Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ialah salah satu tempat menarik yang boleh dilawati di Alor Setar. Ia mempamerkan banyak teori dan fakta berkaitan sains dalam bentuk permainan, puzzle dan demonstrasi menarik. Walaupun telah dibuka sejak Mac 2010, ramai yang masih belum tahu akan wujudnya tempat ini. Pada yang tahu pula, ramai yang belum menjejakkan kaki kesini.

Sebenarnya, Pusat Sains Negara adalah destinasi yang sangat sesuai untuk membawa kanak-kanak. Malah ia sesuai untuk semua peringkat usia. Jika anda tinggal di Kedah atau membawa keluarga bercuti di Alor Setar, bawa anak-anak melawat tempat ini. Ia akan mendedahkan mereka kepada dunia sains dan dapat memupuk minat dari kecil. Harga tiket yang dikenakan juga sangat murah.

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

Lokasi

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara terletak di Gunung Keriang, Alor Setar. Jaraknya lebih-kurang 10KM dari pusat bandar. Jika dari lebuhraya PLUS, ikut susur keluar Alor Setar Utara. Gunakan Waze atau Google Maps jika ada masalah. Anda boleh terus memandu hingga ke destinasi.

Lokasi Pusat Sains ini ialah di kaki Gunung Keriang. Disebelahnya ialah Muzium Padi, yang juga merupakan salah satu tarikan pelancongan di Alor Setar.

Alamat:
Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara
Jalan Gunung Keriang,
06570 Alor Setar,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-720 7700
Facebook : PSN Caw. Wilayah Utara
Website : PSN Caw. Wilayah Utara

Harga tiket:
Harga tiket Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara:
Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM1

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 5.00 pm
Jumaat : Tutup

Apa yang menarik?

Apa yang menarik ialah Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara dibina dipinggir bandaraya Alor Setar, iaitu dikawasan pelancongan Gunung Keriang. Selain tidak perlu bersesak dengan trafik ditengah bandaraya, pengunjung boleh melawat beberapa tempat menarik yang ada disini. Jika anda belum pernah mendengar nama Gunung Keriang, ia adalah bukit batu kapur yang unik. Disekelilingnya ialah sawah padi yang mendamaikan. Disini terdapat gua menarik yang kaya dengan kristal.

Selain lokasinya yang menarik, bangunan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara sendiri adalah unik. Ia direkabentuk berteraskan konsep jimat tenaga, mesra alam dan ruang pameran yang dinamik.

Bangunan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

Pameran interaktif

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara telah ditubuhkan dengan misi mencetus dan menyemai minat rakyat Malaysia ke arah pembelajaran sains, teknologi dan inovasi sepanjang hayat. Dengan itu, berbagai teori, fakta dan asas sains dipersembahkan dengan cara yang cukup menarik.

Pengunjung boleh terokai dan alami sendiri ilmu sains yang menyeronokkan bersama bahan pameran interaktif. Walau bagaimanapun, semasa saya berkunjung bersama keluarga, ada beberapa bahan pameran yang sudah tidak berfungsi atau rosak. Ia sedikit mengecewakan.

Galeri Pameran

Maklumat di Kota Islam dan Sains

Pameran interaktif

Permainan

Berbagai jenis permainan berasaskan teori sains disediakan kepada pengunjung. Ada permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Permainan berasaskan sains

Tikering spot - organ dalaman manusia

Ruang untuk si kecil

Aktiviti

Beberapa aktiviti di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara seronok untuk dicuba. Antaranya ialah Earthquake, Air bicycle dan Moon Walker.

Basikal Kabel

Moon Walker

Sekitar Pusat Sains Negara CWU

Berikut ialah gambar disekitar Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara.

Kaunter tiket

Kaunter tiket yang terletak di ruang legar.

Kedai cenderahati

Kedai cenderahati juga ada di ruang legar.

Ruang acara dan aktiviti

Ruang acara dan aktiviti di aras bawah. Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara sering menganjurkan acara menarik. Hari saya melawat ini berlangsung acara Pertandingan Beyblade. Pameran sains turut diadakan diruangan ini.

Bumblebee

Bumblebee pun ada.

Pintu ke galeri pameran

Pintu untuk ke tangga aras atas. Galeri pameran terletak di aras 1.

Pintu masuk ke Galeri Sains

Pintu masuk ke Galeri Sains yang terletak di aras 1.

Halimunan

Tempat menarik berhampiran

Di kawasan Gunung Keriang ini terdapat beberapa tempat menarik lain yang boleh dikunjungi.

Muzium Padi

Disebelah Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ada Muzium Padi. Ia mempamerkan berbagai peralatan dan maklumat berkenaan penanaman padi di negeri Kedah. Paling menarik ialah lukisan di tingkat atas yang cukup mengagumkan.

Pusat Akuatik Negeri Kedah

Pusat Akuatik Negeri Kedah mempunyai 3 buah kolam renang dengan kedalaman berbeza. Jika anda minat berenang, boleh saja kesini. Walau bagaimanapun, kolam untuk kanak-kanak tidak disediakan. Harga tiket yang dikenakan ialah RM4.

Gua Kristal Gunung Keriang

Jika anda penggemar aktiviti lasak, terokai Gua Kristal di Gunung Keriang yang unik. Gua ini memang kaya dengan kristal. Pastikan anda bersedia dengan pakaian yang sesuai untuk mendaki dan merangkak didalam gua.

Makan tengahari di Restoran 7 Kawah

Jangan lupa untuk singgah makan tengahari di Restoran 7 Kawah. Ia adalah restoran terkenal dan popular dikalangan foodie. Selain gulai, sup dan lain-lain yang dimasak dalam kawah, berbagai masakan tempatan disediakan termasuk ayam/daging/ikan bakar, sayur dan ulam-ulaman.

Kesimpulan

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ialah tempat menarik yang cukup berfaedah untuk dilawati terutama bagi kanak-kanak. Pameran interaktif, demonstrasi dan permainan berasaskan sains yang ada dapat membantu kanak-kanak memahami dan menanam minat dalam bidang ini. Paling penting, ia menyeronokkan dan anak-anak sangat gembira.

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Kedah sebelum baca artikel dibawah.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.