Mangroves tour Kilim Geoforest Park Langkawi

Salah satu aktiviti paling popular di Langkawi ialah mangroves tour. Faktor utamanya ialah kerana disini terdapat rizab alam sekitar seluas hampir 100 km persegi yang dikenali sebagai Kilim Geoforest Park. Ia telah diisytihar oleh UNESCO sebagai warisan geologi purba yang berusia lebih 500 juta tahun. Taman ini mempunyai keajaiban alam semula jadi yang tidak terkira banyaknya serta mengandungi pelbagai jenis flora dan fauna.

Kenapa aktiviti ini dikenali sebagai mangroves tour? Ia kerana taman ini mempunyai banyak pokok-pokok bakau yang menjadi habitat kepada berbagai jenis haiwan. Para pelancong dapat melihat pokok-pokok bakau di kiri dan kanan sungai semasa perjalanan melawat tempat menarik di Kilim Geoforest Park.

Anda juga boleh melihat halaman tempat menarik di Langkawi untuk meneroka semua destinasi pelancongan di pulau ini.

Kilim Geoforest Park

Lokasi

Lokasi Kilim Geoforest Park ialah dibahagian timur Pulau Langkawi. Pelancong yang ingin melakukan aktiviti mangroves tour akan berkumpul dan menaiki bot di Jeti Sungai Kilim.

Alamat:
Kilim Geoforest Park
Sungai Kilim Tourist Jetty
Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat,
07100 Kilim, Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : 04 959 2323
Whatsapp : 011 6545 2323
Email : koperasikilim@yahoo.com
Website : Official Kilim Geoforest Park

Harga tiket:
Harga tiket adalah bergantung kepada masa dan aktiviti.
2 jam : RM350 per bot - melawat 5 tempat / aktiviti
3 jam : RM450 per bot - melawat 6 tempat / aktiviti
4 jam : RM500 per bot - melawat 7 tempat / aktiviti

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 5.00 pm

Apa yang menarik?

Salah satu keajaiban Kilim Geoforest Park ini ialah dimana terdapatnya pokok-pokok bakau yang tumbuh dikawasan lanskap batu kapur. Ia adalah satu-satunya yang boleh ditemui di Malaysia. Pertama yang menarik bagi saya ialah pemandangan lanskap yang menakjubkan.

Hutan Paya Bakau Kilim
KILIM Geoforest Park, Langkawi”, by Ahmad Naufal, is licensed under CC BY 2.0

Secaranya khususnya, saya merasakan tarikan aktiviti mangroves tour adalah seperti berikut.

River cruise

Menaiki bot menyusuri sungai itu sendiri adalah aktiviti yang menarik. Ini kerana pelancong dapat melihat berbagai tarikan yang ada disepanjang perjalanan. Ketenangan dapat dirasa bila melihat pemandangan unik bukit batu kapur dan hutan paya bakau yang menjadi habitat kepada berbagai jenis binatang dan burung-burung semasa idalam perjalanan.

Sangkar ikan

Didalam pakej mangroves tour ini, pelancong akan dibawa melawat sangkar ikan yang diusahakan oleh penduduk dikawasan ini. Pengunjung akan diberi taklimat dan penerangan ringkas serta berpeluang memberi makan dan bermain dengan ikan-ikan yang ada.

Eagle watching

Hutan paya bakau menjadi habitat kepada helang-helang yang ada disini. Pelancong akan dibawa melihat helang-helang berbagai spesis seperti Brahminy Kites dan White-bellied Sea Eagles yang berterbangan mencari makanan. Ada spesis helang yang hampir pupus dan ia direkodkan sebagai haiwan terpelihara.

Eagle watching aktiviti
KILIM Geoforest Park, Langkawi”, by Ahmad Naufal, is licensed under CC BY 2.0

Gua Kelawar

Gua Kelawar terletak di tengah-tengah hutan paya bakau Kilim didalam Hutan Simpan Kisap. Pelancong akan singgah untuk melawat gua sepanjang 60 meter ini untuk melihat keunikan yang ada seperti stalaktit dan stalagmit serta cengkerang lama didinding dan bumbung gua yang dianggarkan berusia sekitar 5000 tahun.

Gua Kelawar

Gua Buaya

Walaupun nama gua ini ialah Gua Buaya, tiada buaya dapat dilihat disini. Ia dipanggil sedemikian kerana rupanya dilihat seakan-akan berbentuk buaya. Gua ini terjadi akibat aliran air pada zaman dahulu yang menghakis batu kapur lalu membentuk terowong seperti kelihatan pada hari ini.

Gua Langsir

Satu lagi tempat menarik di Kilim Geoforest Park yang pelancong akan singgah ialah Gua Langsir. Sejarah terjadinya gua ini ialah seperti Gua Buaya juga dimana aliran air pada zaman dahulu telah membentuk terowong yang menghubungkan tasik dengan laut. Pelancong dapat melihat keunikan gua ini yang mempunyai banyak batu kapur berbagai bentuk, dimana fosil dapat dilihat dengan jelas di bumbung gua.

Pulau Anak Tikus

Pulau Anak Tikus terhasil dari hakisan batu kapur yang timbul setelah paras air laut menurun jutaan tahun lampau. Pulau ini kaya dengan fosil terutama gastropod dan cephalopod. Melihat keunikan bentuk fosil ini cukup mengagumkan kerana pemandangan yang biasa dilihat didasar laut kini berada diatas pulau.

Tips

Jika anda merancang untuk melakukan aktiviti mangroves tour di Kilim Geoforest Park ini, beberapa tips ingin saya kongsikan.

  1. Bawa pakaian untuk mandi. Anda akan dibawa ke pantai yang cantik. Rugi jika terlepas peluang ini.
  2. Bawa losyen, sunscreen/sunblock/sunguard, sunglasses kerana anda akan terdedah kepada panas matahari.
  3. Bawa power bank untuk telefon anda. Kalau kehabisan bateri nanti menyesal tak boleh ambil gambar di menarik disepanjang tour.

Kesimpulan

Mangroves tour di Kilim Geoforest Park adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan dan unik. Ia adalah sesuatu yang mesti anda cuba jika bercuti di Langkawi. Bayarannya seolah mahal tetapi tidak sebenarnya kerana anda berkongsi harga untuk satu bot. Kerana pemandangan cantik, keunikan yang ada dan aktiviti yang boleh dilakukan semasa lawatan, ia sangat berbaloi. Percutian Bajet mengesyorkan aktiviti ini dengan 5 bintang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.