Sunset Dinner Cruise Langkawi

Salah satu aktiviti menarik di Langkawi yang cukup meninggalkan kesan ialah Sunset Dinner Cruise. Anda akan dibawa menaiki bot atau kapal cruiser merentas lautan melihat pemandangan menarik sekitar Pulau Langkawi. Didalam perjalanan, beberapa aktiviti disediakan seperti memancing ikan, mandi laut dan makan malam sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Saya berkongsi pengalaman serba ringkas berserta sedikit ulasan mengenai trip Sunset Dinner Cruise ini sebagai panduan pengunjung yang berminat dengan aktiviti ini.

Anda juga boleh melihat halaman Tempat menarik di Langkawi untuk melihat senarai penuh destinasi pelancongan lain.

Melihat matahari terbenam

Lokasi Sunset Dinner Cruise

Terdapat banyak syarikat pelancongan yang menawarkan pakej sunset dinner cruise ini. Salah satunya ialah Sea Splash Langkawi. Lokasi pejabat Sea Splash ini ialah di Padang Matsirat manakala kapalnya pula terletak di Royal Langkawi Yacht Club, Kuah.

Royal Langkawi Yacht Club

Alamat:
Sea Splash Langkawi
35-2 Kompleks ABZ,
Kg Bukit Nau, Padang Matsirat,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: 016-2188053 - Meor Ezammer
Hotline : 012 460 2015
Pejabat : 04 955 7114
E-mail : ezammer@seasplashlangkawi.com, info@seasplashlangkawi.com
Website : Sea Splash Langkawi

Harga tiket:
Harga tiket / pakej:
Dewasa : RM275 seorang

Apa yang menarik?

Apa yang menarik tentang aktiviti ini ialah pengalaman menaiki kapal dan belayar secara santai. Anda bebas ke mana-mana bahagian kapal yang mempunyai dua aras untuk menikmati pemandangan menarik disepanjang perjalanan.

Penerangan pada penumpang

Beberapa aktiviti disediakan untuk penumpang iaitu:

Mandi laut

Dalam perjalanan, terdapat satu aktiviti menarik yang tidak terjangka iaitu mandi laut. Kapal akan berhenti dan sebuah jaring besar dilepaskan dibahagian belakang. Penumpang boleh mandi sambil kapal bergerak perlahan-lahan. Ia agak menyeronokkan.

Mandi laut

Jika anda ingin mengambil pakej ini, pastikan anda membawa pakaian mandi. Pengalaman mandi begini bukannya selalu. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Memancing

Aktiviti seterusnya ialah memancing ikan. Walau bagaimanapun tidak banyak pancing yang disediakan. Jika anda pemancing, sila bawa peralatan sendiri untuk kepuasan.

Memancing

Sunset Dinner

Aktiviti kemuncak yang disediakan ialah sunset dinner. Anda boleh menikmati makanan yang telah siap dimasak sambil menanti barbeque yang turut dibuat diatas kapal ini.

Menanti matahari terbenam

Menu ringan ala western sesuai sekali dengan suasana diatas kapal. Anda boleh mengambil makanan dan pilih lokasi sesuai untuk makan sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Nota: Penumpang muslim boleh solat diatas kapal kerana surau kecil disediakan.

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan asas disediakan seperti tandas dan surau. Selain itu, makanan ringan dan minuman juga boleh didapati sepanjang masa.

Bersantai di deck kapal

Paling menakjubkan, perkhidmatan fotografi dan khidmat nasihat pakar turut disediakan secara percuma. Syaratnya, anda hanya perlu bawa iphone.

Kesimpulan

Aktiviti Sunset Dinner Cruise ini memang agak mahal jika anda ingin membawa keluarga dan tidak sesuai untuk percutian bajet. Bagi anda yang mampu, ia adalah aktiviti yang sangat menarik dan mesti cuba. Jika anda merancang untuk membuat program reunion bersama kawan-kawan, anda boleh pertimbangkan aktiviti ini. Semestinya, Sunset Dinner Cruise ini terbaik untuk pasangan honeymoon.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.