Restoran Nasi Padang Langkasuka, Sungai Petani

Jika anda bercuti ke Sungai Petani dan mencari tempat makan yang menyediakan makanan lain dari biasa, anda boleh mencuba Restoran Nasi Padang Langkasuka. Restorannya sangat luas dan selesa. Ia juga nampak sangat bersih. Antara makanan yang disediakan di restoran ini ialah nasi campur, berbagai menu ayam penyet, bakso, soto, lontong dan beberapa jenis makanan Indonesia yang lain. Saya sempat berkunjung ke restoran ini untuk makan tengahari sewaktu bercuti ke The Carnival Water Park, Sungai Petani baru-baru ini.

Nasi Padang Langkasuka Sungai Petani.

Lokasi restoran

Lokasi Restoran Nasi Padang Langkasuka ialah ditepi jalan utama Jalan Kelab Cinta Sayang. Ia terletak betul-betul disimpang jalan menuju ke Taman Ria Jaya.

Alamat:
Restoran Nasi Padang Langkasuka
18176, Jalan Kelab Cinta Sayang,
Taman Ria Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah.

Hubungi:
Tel: +60 4-441 4666
Buka: 8:00 am – 11:00 pm

Restoran Nasi Padang Langkasuka.

Makanan dan minuman

Menu makan utama di Restoran Nasi Padang Langkasuka, Sungai Petani ialah makanan tradisional dari Padang, Indonesia. Pengunjung boleh kesini untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam.

Untuk makan tengahari, berbagai jenis masakan ada tersedia seperti ayam dan ikan yang dimasak berbagai resepi. Antara lauk-pauk yang sedap ada di restoran ini ialah:

  • Ayam masak berlada.
  • Rendang daging.
  • Gulai ayam.
  • Ikan keli sambal.
  • Ayam goreng.
  • Masak lemak pucuk ubi.
  • Sambal terung.
  • Sambal telur.
  • Gulai ikan telapia.
  • Tempe goreng bersama kacang.
  • Begedel.
  • Sup.
  • Telur dadar campur sayur.
  • Paru goreng berlada.
  • Gulai perut.
  • Gulai nangka.
Menu makanan tengahari di Restoran Nasi Padang Langkasuka.

Semua masakan ini adalah resepi Nasi Padang. Jadi rasanya agak berlainan dari masakan biasa di Kedah. Sedap atau tidak? Bergantung pada selera masing-masing tapi bagi saya, kurang sedap. Rasanya agak pelik tapi berjaya juga saya habiskan.

Menu makanan dan minuman istimewa Nasi Padang Langkasuka.

Disini juga terdapat menu lain yang tidak sempat saya cuba iaitu:

  • Set Ayam Penyet.
  • Set Ayam Penyet Kampung.
  • Set Pecel Lele.
  • Set Puyuh Goreng.
  • Set Telapia Goreng.
  • Nasi Uduk.
  • Bakso.
  • Soto.
  • Lontong.
Menu istimewa yang ada di Restoran Nasi Padang Langkasuka.

Bagi anda yang memang menggemari masakan Indonesia, restoran ini sangat sesuai kerana pelbagai jenis makanan yang disajikan. Bagi anda yang tidak pernah merasa dan ingin mencuba dipersilakan. Jika anda pernah makan di Restoran Nasi Padang Langkasuka, Sungai Petani, sila komen agar membantu pengunjung lain yang berminat untuk mencuba.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.