Makan Malam di D’Madinah Corner, Sungai Petani

Bagi anda yang mencari tempat makan malam di Sungai Petani, sila cuba restoran makanan barat di D'Madinah Corner. Ia cukup terkenal dan menjadi bualan di media sosial. Lokasi D’Madinah Corner ni terletak di No 27, Taman Temusu Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah. Waktu operasi dari jam 5.30 petang sampai 2 pagi dan cuti pada hari ahad sahaja. Sebab ramai sangat orang asyik pos gambar makan dekat sana. Mana tahan, lepas tu ramai pula yang puji makanan kat situ memang sedap dengan harga yang berbaloi. Setiap set makanan siap dengan air teh o ais atau sirap. Pilih yang mana kita suka.

Restoran D'Madinah Corner Sungai Petani

Asyik tengok orang je pergi makan, semalam aku cuba ajak suami pergi makan. Kami bertolak lepas asar dalam pukul 6 lebih memang taknak rushing sangat, lagi pun dekat je dari rumah aku lebih kurang 1 jam 40 minit kalau tak jem. Sampai dekat area padang temusu, kami berhenti solat maghrib dulu dekat Masjid. Selesai solat, baru bergerak ke kedai D’Madinah Corner. Kalau nak mudah, yang memang tak tahu jalan kawasan Sungai Petani, boleh taip dalam GPS D’Madinah Corner. Sangat membantu. D’Madinah Corner bersebelahan dengan workshop Continental. Tak susah pun, nanti bila sampai dah boleh nampak tulisan besar D’Madinah Corner.

Gerai Shawara di D'Madinah Corner

Masa kami sampai semua pekerja berhenti rehat untuk solat dulu. Masa diorang rehat dari pukul 7.30 sehingga 8.30. Lepas 8.30 malam baru start operasi seperti biasa. Sambil tunggu diorang rehat, kami order dulu la. Kalau tengok menu yang ada rasa nak order je semua, sebab nampak sedap.

Menu yang dipilih Set bulan madu dan Set Combo B. Apa yang ada dalam set bulan madu? Ok aku review sikit harga untuk set ni RM29 sahaja. Disediakan dalam pinggan yang besar, menu yang ada chicken chop, lamb chop, kentang goreng, jejari ayam, roti bakar bersama mushroom sup, roti bakar telur berdeney, coleslaw, dan satu jug kecil air. Boleh pilih nak air teh O ais atau sirap. Bagi aku harga yang sangat berpatutan dengan menu makan yang disediakan.

Menu makanan di D'Madinah Corner

Ok, untuk menu Set Combo B, pula disediakan chicken chop, kentang goreng dan roti bakar telur berdeney dan air teh o ais atau sirap. Harga yang ditawarkan RM8 sepinggan. Kalau bawa RM 10 pun masih boleh makan western food. Ada lagi baki RM2. Sangat berbaloi untuk bawa satu keluarga makan dekat sini.

Menu roti di D'Madinah Corner

Cadangan aku, yang nak datang bawa keluarga yang ramai, lebih baik datang awal. Kalau datang pukul lapan lebih korang terpaksa berdiri dulu, sebab tempat duduk sangat terhad. Kerusi meja penuh,kesian aku tengok bila ada orang-orang tua yang terpaksa berdiri nak tunggu turn duduk. Kalau ada meja kosong, mungkin kerusi takda yang kosong, terpaksa berrebut-rebut tenpat duduk. Tapi aku, puji sangat semua pekerja D’Madinah Corner, diorang akan usahakan semua pelanggan dapat duduk, sampai terpaksa duduk berhimpit-himpit sikit. Tapi takpa janji dapat makan.

Antara menu yang disediakan lagi ialah set kasih sayang, set keluarga, set combo A, set combo B, set combo C dan banyak lagi. Kalau korang nak order asing-asing pun boleh. Sambil tunggu makanan sampai, ada juga jual dadih dengan pelbagai perisa. Sebotol RM4 sahaja, Sangat sedap. Pihak D’Madinah Corner ada juga sediakan air kosong untuk pelanggan sebelah peti ais. Boleh minum dulu sebelum air yang korang order sampai.

Alhamdulillah, set bulan madu sampai dulu. Masa tu perut memang lapar sangat, kami makan dulu la. Aku rasa lamb chop dulu. Masyallah sangat sedap, daging yang lembut kuah cukup black paper yang sangat sedap, bagi aku rasa memang semua cukup. Terbaik, aku suka. Boleh dikata semua sedap. Licin kami makan. Makan dah habis tapi air tak sampai lagi, takpa aku faham sebab ramai sangat. Terpaksa tunggu dulu. Agak lama juga kami tunggu air sampai, alhamdulillah air sampai dengan set combo B yang aku order. Tengah aku makan, hujan rintik-rintik, tapi terus juga makan, sebab dah takda tempat kosong dalam kedai. Tapi makin lama makin lebat, semua terpaksa lari masuk dalam kedai. Malas aku nak berebut dengan orang, bungkus je la balik makan kat rumah.

Set Bulan Madu di D'Madinah Corner

Ok, kat sini aku nak kongsi pengalaman sikit, masa tengah makan ada seorang mamat ni tiba-tiba datang duduk dengan kami, aku agak sedikit tidak selesa, bukan sombong tapi adab kita masa makan. Takkan kami nak makan, tapi dia tengok sahaja, mungkin dia tengok aku agak tak selesa terus dia bagun. Aku rasa lagi manis, kalau dia ambil kerusi kami dan duduk di tempat lain. Kita sebagai orang melayu, mesti kena tunjuk adab yang baik, takkan orang tengah makan tiba-tiba orang lain datang duduk sekali tengok kita makan. Aku rasa ramai lagi orang lain berdiri tunggu giliran nak makan. Tingkah laku kita mencerminkan diri kita.

Masa tengah hujan lebat, tiba-tiba blackout sekejap. Semua menjerit, nasib pekerja D’Madinah Corner cepat-cepat check dan ambil alternatif untuk on balik elektrik. Memang aku puji cara dan sikap depa bekerja. Sentiasa senyum dan tidak pernah lekang dari mulut mintak maaf kalau order lambat sampai.

Kesimpulan, aku rasa D’Madinah Corner adalah kedai makan yang terbaik di daerah Sungai Petani, Kedah. Kedai yang bersih, pekerja yang mesra, makanan yang sedap dan harga yang sangat berpatutan, mampu untuk semua golongan makanan disini. Semoga perniagaan anda akan terus maju. Nanti sapa yang dah pergi ke makan di D’Madinah Corner, boleh kongsi pengalaman korang makan dekat sini dengan aku. Sekian.

Lokasi