Tempat percutian menarik di Langkawi

Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi ini adalah cadangan destinasi percutian berdasarkan jenis pelancongan. Anda boleh memilih untuk bercuti di pulau, pantai, agro-tourism atau dikawasan bandar. Tidak kira musim, Langkawi kini menjadi tumpuan pelancong sepanjang tahun. Ramai yang memilih pulau lagenda ini sebagai lokasi percutian kerana banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Dalam artikel ini anda akan mendapat maklumat tentang lokasi paling menarik, tempat penginapan yang popular, aktiviti yang boleh dilakukan dan harga yang dikenakan. Semoga maklumat ini membantu anda merancang percutian yang diingini dengan bajet yang sesuai.

Sebelum bercuti, terokai semua tempat menarik dan aktiviti di Pulau Langkawi.

Percutian Pulau

Sebenarnya Langkawi terdiri dari beberapa buah pulau. Dalam kepulauan ini Pulau Langkawi ialah pulau utama dan yang paling besar. Pulau-pulau lain juga boleh dilawati malah berbagai aktiviti disediakan dan ada yang menawarkan resort menarik untuk pelancong. Jika anda inginkan privasi atau kelainan semasa percutian di Langkawi, apa kata anda cuba pulau-pulau yang disenaraikan dibawah.

Pulau Rebak

Pulau Rebak ialah lokasi percutian yang popular dikalangan pelancong luar negara. Ia merupakan salah satu tempat menarik untuk bercuti di Langkawi yang cukup berprestij. Pulau swasta yang menempatkan Vivanta by Taj, adalah sebahagian daripada rangkaian hotel antarabangsa Taj Hotels, Resorts & Palaces, merupakan resort eksklusif di pulau ini.

Rebak Island Resort - Vivanta by Taj.

Rebak Island Resort Langkawi - Vivanta By Taj

Jika anda impikan satu percutian romantis bersama orang tersayang, Rebak Island Resort Langkawi - Vivanta By Taj adalah lokasi yang perlu dimasukkan dalam senarai pilihan. Resort bertaraf 5 bintang yang memenangi beberapa anugerah ini menawarkan privasi, penginapan mewah dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa yang pasti memberi kepuasan kepada pengunjung.

Rebak Island Resort.

Apa yang menarik ialah persekitaran resort yang dihias cantik bagaikan taman bunga didalam hutan semulajadi. Pemandangan indah laut yang membiru dan pantai berteluk yang menempatkan kapal-kapal layar cukup mengagumkan. Kemudahan yang disediakan termasuk kolam renang dengan barisan kerusi dek untuk pengunjung berjemur, spa dan restoran. Vivanta By Taj - Rebak Island Resort Langkawi adalah satu lokasi percutian pulau terpencil sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu atau ingin bercuti jauh dari kesibukan kota.

Alamat:
Rebak Island Resort - Vivanta By Taj
P.O. Box 125
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: +6 04 966 5566
Fax: +6 04 966 9973
Email: bookvivanta.rebak@tajhotels.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM640.

Pulau Tuba

Salah sebuah pulau berpenduduk di kepulauan Langkawi ialah Pulau Tuba. Lokasinya dibahagian selatan Pulau Langkawi bersebelahan dengan Pulau Dayang Bunting. Terdapat enam buah kampung dengan jumlah penduduk hampir 3,000 orang. Kemudahan air dan elektrik turut disediakan. Pengunjung yang ingin bercuti di pulau ini boleh menaiki bot dari Jeti Pekan Rabu, Kuah.

Pulau Tuba Langkawi.

Pulau Tuba adalah salah satu tempat percutian di Langkawi yang sangat menarik. Berbagai aktiviti boleh dilakukan di pulau ini seperti melawat Gua Kelawar, melawat perkampungan nelayan dan petani, jungle trekking, memancing, melihat kelip-kelip diwaktu malam dan lain-lain. Malah anda boleh melihat lebih dekat aktiviti harian dan kebudayaan masyarakat di sini dengan mengikuti program Homestay Pulau Tuba.

Alamat:
Homestay Kampung Pulau Tuba
Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi,
07000 Kuah, Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: Homestay Kampung Pulau Tuba
Tel: +604-9666102, +6017-4189030
Fax: +6049671058

Bagi anda yang ingin bercuti di Langkawi bersama keluarga, pulau ini adalah salah satu lokasi yang boleh dipilih. Ia agak sunyi, kurang pembangunan dan sesuai untuk anda yang sukakan suasana kampung. Tempat penginapan lain yang ada di Pulau Tuba ialah:

  • Tuba Langkawi Resort - Telefon: 019-4553886 (Paksu), 013-3421871 (Jasni), 017-4483472 (Paklong).
  • Wild Pasir Panjang - Terletak di Pasir Panjang, Pulau Tuba. Harga: RM389 semalam. Telefon +6012-676 3095.

Percutian Pantai

Jika anda belum pernah bercuti di kawasan pantai, anda perlu mencubanya. Langkawi mempunyai beberapa pantai yang cantik dan sesuai untuk dijadikan lokasi percutian bajet bersama keluarga, rakan-rakan atau bersendirian. Hotel dan resort banyak disediakan dan boleh dipilih mengikut kemampuan kewangan anda. Berikut ialah senarai pantai di Langkawi dan tempat penginapan menarik yang menjadi pilihan pelancong.

Pantai Cenang

Pantai yang paling terkenal di Langkawi ialah Pantai Cenang. Ia adalah kawasan pantai yang paling pesat membangun. Berbagai tarikan ada di sini seperti pantai yang cantik, aktiviti water sport, restoran dan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Pengunjung tidak perlu risau tentang tempat penginapan kerana hotel dan resort memenuhi kawasan pantai bagi menampung pelancong yang ingin bercuti di sini.

Pantai Cenang.

Walau bagaimanapun, Pantai Chenang bukanlah lokasi yang sesuai jika anda inginkan ketenangan semasa bercuti. Kawasan ini cukup meriah di waktu malam terutama di musim cuti. Restoran mula beroperasi, muzik berdentum ditepi pantai, kenderaan bertali-arus dan orang-ramai dimana-mana bagaikan pesta. Kedai-kedai di sepanjang jalan yang menjual berbagai barangan pula dibuka hingga lewat malam.

Hotel menarik

Beberapa hotel menarik yang menyediakan bilik penginapan mewah, perkhidmatan yang cemerlang serta berbagai fasiliti bagi menjamin keselesaan tetamu ada di Pantai Cenang. Jika bajet tidak menjadi masalah, hotel-hotel dibawah adalah yang terbaik boleh anda pilih.

  • Casa Del Mar Langkawi - Harga bilik bermula dari RM830. Telefon +60 4-955 2388.
  • Meritus Pelangi Beach Resort & Spa - Harga bilik bermula dari RM715. Telefon +60 4-952 8888.

Resort menarik

Beberapa buah resort menarik turut dibangunkan di Pantai Cenang. Antara yang popular dikalangan pelancong ialah:

  • Langgura Baron Resort - Harga bilik bermula dari RM150. Telefon +60 4-955 8880.
  • Langkapuri Inn - Harga bilik bermula dari RM170. Telefon +60 4-955 1202.
  • The Cabin - Harga bilik bermula dari RM160. Telefon +60 12-417 8499.
  • Malibest Resort Langkawi - Harga bilik bermula dari RM180. Telefon +60 4-955 8202.
  • Langkawi Chantique - Harga bilik bermula dari RM206. Telefon +60 4-953 1300.
  • Sunset Beach Resort - Harga bilik bermula dari RM320. Telefon +60 4-955 1751.
  • Favehotel Cenang Beach - Harga bilik bermula dari RM185. Telefon +60 4-955 6600.

Hotel Bajet dan Guest House

Bagi yang mempunyai bajet terhad atau anda memang tidak kisah tentang penginapan, Pantai Cenang menyediakan banyak hotel bajet, guest house dan juga motel. Antara yang menjadi pilihan ramai ialah seperti senarai dibawah.

  • AB Motel Langkawi - Harga bilik bermula dari RM100. Telefon +60 4-955 1300.
  • Sandy Beach Resort - Harga bilik bermula dari RM93. Telefon +60 19-527 5969.
  • Langkawi Tokjah Homestay - Hubungi pemilik untuk harga homestay terkini. Telefon +60 17-542 2470.
  • Cenang Rest House - Harga bilik bermula dari RM80. Telefon +60 4-955 9928.
  • Hotel Easy Crystal - Harga bilik bermula dari RM143. Telefon +60 4-953 2100.
  • Casa Idaman Motel - Harga bilik bermula dari RM130. Telefon +60 4-955 3744.
  • Landcons Hotel & Resort - Harga bilik bermula dari RM101. Telefon +60 4-953 1100.

Pantai Tengah

Pantai Tengah terletak di sebelah Pantai Cenang. Pantainya cantik, berpasir halus dan landai sesuai untuk mandi laut. Ia juga menawarkan pemandangan yang cukup menarik. Pulau Tepor, salah sebuah pulau yang ada di Langkawi dapat dilihat dengan jelas dari tepi pantai.

Pantai Tengah.

Dari segi pembangunan, kawasan ini mempunyai beberapa buah resort, hotel murah, spa, restoran, kedai dan berbagai kemudahan asas. Jika anda inginkan suasana pantai yang menyeronokkan, Pantai Tengah boleh dijadikan lokasi pilihan percutian bajet ke Langkawi bersama keluarga.

Hotel menarik

Banyak tempat penginapan menarik di Pantai Tengah. Jika anda inginkan percutian sempurna dimana bajet tidak menjadi masalah, berikut ialah pilihan terbaik yang terdapat di kawasan ini.

  • La Villa Langkawi - Harga bilik bermula dari RM1900. Telefon 04 955 2380.
  • The Frangipani Langkawi Resort & Spa - Harga bilik bermula dari RM550. Telefon 04 952 0000.
  • Holiday Villa Beach Resort & Spa Langkawi - Harga bilik bermula dari RM350. Telefon 04 952 9999

Resort menarik

Beberapa buah resort turut dibangunkan di Pantai Tengah. Bagi anda yang lebih selesa tinggal di resort, berikut ialah beberapa tempat menarik yang boleh dijadikan pilihan penginapan.

  • Tropical Resort Langkawi - Harga bilik bermula dari RM300. Telefon +604-9554075.
  • The Lanai Langkawi Beach Resort - Untuk harga bilik terkini, sila hubungi resort. Telefon 04 955 2262.
  • Aseana Resort Langkawi - Harga bilik bermula dari RM279. Telefon KL Sales and Reservation Office 03 8942 8882.

Hotel Bajet dan Guest House

Hotel bajet, chalet dan motel banyak terdapat di Pantai Tengah jika anda ingin berjimat dan tidak terlalu mementingkan kemewahan tempat penginapan. Anda juga boleh memilih guest house atau villa jika bercuti beramai-ramai bersama keluarga atau kawan-kawan. Senarai dibawah adalah antara yang boleh dipilih.

  • Villa Molek - Harga villa bermula dari RM668. Telefon 04 955 3605.
  • Fuuka Villa - Harga bilik bermula dari RM221. Telefon 04 955 1133.
  • Pantai Tengah Beach Inn - Harga bilik bermula dari RM88. Telefon 019 471 9434.
  • Nas VillaRia Langkawi - Untuk harga bilik terkini, sila hubungi villa. Telefon 012 478 3897.
  • Corrie Chalet Langkawi - Harga bilik bermula dari RM102. Telefon 04 955 1200.
  • Zackry's Guest House - Harga bilik bermula dari RM. Telefon 012 499 1801.
  • Airis Sanctuary Resort - Harga bilik bermula dari RM143. Telefon 04 955 3666.
  • T Star Cottage Langkawi - Harga bilik bermula dari RM40. Telefon 04 955 5551
  • Green Village Langkawi - Harga bilik bermula dari RM120. Telefon 04 955 3117.

Pantai Tanjung Rhu

Pantai paling cantik di Langkawi ialah Pantai Tanjung Rhu. Ia terletak dibahagian utara Pulau Langkawi. Pantai ini masih terpelihara dari pembangunan dan dikelilingi alam semulajadi yang cukup mendamaikan. Jika anda inginkan percutian yang romantik, pantai ini amat sesuai dijadikan lokasi untuk berbulan madu. Cuma disini memang tidak banyak pilihan tempat penginapan. Anda boleh memilih Four Seasons Resort Langkawi yang hebat tetapi tersangat mahal atau Tanjung Rhu Resort yang tidak kurang hebatnya tetapi lebih murah. Anda masih boleh menikmati keindahan Pantai Tanjung Rhu walaupun tidak menginap disini. Ia dibuka untuk orang-ramai dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang.

Pantai Tanjung Rhu.

Tanjung Rhu Resort

Salah sebuah resort paling menarik di Langkawi. Lokasinya dikawasan pantai yang cantik cukup sesuai bagi anda yang inginkan percutian yang tidak dapat dilupakan. Anda boleh meninjau pemandangan dan suasana disini terlebih dahulu melalui laman web resort berkenaan seperti dibawah.

Tanjung Rhu Resort Langkawi.

Alamat:
Tanjung Rhu Resort
Mukim Ayer Hangat,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: Tanjung Rhu Resort
Telefon: 604-959-1033
Fax: 604-959-1899
E-mail: resort@tanjungrhu.com.my

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM1,364.

Four Seasons Resort Langkawi

Four Seasons Resort Langkawi ialah hotel bertaraf antarabangsa yang terletak di Pantai Tanjung Rhu. Ia menjadi pilihan pelancong luar negara yang datang bercuti di Langkawi. Anda boleh melawat laman web resort ini untuk melihat apa yang istimewa ditawarkan untuk tetamu.

Four Seasons Resort Langkawi.

Alamat:
Four Seasons Resort Langkawi
Jalan Tanjung Rhu,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: Four Seasons Resort Langkawi
Telefon: +60 4-950 8888

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM3,000.

Pantai Kok

Pantai Kok terletak dibahagian barat Pulau Langkawi. Ia adalah tempat percutian yang sangat menarik dan strategik. Banyak pusat pelancongan yang boleh dilawati terletak berhampiran kawasan ini seperti Oriental Village, Air Terjun Telaga Tujuh dan Telaga Harbour. Malah anda pasti tidak akan bosan sepanjang percutian kerana berbagai aktiviti boleh dilakukan terutama di Oriental Village.

Berjaya Langkawi Resort

Hotel paling menarik di Pantai Kok ialah Berjaya Langkawi Resort. Ia adalah lokasi percutian mewah yang terletak dalam kawasan semulajadi yang mengagumkan. Berbagai jenis penginapan disediakan termasuk villa dikelilingi hutan yang menghijau dan juga chalet diatas air dikawasan pantai yang cantik. Jika anda mempunyai bajet yang besar, resort ini pasti memberi pengalaman bercuti yang tidak dapat dilupakan.

Berjaya Resort Langkawi.

Alamat:
Berjaya Langkawi Resort
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: Berjaya Langkawi Resort
Telefon: + 60 (4) 959 1888
Fax: + 60 (4) 959 1886

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM844.

Pantai Teluk Burau

Pantai Teluk Burau terletak di sebelah Pantai Kok. Ia adalah sebuah pantai awam yang agak popular dan sering dijadikan lokasi untuk berkelah bersama keluarga. Terdapat dua bahagian pantai dimana satu kawasan dipenuhi pokok-pokok yang teduh dan kawasan pantai yang agak sempit. Manakala satu kawasan lagi luas berpasir dan landai. Kedua-duanya sesuai untuk mandi laut. Pemandangan di Pantai Teluk Burau agak menarik. Terdapat beberapa buah pulau kecil menghiasi kawasan teluk. Dibelakangnya pula kelihatan Gunung Mat Chinchang yang menghijau.

Pantai Teluk Burau.

Penginapan popular di Pantai Teluk Burau ialah The Danna Langkawi dan Mutiara Burau Bay Beach Resort (ditutup sementara buat masa ini). Untuk aktiviti, anda boleh bersiar-siar dikawasan pantai yang luas melihat pemandangan yang menarik, menikmati keindahan matahari terbenam ditepi pantai, berjalan-jalan di sekitar Telaga Harbour Park dan mengunjungi Oriental Village yang terletak tidak jauh dari sini.

The Danna Langkawi

The Danna Langkawi ialah hotel menarik yang menyediakan penginapan terbaik bagi pelancong yang ingin bercuti di tepi pantai. Ia menawarkan bilik yang luas dan cantik. Berbagai fasiliti disediakan bagi menjamin keselesaan tetamu. Kedudukannya ditepi pantai yang indah pasti memberi ketenangan sepanjang percutian disini. Jika anda mementingkan tempat penginapan yang terbaik semasa bercuti, hotel ini boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, harga bilik agak mahal dan tidak sesuai untuk percutian bajet.

The Danna Langkawi.

Alamat:
The Danna Langkawi
Telaga Harbour Park,
Pantai Kok,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: The Danna Langkawi
Telefon: +60 4-959 3288
Email: info@thedanna.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM1,170.

Pantai Teluk Datai

Pantai Teluk Datai ialah pantai cantik yang menawarkan pemandangan mengagumkan terletak di sebelah Barat Laut Pulau Langkawi. Kawasannya cukup menarik dan terjaga. Ini kerana ia merupakan pantai persendirian yang dimiliki oleh dua resort ternama iaitu The Andaman dan The Datai Langkawi. Pantai berlekuk seperti bulan sabit ini diliputi pasir-pasir halus yang memutih merangkumi hampir 1.5 KM. Pantainya agak luas meliputi kira-kira 30 kaki semasa air pasang biasa. Alam semulajadinya masih terpelihara menjadikan ia destinasi percutian yang terbaik di Langkawi.

Pantai Teluk Datai.

The Andaman

The Andaman ialah hotel bertaraf antarabangsa yang terletak ditepi pantai Teluk Datai Langkawi. Ia bukan sekadar menawarkan tempat penginapan mewah malah pakej percutian lengkap yang pasti memberi pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Kedudukannya dikawasan pantai yang cantik serta kawasan hotel yang sunyi cukup mendamaikan. Bagi anda yang mencari lokasi honeymoon, hotel ini adalah salah satu lokasi ynag mesti dipertimbangkan. Apa yang kurang menarik tentu sekali harga bilik yang agak mahal.

The Andaman Datai Bay Langkawi.

Alamat:
The Andaman Datai Bay
Jalan Teluk Datai,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: The Andaman
Telefon: +60 4-959 1088

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM1,713.

The Datai Langkawi

Sebuah lagi tempat penginapan menarik di kawasan pantai Teluk Datai ialah The Datai Langkawi. Ia adalah resort mewah yang menjadi impian percutian semua orang. Terletak dikawasan hutan semulajadi yang menghijau dan tidak jauh dari pantai menjadikan ia lokasi percutian sempurna di pulau ini.

The Datai Langkawi.

Alamat:
The Datai Langkawi
Jalan Teluk Datai,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: The Datai Langkawi
Telefon: +60 4 9500 500
Fax: +60 4 9500 600
Email: reservations@dataihotels.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM2,727.

Pantai lain di Langkawi

Terdapat beberapa pantai lagi yang boleh dikunjungi semasa bercuti di Langkawi. Walau bagaimanapun ia kurang sesuai dijadikan lokasi percutian kerana tiada tempat penginapan. Orang-ramai yang berkunjung ke sini kebanyakkannya untuk bersiar-siar menikmati pemandangan indah, berkelah dan mandi laut.

  • Pantai Teluk Yu.
  • Pantai Batu Hampar.
  • Pantai Beringin.
  • Pantai Teluk Baru.
  • Pantai Pasir Tengkorak.
  • Pantai Pasir Hitam.

Hotel menarik ditepi pantai

Terdapat beberapa hotel dan resort menarik ditepi pantai yang menjadi pilihan percutian di Langkawi selain yang telah dinyatakan diatas. Kekurangannya ialah pantai disini tidak sesuai untuk mandi. Namun, pemandangan indah yang boleh dilihat, bilik penginapan yang selesa, kemudahan kolam renang serta berbagai fasiliti lain yang ditawarkan, tidak rugi jika anda mempertimbangkan hotel-hotel ini.

  • Sheraton Langkawi Beach Resort - Harga bilik bermula dari RM534. Telefon 60 4-952 8000.
  • Century Langkawi Beach Resort - Harga bilik bermula dari RM450. Telefon +60 4-955 6888.
  • Century Langkasuka Resort - Harga bilik bermula dari RM450. Telefon +60 4-955 6888.
  • Awana Porto Malai Hotel (Resorts World Langkawi) - Harga bilik bermula dari RM350. Telefon +60 4-955 5111.
  • Ombak Villa Langkawi (Langkawi Lagoon Resort) - Harga bilik bermula dari RM360. Telefon +604 - 955 8181.
  • Sea Village (Langkawi Lagoon Resort) - Harga bilik bermula dari RM378. Telefon +604 - 955 8181.

Alam Semulajadi

Langkawi mempunyai banyak kawasan alam semulajadi menarik yang sesuai dijadikan lokasi percutian. Beberapa lokasi pelancongan seperti Gunung Raya, Gunung Mat Cincang, Tasik Dayang Bunting dan lain-lain lagi merupakan tarikan yang mesti dikunjungi. Bagi anda yang inginkan tempat penginapan yang sunyi dikelilingi kehijauan hutan semulajadi, berikut ialah pilihan yang sangat menarik untuk anda cuba.

Oriental Village

Oriental Village ialah pusat pelancongan menarik yang terletak di kaki Gunung Mat Cincang. Ia terkenal dengan stesen Kereta Kabel, namun kini berbagai tarikan lain disediakan menjadikannya lokasi yang wajib dikunjungi jika bercuti di Langkawi bersama keluarga atau rakan-rakan. Antara aktiviti dan permainan yang ada termasuk menunggang gajah, ATV, motor cross dan SEGWAY yang cukup menyeronokkan. Selain itu, terdapat berbagai jenis restoran makanan antarabangsa dan tempatan, tempat membeli-belah, galeri pameran, spa dan hotel menarik untuk penginapan pengunjung yang ingin bercuti disini.

Untuk lebih terperinci, sila lawati halaman Oriental Village Langkawi.

Oriental Village Langkawi.

Geopark Hotel terletak dalam kawasan Oriental Village. Ia menawarkan sejumlah 30 bilik untuk tetamu. Apa yang menarik, ia menawarkan pakej penginapan dan aktiviti dengan harga yang sangat berpatutan.

Alamat:
Geopark Hotel Langkawi
Block C, Oriental Village,
Burau Bay,
07100 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: Geopark Hotel Langkawi
Telefon: +60.4.959.2300
Email: info@geoparkhotel.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM150.

Villa Hibiscus

Jika anda merancang untuk bercuti beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan, Villa Hibiscus yang terletak di Teluk Baru cukup menarik dan harus ada dalam senarai lokasi pilihan. Ia terletak dalam kawasan alam semulajadi yang menghijau, sunyi dan cukup mendamaikan. Villa ini juga tidak jauh dari laut. Walaupun tiada pantai untuk mandi-manda, anda masih boleh menikmati pemandangan laut yang sangat cantik.

Villa Hibiscus Langkawi.

Alamat:
Villa Hibiscus
No4, Sari Village, 618 Jalan Teluk Baru,
Mukim Kedawang,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: Villa Hibiscus
Email: bookings@villahibiscuslangkawi.com

Harga:
Harga villa 1 malam bermula dari RM1,200.

Villa Del Porto

Villa Del Porto ialah resort menarik yang terletak di Teluk Baru, Mukim Kedawang. Kedudukan resort dikawasan alam semulajadi yang berbukit dan pemandangan laut yang boleh disaksikan dari villa penginapan, cukup mendamaikan. Jika anda inginkan percutian yang sunyi dan jauh dari kesibukan dunia, anda boleh mencuba resort ini.

Villa Del Porto Langkawi.

Alamat:
Villa Del Porto
Teluk Baru,
Mukim Kedawang,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: Villa Del Porto
Email: booking@villadelporto.com Telefon: +6018-3700045, +6019-442 6910

Harga:
Harga villa 1 malam bermula dari RM600. (Minima penginapan 2 malam).

Agro-Tourism

Agro-Tourism atau Pelancongan Pertanian adalah salah satu tarikan yang ada di Langkawi. Beberapa lokasi menarik boleh dikunjungi termasuk Mardi Agro Technology Park, Buffalo Park Langkawi dan Laman Padi. Namun, agak mengecewakan kerana tiada tempat penginapan disediakan didalam kawasan agro tourism kecuali di Laman Padi. Walau bagaimanapun, beberapa resort berhampiran boleh dijadikan alternatif bagi anda yang berminat.

Laman Padi

Laman Padi terletak di Pantai Cenang. Ia adalah salah satu tarikan utama Agro Tourism di Langkawi. Disini terdapat kawasan sawah padi yang agak luas dan muzium yang memaparkan maklumat tentang penanaman padi, penjagaan, penuaian dan lain-lain. Pengunjung dapat mempelajari bagaimana padi ditanam hingga diproses menjadi beras. Malah, pengunjung juga berpeluang turun ke sawah dan mencuba aktiviti menarik yang diadakan disini.

Laman Padi Langkawi.

The Gemalai Village

Jika anda inginkan penginapan yang unik, The Gemalai Village menyediakan chalet menarik yang terletak ditepi kawasan sawah padi yang mendamaikan. Dengan konsep yang lain dari yang lain, anda pasti seronok menikmati percutian yang tak dapat dilupakan bersama keluarga di sini.

The Gemalai Village Langkawi.

Alamat:
The Gemalai Village
Laman Padi, Jalan Pantai Cenang,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: The Gemalai Village
Telefon: +604-955 3225
Email: thegemalai@ladaeco.my

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM290.

Mardi Agro Technology Park

Mardi Agro Technology Park ialah pusat penyelidikan pertanian organik yang terletak di kaki Gunung Raya. Ia meliputi kawasan seluas 35 hektar. Terdapat pelbagai jenis dusun buah-buahan dan ladang sayur-sayuran untuk dilawati. Pengunjung akan dibawa dengan kenderaan dari satu tempat ke tempat lain ditemani pemandu pelancong. Memang menyeronokkan apabila berpeluang melihat dan merasa buah-buahan segar dari ladang. Jika ingin ke sini, masa terbaik ialah dari bulan Mei hingga Julai iaitu di musim buah-buahan. Walau bagaimanapun, taman pertanian ini hanya menerima pelawat harian. Penginapan tidak disediakan.

Mardi Agro Technology Park Langkawi.

Panorama Langkawi Country Resort

Tempat penginapan paling hampir dengan Mardi Agro Technology Park ialah Panorama Langkawi Country Resort. Ia adalah resort bertaraf dua bintang yang agak menarik. Kawasannya luas dan cantik. Kemudahan kolam renang juga disediakan untuk tetamu.

Panorama Langkawi Country Resort.

Alamat:
Panorama Langkawi Country Resort
Taman Rekreasi Lubuk Semilang,
Jalan Padang Gaong, Kuah,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Laman web: Panorama Langkawi Country Resort
Telefon: +60 4-955 2722, 04-955 2721

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM110.

Pekan Kuah

Pekan Kuah ialah salah satu destinasi percutian di Langkawi yang sangat popular. Ia dikelilingi berbagai tarikan pelancongan seperti kompleks membeli-belah, tempat menarik dan aktiviti menyeronokan. Bagi anda yang lebih gemarkan suasana meriah dan berbagai kemudahan di kawasan berhampiran, ia adalah lokasi paling sesuai untuk dijadikan tempat penginapan. Banyak hotel menarik ada disini dari yang bertaraf antarabangsa hingga ke hotel bajet.

Kompleks HIG, Kuah.

Tarikan pelancongan yang terdapat dikawasan sekitar Kuah antaranya ialah Dataran Helang, Taman Legenda, Royal Langkawi Yacht Club, Jeti Pekan Rabu dan MARDI Langkawi Agro Technology Park. Aktiviti yang boleh dilakukan pula termasuk membeli-belah, cruise, island hopping dan menikmati makan malam di restoran menarik yang ada di kawasan ini.

Hotel mewah

Hotel yang menyediakan bilik penginapan mewah dan perkhidmatan bertaraf antarabangsa serta berbagai fasiliti turut terdapat di Kuah Langkawi. Bagi anda yang mementingkan keselesaan dan layanan terbaik, hotel-hotel bertaraf lima hingga tiga bintang dibawah boleh dipertimbangkan.

  • The St. Regis Langkawi - Harga bermula dari RM1,162.
  • The Westin Langkawi Resort & Spa - Harga bermula dari RM636.
  • Bayview Hotel Langkawi - Harga bermula dari RM276.
  • Dayang Bay Resort - Harga bermula dari RM207.
  • Adya Hotel Langkawi - Harga bermula dari RM269.
  • Bella Vista Resort & Spa Langkawi - Harga bermula dari RM190.
  • HIG Hotel - Harga bermula dari RM180.
  • Langkawi Seaview Hotel - Harga bermula dari RM152.
  • De Baron Resort - Harga bermula dari RM150.
  • Hotel Grand Continental Langkawi - Harga bermula dari RM150.

Hotel Bajet dan Guest House

Bagi yang mempunyai bajet terhad atau anda memang tidak kisah tentang penginapan, beberapa hotel bajet dan motel boleh dipilih. Senarai berikut ialah antara pilihan popular pelancong yang menginap di pekan Kuah.

  • Bougainvillea Inn - Harga bermula dari RM90.
  • Geopark Inn Langkawi - Harga bermula dari RM85.
  • Hotel Asia - Harga bermula dari RM88.
  • Island Time Hotel - Harga bermula dari RM79.
  • Langkawi Baron Hotel - Harga bermula dari RM90.
  • Azio Hotel - Harga bermula dari RM85.
  • Langkawi Uptown Hotel - Harga bermula dari RM76.
  • Motel Seri Mutiara - Harga bermula dari RM70.
  • Hotel Langkasuka Langkawi - Harga bermula dari RM112.
  • Nagoya Inn Hotel - Harga bermula dari RM138.

Nota: Harga bilik yang dinyatakan mungkin berubah pada hari minggu, cuti umum dan cuti persekolahan. Sebaiknya, sila hubungi hotel untuk kepastian.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Langkawi, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Setakat ini dahulu senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi yang dapat kami kongsikan kepada anda. Semoga maklumat ini berguna dan dapat membantu anda memilih lokasi terbaik untuk bercuti bersama keluarga, rakan-rakan atau bersendirian. Harapan kami, anda sudi berkongsi artikel ini di laman fb, twitter, g+ atau blog sebagai tanda sokongan. Andai ada kekurangan, sila tinggalkan komen dibawah agar dapat diperbaiki. Kami amat menghargainya. Terima kasih dan selamat bercuti.

Lokasi