Air terjun Lata Bayu Baling

Lata Bayu Baling ialah tempat peranginan air terjun yang sangat popular bukan sahaja di Kedah, malah di negeri berhampiran seperti Perak dan Pulau Pinang. Ia menjadi destinasi perkelahan keluarga, perjumpaan kelab dan semestinya untuk aktiviti mandi air terjun.

Bagi anda yang belum pernah mendengar nama air terjun ini, ia adalah taman rekreasi dan kawasan perkelahan yang sangat menarik. Ia terkenal kerana mempunyai air terjun bertingkat yang cukup cantik. Sesiapa saja yang berkunjung kesini pasti memuji akan keindahan semulajadi air terjun ini.

Air terjun Lata Bayu

Lokasi Lata Bayu

Lata Bayu terletak di Hutan Simpan Rimba Teloi, Kampung Asam Jawa, Baling. Pengunjung boleh ke sini melalui pekan Baling atau melalui Parit Panjang.

Alamat:
Lata Bayu Baling
Kampung Asam Jawa,
09100 Baling,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04 490 3760 - Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan
Email : webmaster@kedforestry.gov.my

Harga:

Harga tiket : Masuk percuma.
Letak kereta : Percuma.

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00am - 6.00pm

Apa yang menarik?

Lata Bayu ialah tempat peranginan air terjun. Ia telah dibangunkan menjadi kawasan rekreasi dan cukup popular dikalangan warga Kedah. Ramai yang datang kesini untuk berkelah pada hujung minggu dan musim cuti sekolah. Ia juga popular sebagai lokasi bbq kelab kereta/motosikal, hari keluarga dan reunion.

Air terjun atas

Secara terperinci, apa yang menarik di sini ialah:

Air terjun bertingkat

Lata Bayu yang juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa mempunyai air terjun bertingkat yang sangat cantik. Setiap tingkat air terjun mempunyai kolam semulajadi yang agak luas. Kolamnya tidak dalam, cuma air agak deras. Walau bagaimanapun ada kawasan kolam yang airnya lebih tenang. Tangga dibina bagi memudahkan pengunjung naik ke air terjun tertinggi.

Air terjun bertingkat

Kolam mandi

Kolam air terjun terbentuk secara semulajadi. Namun beberapa kolam dibahagian bawah dibina bagi kemudahan keluarga atau ibubapa yang membawa anak-anak untuk mandi. Kolam ini memang cetek dan arus air juga perlahan.

Kolam mandi kanak-kanak

Menara Tinjau

Menara tinjau turut dibina dibahagian bawah untuk pengunjung melihat pemandangan air terjun dan pokok-pokok hutan di sekitar kawasan ini.

Menara tinjau

Dibahagian atas pula dibina pelantar pandang bagi tujuan yang sama.

Tempat bbq

Tempat bbq khas disediakan bagi pengunjung yang ingin membuat jamuan, majlis, perjumpaan reunion dan sebagainya. Walau bagaimanapun, permohonan rasmi mungkin diperlukan kerana kawasan ini adalah kawasan larangan untuk sebarang pembakaran terbuka.

Kawasan kedai

Trekking

Dikawasan air terjun Lata Bayu ini dibina tangga menaiki bukit dan trek laluan hutan sesuai untuk pengunjung melakukan aktiviti trekking. Terdapat trek mendaki bukit dan trek yang lebih panjang namun anda perlu hubungi Jabatan Perhutanan terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran dan malim gunung atau pemandu jika berminat melakukan aktiviti ini.

Jika ingin berkhemah, menggunakan peralatan atau kemudahan lain, anda juga disaran mendapatkan kebenaran Jabatan Perhutanan terlebih dahulu.

Tangga naik ke air terjun atas

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan asas seperti tandas disediakan. Tempat letak kereta percuma yang agak luas terletak berhampiran pintu masuk. Selain itu, gerai makan turut menanti mengunjung yang ingin menjamu selera.

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan dan fasiliti lain yang disediakan termasuk kedai menjual cenderahati, tempat salin pakaian, surau, pondok rehat dan dewan kecil.

Kawasan parking

Kesimpulan

Lata Bayu ialah tempat menarik yang mesti dikunjungi jika anda datang ke Baling atau bercuti di Kedah. Walaupun lokasinya agak jauh dari bandar utama, ia cukup berbaloi. Keindahan air terjun ini cukup mengagumkan dan suasana alam semulajadi yang damai pasti memberi ketenangan pada sesiapa yang berkunjung kemari.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.