Pasar malam Guar Chempedak

Pasar malam Guar Chempedak adalah antara yang terbesar di Daerah Yan. Orang ramai dari sekitar daerah ini datang untuk membeli barang keperluan harian dan juga makanan. Di bangunan tepi pasar malam ini terdapat surau di tingkat 1 yang sangat luas dan digunakan oleh peniaga serta orang-ramai untuk solat berjemaah. Kemudahan tandas juga ada disini. Cukup besar dan bersih.

Pasar malam ini beroperasi setiap hari Sabtu. Ia bermula dari seawal pukul 5 petang dan berakhir sekitar 10 malam. Lokasinya adalah berhampiran lampu isyarat pekan Guar Chempedak jalan menghala ke Yan.

Berbagai barangan dijual disini seperti barang makanan, buah-buahan, pakaian dan lain-lain. Barang mentah seperti ikan, ayam, daging, sayur dan ulam-ulaman juga ada dibahagian pasar tetapi ditutup awal sekitar jam 7 petang.

Gerai menjual berbagai jenis barangan di sepanjang jalan.

Gerai di kiri kanan jalan menghala ke Yan. Di sebelah sini menjual berbagai jenis makanan dan buah-buahan. Manakala diseberang jalan pula menjual pakaian, kasut, beg dan lain-lain.

Suasana di Pasar Malam Guar Chempedak, Kedah.

Orang-ramai berpusu-pusu di dalam pasar malam mencari makanan dan barangan lain.

Orang ramai membanjiri pasar malam Guar Chempedak.

Ada juga gerai yang sudah habis menjual makanan.

Suasana di dalam Pasar Malam Guar Chempedak.

Terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan dijual di pasar malam ini. Ini ialah gerai menjual mempelam (atau mangga).

Gerai mempelam di Pasar malam Guar Chempedak.

Durian juga sudah mulai ada di Pasar Malam Guar Chempedak. namun harganya masih lagi mahal. Orang Kedah kata "tak padan nak beli".

Gerai menjual durian di Pasar Malam Guar Chempedak.

Pasar Malam Guar Chempedak memang cukup meriah tetapi bak kata orang luar yang datang ke pasar malam ini, orang Kedah bagus, kat pasar malam pun sopan santun. memang benar, walaupun ramai orang tetapi suasana disini tidak riuh-rendah.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.