Medan selera Koperasi Guar Chempedak

Medan selera Koperasi Guar Chempedak terkenal dengan makanan sedap-sedap untuk makan malam. Ia mula dibuka dari pukul 3.00 petang sehingga pukul 10 malam. Berbagai jenis makanan ada seperti:

  1. Makanan panas - Goreng dan berkuah seperti mee goreng, nasi goreng, mee kuah, koteaw kungfu, thai food dan sebagainya.
  2. Laksa dan laksam - Sedap sangat.
  3. Roti canai - Roti kosong, roti telur dan sebagainya. Roti sangat lembut. Kuah dalca, kari ikan dan sambal. Sangat sedap.
  4. Capati - Boleh tahan.
  5. ABC - Air batu campur atau lebih dikenali dengan ais kacang disini. Terbaik, Ais selembut salji.
  6. Cucur udang dan nasi lemak - Boleh tahan.
  7. Capati - Boleh tahan.
  8. Yong Tau Foo - Boleh tahan.
  9. Pasembor - Kurang menarik(minta maaf).

Gerai makanan panas ini menyediakan berbagai makanan goreng dan berkuah. Dapurnya tak pernah sunyi kerana selain makanan yang dimakan di medan selera, ramai yang membeli makanan untuk dibawa pulang.

D'Anjung Santai, Medan Selera Koperasi, Guar Chempedak, Kedah.

D'Anjung Santai, Medan Selera Koperasi yang terletak di pekan Guar Chempedak in adalah lokasi yang perlu dituju untuk makan sedap dan murah di daerah Yan, Kedah.

Gerai makanan panas di Medan selera Koperasi Guar Chempedak.

Gerai minuman ini juga menyediakan berbagai jenis air yang sedap ditelan. Teh tarik disini memang sedap.

Gerai minuman di Medan selera Koperasi Guar Chempedak.

Gerai capati original. Ada berbagai jenis kuah seperti kuah daging, sardin dan dal.

Gerai Capati di Medan selera Koperasi Guar Chempedak.

Anda juga boleh memesan cucur udang jika ingin makanan ringan.

Gerai nasi lemak dan cucur udang di Medan selera Koperasi Guar Chempedak.

Nasi goreng sotong. Boleh tahan pedasnya. Harga RM4.50.

Nasi goreng sotong di Medan selera Koperasi Guar Chempedak.

Hampir semua makanan disini sedap-sedap belaka. Harga juga murah sesuai dengan "countryside". Jika anda bercuti ke Daerah Yan atau melalui kawasan ini, singgah makan di Medan Selera Koperasi Guar Chempedak.

Lihat semua Tempat menarik di Kedah mengikut daerah

Lokasi