderahati

Kedai cenderahati terletak dalam bangunan kompleks Kota Mahsuri. Berbagai barangan kraftangan, keychains, t-shirts dan lain-lain dijual disini.

Kedai Cenderahati

Tempat penginapan

Kota Mahsuri Langkawi tidak menyediakan penginapan untuk pengunjung. Anda hanya boleh melawat sahaja. Untuk penginapan, anda boleh rujuk laman web tempahan online.

Untuk melihat harga termurah hotel di Langkawi, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Kesimpulan

Nama Kota Mahsuri Langkawi mungkin kurang terkenal kerana orang-ramai telah terbiasa dengan makan Mahsuri. Namun pembangunan semula tempat ini dengan lebih teratur dimana kebudayaan dan artifek dikumpulkan pada satu lokasi menjadikan tempat ini lebih menarik dan sesuai menjadi destinasi pelancongan sejarah dan warisan. Harga tiket yang dikenakan boleh dikatakan murah dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Percutian Bajet mengesyorkan Kota Mahsuri menjadi salah satu lokasi lawatan anda samada datang sendiri, rombongan atau bersama keluarga. Lima Bintang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.