Ladang anggur Tasik Beris

Jika belum pernah melihat pokok anggur sebelum ini, silalah ke Ladang Anggur Tasik Beris, yang terletak di daerah Sik, Kedah. Ladang anggur seluas 4 ekar ini ditanam sebanyak 1000 pokok untuk pelancongan. Ia diusahakan oleh Syarikat Excel Agrotech Sdn. Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Selain ladang anggur Tasik Beris, syarikat ini mempunyai sebuah ladang lagi seluas 30 ekar di Sungai Senam dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok anggur.

Nota: Untuk melihat tempat-tempat menarik lain di Kedah, sila lawati halaman Tempat menarik di Kedah mengikut daerah.

Lokasi

Cara yang paling mudah untuk ke ladang anggur ini ialah mengikut jalan Gurun-Jeniang-Sik. Jarak dari pekan Sik ke ladang anggur lebih kurang 12KM. Ia terletak betul-betul ditepi Tasik Beris, iaitu sebuah empangan yang berfungsi menampung keperluan air bagi negeri Kedah dan Pulau Pinang. Sebelum menempuh jambatan pertama yang merentas Tasik Beris, ada laluan ke kanan untuk ke ladang anggur.

Ladang anggur Tasik Beris beralamat di Lot 264 Kampung Ternas, 08200 Sik, Kedah. Dibawah ialah peta untuk kesana.

Peta lokasi Ladang anggur Tasik Beris, Sik, Kedah.

Terdapat tempat letak kereta yang luas disediakan dikawasan ladang anggur yang boleh memuatkan beberapa buah bas dan kereta.

Waktu operasi dan bayaran masuk

Ladang anggur Tasik Beris beroperasi sepanjang tahun. Jadi pengunjung boleh melawat pada bila-bila masa sahaja. Cuma apabila musim cuti persekolahan atau cuti umum, keadaan agak sesak kerana ramai pelancong yang datang bersama keluarga.

Waktu operasi / ladang anggur ini dibuka ialah:

  • Hari bekerja: 9am - 5:30pm
  • Hari minggu, cuti umum dan cuti persekolahan : 9am - 6:30pm

Harga tiket / Bayaran masuk:

  • RM6.00 untuk dewasa atau bagi yang berumur 13 tahun keatas.
  • RM3.00 bagi kanak-kanak berumur 7-12 tahun.

Anda boleh merasai pengalaman memetik anggur di Ladang anggur Tasik Beris ini. Bayaran bergantung kepada jenis anggur dan kuantiti buah yang dipetik. Pengunjung harus membeli buah yang dipetik sendiri.

Memetik anggur: RM50 per kg.

Melawat ladang anggur

Ladang anggur Tasik Beris menerima kunjungan setiap hari daripada badan kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah yang berminat mengetahui cara-cara penanaman anggur. Di ladang ini, anggur ditanam menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.

Pintu masuk kedalam ladang anggur Tasik Beris.

Untuk mengeluarkan hasil yang baik tanaman anggur ini mengambil masa 10 hingga 12 bulan untuk matang. Ladang anggur ini mempunyai empat jenis anggur iaitu Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite.

Buah anggur jenis White Palaga yang ditanam di ladang Tasik Beris.Buah anggur jenis Black Grape yang ditanam di ladang Tasik Beris.

Selain dari buah anggur segar, ladang ini turut menghasilkan produk yang diperbuat dari buah anggur iaitu jus anggur, kordial anggur, jam anggur, anggur kering (grape raisin), jus anggur berkarbonat, kek lapis anggur (grapes layer cake), losyen anggur, sabun anggur dan krim mandi.

Pemandangan didalam ladang anggur Tasik Beris.

Beris Grapes Café

Di ladang anggur ini pengunjung boleh menjamu selera di Beris Grapes Café yang terletak di luar kawasan ladang. Suasana di cafe ini sangat cantik dengan tempat makan berpayung yang disusun ditepi tasik dan dihiasi pula dengan lanskap menarik, sesuai sekali untuk bergambar kenangan. Ia dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 11.30am sehingga 6.30pm.

Menu minuman yang terdapat di Cafe ini ialah:

  • Fresh Grape Juice (bottle)
  • Fresh Grape Ice Blended
  • Grape Tea
  • Grape Cordial

Menu makanan pula ialah:

  • Fruit Cake
  • Grape Layer Cake
  • Grape Cupcake
  • Grape Muffins
  • Grape Jelly
  • Grape Ice Cream
  • Grape Spring Roll
  • Grape Curry Puff

Menu makanan yang tidak berasaskan anggur pun ada. Anda boleh menjamu selera dengan hidangan:

  • Nasi Minyak
  • Beehoon
  • Mee
  • Chicken Curry
  • Salad

Cafe di ladang anggur Tasik Beris Sik.

Nota: Kami dapati Ladang Anggur Tasik Beris ditutup sementara semasa lawatan pada bulan Jun 2016. Walau bagaimanapun Ladang Anggur Sungai Senang di Kampung Ternas Sik masih beroperasi dan dibuka untuk lawatan. Jika anda merancang untuk melawat ladang anggur ini, sila hubungi pihak EXCEL AGROTECH SDN BHD terlebih dahulu untuk kepastian. Nombor telefon ialah 04-323 6593.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi:

Alamat:

BERIS LAKE VINEYARD
(LADANG ANGGUR TASIK BERIS)
Lot 264, Kampung Ternas, 08200 Sik,
Kedah Darul Aman.

Hubungi:
Tel : 04-462 0466
Mobile : 013 - 599 2952
Fax: 04-462 0611

Sungai Senang Vineyard
Lot 5794, Stor Pekerja Kg Sg. Senang,
Mk Sok, 08210 Sik
Kedah.
GPS: N05˚55˚38.2332 E100˚43'24.9708

Nota: Untuk bercuti di Kedah, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Kedah.

Melawat Ladang anggur Tasik Beris di Sik, Kedah ini memang menyeronokkan jika tiba musimnya. Buah-buah yang bergantungan membuatkan anda merasa geram ingin memetik. Bagi anak-anak pula, lawatan ke ladang anggur dapat memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan baru apabila dapat melihat sendiri bagaimana pokok dan penanaman anggur dijalankan.

Lokasi