Malibest Resort Langkawi

Malibest Resort Langkawi ialah sebuah resort menarik di Pulau Langkawi, Kedah. Resort ini menawarkan berbagai jenis bilik penginapan yang selesa untuk pelancong. Lokasi strategik ditepi pantai yang cantik menyebabkan Malibest Resort Langkawi sentiasa menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Malibest Resort Langkawi Tree House

Lokasi

Malibest Resort Langkawi terletak di Pantai Cenang, iaitu lokasi pelancongan paling popular di Pulau Langkawi.

Alamat:

Malibest Resort
Pantai Cenang, Mukim Kedawang,
07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.

Hubungi:

reservation@malibestresort.com
Tel : +(604) 9558202 / +(604) 9558222
Fax : +(604) 9552822

Pantai Malibest Resort Langkawi

Penginapan

Malibest Resort Langkawi mempunyai 81 buah bilik penginapan dan 5 buah Tree House chalet tersedia untuk pelancong. Berikut ialah senarai jenis bilik dan juga keterangan:

Tree House

Tree House adalah bilik penginapan yang sesuai untuk dua orang. Harga bilik bermula dari RM230.00 untuk satu malam.

  • 1 katil king.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.

Superior room

Superior room adalah bilik penginapan yang sesuai untuk dua orang. Harga bilik bermula dari RM180.00 satu malam.

  • 1 katil king atau 2 single bed.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.

Standard Superior

Standard Superior adalah bilik yang sesuai untuk empat orang. Jumlah bilik ialah 13 unit sahaja. Harga bermula dari RM180.00 satu malam.

  • 2 katil Queen.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.

Super Deluxe

Bilik Super Deluxe sesuai untuk dua orang. Terdapat 10 unit disediakan untuk pengunjung. Harga bermula dari RM210.00 hingga RM170.00 untuk satu malam.

  • 2 katil Single Bed atau 1 Double Bed.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.

Super Deluxe Wooden

Super Deluxe Wooden adalah chalet menarik yang menghadap pantai. Cuma terdapat lapan unit sahaja. Bilik ini sesuai untuk dua orang. Harga bermula dari RM200.00 untuk satu malam.

  • 2 katil Single Bed atau 1 katil King.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.

Standard Wooden

Terdapat 10 unit bilik Standard Wooden. Bilik ini sesuai untuk dua orang. Harga bermula dari RM160.00 untuk satu malam.

  • 1 katil Queen atau 2 katil Single Bed.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.

Standard Brick

Standard Brick adalah chalet yang terletak berasingan dari kawasan chalet utama iaitu diseberang jalan. Bilik penginapan ini sesuai untuk empat orang. Harga bermula dari RM140.00 untuk satu malam.

  • Dua katil bersaiz Queen.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.

Deluxe Brick

Deluxe Brick cuma ada lima unit sahaja. Bilik ini sesuai untuk 2 orang. Harga bermula dari RM140.00 untuk satu malam.

  • 1 katil bersaiz King atau 2 katil Single Bed.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Peti ais mini.

Harga yang ditawarkan untuk penginapan di Malibest Resort Langkawi adalah tidak termasuk cukai dan harga berbeza pada hari minggu, musim cuti persekolahan dan cuti umum.

Malibest Resort Langkawi di tepi laut

Kemudahan

Antara kemudahan yang disediakan di Malibest Resort Langkawi adalah:

  • Kemudahan Wifi di kawasan lobi.
  • Deck Chair di pantai (RM10/set).
  • Ruangan membaca.
  • Membeli-belah di Mali Walk Beaches/Sunset.

Chalet menarik Malibest Resort Langkawi

Aktiviti

Berbagai aktiviti percutian menarik boleh dilakukan jika menginap di Malibest Resort Langkawi. Antaranya ialah:

  1. Mandi laut.
  2. Bola Tampar pantai.
  3. Jogging atau berjalan di pantai.
  4. Jetski, banana boat.
  5. Melihat matahari terbenam.

Sila lawati Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi untuk mendapat maklumat lengkap mengenai pulau peranginan ini.

Malibest Resort Langkawi ialah tempat penginapan menarik yang harus ada dalam senarai pilihan percutian bajet anda. Kedudukannya di lokasi pelancongan popular dan harga berpatutan ditawarkan. Pastikan anda menempah lebih awal kerana resort ini sentiasa penuh terutama di musim cuti sekolah.

Lokasi