Snorkeling ke Pulau Payar

Pulau Payar terkenal sebagai destinasi popular untuk melakukan aktiviti snorkeling. Jika anda bercuti ke Langkawi, ia adalah salah satu pilihan aktiviti yang boleh dilakukan. Cuma masa yang perlu anda peruntukan agak lama iaitu hampir satu hari. Untuk mendapatkan pakej ini, anda boleh survey sendiri di Internet atau dapatkan melalui hotel penginapan anda.

Disini saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan Pulau Payar dan juga aktiviti snorkeling di sana semoga dapat membantu pengunjung yang merancang untuk melakukan aktiviti menarik ini.

Anda juga boleh melihat halaman tempat menarik di Langkawi untuk meneroka semua destinasi pelancongan di pulau ini.

Pulau Payar

Lokasi

Pulau Payar tidak termasuk dalam kepulauan Langkawi. Ia terletak agak jauh ke tengah laut iaitu kira-kira 30 KM dari Langkawi dan mengambil masa hampir sejam menaiki bot (feri) ke destinasi.

Apa yang menarik?

Pulau Payar terkenal sebagai lokasi snorkeling terbaik di pantai barat semenanjung Malaysia. Ini kerana air laut yang jernih dikawasan ini membolehkan aktiviti snokeling dilakukan. Ia juga kaya dengan karang dan berbagai spesis ikan yang cantik. Pengunjung pasti terpegun dengan keindahan pemandangan dasar laut yang mempersonakan.

Secaranya khususnya, saya merasakan tarikan aktiviti snorkeling di Pulau Payar adalah seperti berikut.

Pulau Payar Kedah

Berbagai jenis ikan

Semasa melakukan aktiviti snorkeling ini, anda jangan terkejut jika merasa seperti disentuh atau kaki anda digigit sesuatu. Ini adalah ikan-ikan kecil yang jinak berenang di sekitar anda.

Jika bernasib baik, anda akan dapat melihat spesis jerung kecil dan kerapu berenang diperairan tepi pantai ini. Melihat ikan bewarna-warni berenang memberi ketenangan bagaikan terapi minda.

Terumbu karang

Semasa aktiviti snorkeling ini anda dapat melihat berbagai jenis terumbu karang. Ada yang besar, kecil dan berbagai bentuk.

Pelbagai jenis hidupan air

Selain berbagai spesis ikan dan terumbu karang, anda dapat melihat beberapa hidupan air lain seperti rumpai laut, timun laut, gamat dan sebagainya.

Snorkeling di Pulau Payar

Credit to the best tourism man Marzuki Muhamad

Itinerary

Itinerary bergantung pada ejen pelancongan yang anda ambil. Kebanyakannya tentatif program hampir sama sahaja. Berikut adalah contoh itinerary aktiviti snorkeling ke Pulau Payar dengan ulasan.

  • 08:00 – 08:30 Ejen akan mengambil anda di hotel untuk ke jeti. (Perkhidmatan ini bergantung pakej)
  • 09:00 – 09:30 Berkumpul di jeti untuk ke Pulau Payar. (Bergantung pada ejen pelancongan yang anda ambil)
  • 09:30 – 09:45 Bertolak ke Pulau Payar dengan feri.
  • 10:30 – 11:00 Tiba di Jeti Pulau Payar. (Ia adalah platform di laut. Bot tidak dibenarkan masuk ke pulau)
  • 11:00 – 12:30 Aktiviti snorkeling sesi pertama. (Anda akan diberi penerangan/taklimat terlebih dahulu)
  • 12:30 – 14:00 Rehat dan makan tengahari.
  • 14:00 – 15:00 Aktiviti snorkeling sesi kedua. (Bergantung pada pakej)
  • 15:30 – 16:30 Bertolak balik ke Pulau Langkawi.
  • 16:30 – 17:00 Tiba di jeti Langkawi dan hantar pulang ke hotel.

Snorkeling pakej selalunya termasuk:

  • Pengangkutan dari hotel ke jeti untuk ke Pulau Payar.
  • Pengangkutan pulang dari jeti ke hotel selepas aktiviti snorkeling di Pulau Payar.
  • Makan tengahari termasuk air minuman.
  • Peralatan snorkeling (Mask & Life jacket).
  • Insurans.

Fasiliti

Beberapa kemudahan asas untuk pengunjung disediakan seperti tandas dan bilik air.

Tips

Satu perkara yang perlu anda ingat, Pulau Payar adalah Taman Laut. Tiada penempatan penduduk dan keperluan asas seperti elektrik, paip air bersih mahupun kedai makan. Walaupun ejen pelancongan akan menyediakan makanan tengahari, pengunjung perlu bersedia dengan bekalan air minum sendiri dan makanan secukupnya.

Lain-lain:

  1. Bawa pakaian untuk snorkeling. Anda boleh salin pakaian di pulau ini. Kalau boleh beli kasut khas untuk snorkeling bagi mengelakkan kaki anda luka terpijak karang yang keras.
  2. Bawa losyen, sunblock/sunguard, sunglasses dan jangan lupa ubat-ubatan peribadi anda.
  3. Bawa power bank untuk telefon anda. Kalau kehabisan bateri nanti menyesal tak boleh ambil gambar di Pulau Payar.
  4. Bawa waterproof camera jika telefon pintar anda tidak kalis air. Rugi jika tidak merakam pemandangan menarik dasar laut yang cukup mempersonakan.

Kesimpulan

Aktiviti snorkeling di Pulau Payar adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan. Cuma masa yang diperlukan agak lama. Jika anda merancang untuk melakukan aktiviti ini, pastikan anda bersedia secukupnya. Selain dari Pulau Langkawi, pakej snorkeling ke Pulau Payar juga disediakan dari Kuala Kedah. Anda boleh ambil pakej ini kemudian tanpa perlu ke Langkawi atau kesuntukan masa dan tidak mahu mengubah tentatif anda di Langkawi.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.