Top 10 aktiviti menarik di Kedah

Untuk anda yang ingin bercuti di Kedah, berikut adalah top 10 aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Semuanya adalah yang terbaik dan pasti memberi kepuasan maksima. Cuma perlu pastikan yang anda cukup bersedia untuk melakukan aktiviti ini. Bawa pakaian bersesuaian, buat tempahan awal dan alami pengalaman baru yang menyeronokkan.

1- Water sport Sungai Sedim

Aktiviti lasak yang boleh anda cuba ialah water sport di Sungai Sedim. Sungai berarus deras ini antara yang terbaik di Malaysia untuk aktiviti tubing dan white water rafting. Biasanya aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan atau pakej. Jadi, anda kumpulkan keluarga dan rakan-rakan untuk lebih seronok.

Sedim White Water Rafting

Selain aktiviti air, beberapa aktiviti outdoor turut disediakan. Antara yang menarik ialah:

  • Flying fox
  • Abseiling
  • Paintball
  • Jungle trekking

Maklumat lanjut lihat artikel Tree top walk Sungai Sedim, Kulim

Alamat:
Tree Top Walk Sungai Sedim
Kampung Sedim,
09700 Karangan,
Kedah

Hubungi:
Telefon : 04 4901588
SMS/Whatsapp : 019 4501588
Fax : 04 4919588
Emel : hello@treetopwalk.com.my

Harga tiket:
Harga tiket Tree Top Walk Canopy.

Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM6

Harga aktiviti bergantung pada pakej.

Waktu operasi:

Setiap hari : 6.30 am - 9.45 pm

2- Mandi air panas di Ulu Legong

Mandi air panas ialah aktiviti santai yang cukup menarik untuk dilakukan. Di Ulu Legong, anda bukan sekadar rendam kaki malah nak berenang atau terjun tiruk pun boleh. Secara amnya ada 2 buah kolam disediakan untuk pengunjung, satu kolam besar yang panas untuk orang dewasa dan satu kolam kurang panas lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Kolam air panas Ulu Legong

Satu perkara sebagai ingatan, kolam air panas ini tidak sesuai untuk mandi pada waktu siang. Ramai pengunjung akan mula membanjiri Air Panas Ulu Legong ini bila malam semakin lewat. Disebabkan lokasi tempat ini agak jauh dari bandar utama Alor Setar dan Sungai Petani, anda perlu memandu awal atau tempah saja penginapan disini. Ada resort menarik dan homestay yang banyak untuk pengunjung.

Maklumat lanjut lihat artikel Bercuti di kolam air panas Ulu Legong Baling

Alamat:
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04- 4721548, 04-4731024, 04-4731025
Email : prapul@mdbaling.gov.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM6
Kanak-kanak : RM3

Waktu operasi:

Setiap hari : 24 Jam

3- Taman Tema Air

Taman tema bukanlah sesuatu yang unik dan anda boleh temui di merata negeri. Di Kedah juga ada taman tema yang boleh anda kunjungi iaitu The Carnival Sungai Petani dan Fantasia Aqua Park Jitra.

Taman Tema Kedah

Satu tempat yang disukai oleh semua peringkat umur. Disini, orang dewasa juga boleh menjadi seperti kanak-kanak. Terdapat berbagai permainan dan aktiviti air yang menyeronokkan. Ada kolam yang luas, beberapa gelongsor air dan sungai untuk disusuri dengan pelampung.

Carnival Waterpark

Cuma bersedia dengan bajet yang besar kerana taman tema memerlukan kos yang agak tinggi lebih-lebih lagi jika anda mempunyai keluarga yang ramai. Jika anda memang berhajat untuk kesini, sediakan pakaian mandi yang bersesuaian.

Maklumat lanjut lihat artikel The Carnival Water Park Sungai Petani

Alamat:
The Carnival
Persiaran Cinta Sayang,
08000 Sungai Petani,
Kedah

Fantasia Aquapark,
Jalan Darulaman Golf & Country Club,
06000 Jitra,
Kedah

Hubungi:
Tel The Carnival Waterpark : 04-441 4777 / 4666
Website : The Carnival Waterpark

Tel Fantasia Aqua Park : 04-913 1846 / 1848
Website : Fantasia Aqua Park

Harga tiket:

Harga tiket / Bayaran masuk The Carnival
Dewasa : RM24 (RM30 Hujung minggu)
Kanak-kanak : RM20 (RM22 Hujung minggu)

Harga tiket / Bayaran masuk Fantasia Aqua Park
Dewasa : RM21 (RM23 Hujung minggu)
Kanak-kanak : RM16 (RM18 Hujung minggu)

Harga berbeza pada hujung minggu/cuti sekolah

Waktu operasi:

The Carnival
Isnin, Selasa, Khamis : 2.00 pm - 10.00 pm
Rabu : Tutup
Hujung minggu, Cuti sekolah : 10.00 am - 10.00 pm

Fantasia Aqua Park
Isnin, Rabu, Khamis : 12.00 pm - 7.00 pm
Selasa : Tutup
Hujung minggu, Cuti sekolah : 10.00 am - 7.00 pm

4- Mandi air terjun

Jika taman tema air terlalu mahal bagi anda, pergi saja ke air terjun. Kedah mempunyai banyak tempat peranginan air terjun yang menarik. Anda boleh mandi, bawa makanan untuk berkelah dan melakukan aktiviti trekking atau perkhemahan.

Air terjun Yan

Antara lokasi air terjun popular di Kedah ialah:

  • Lata Bukit Hijau, Baling
  • Lata Bayu, Baling
  • Titi Hayun, Yan
  • Lata Mengkuang, Sik
  • Air terjun Junjong, Kulim

Lihat artikel Sayangi air terjun kita.

Air terjun Kedah

Alamat:
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Aras 8, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Star,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-7333844
Faks : 04-7310610
Website : Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma
Kanak-kanak : Percuma

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

5- Snorkeling di Pulau Payar

Aktiviti snorkeling ini mungkin bukan untuk semua orang tetapi ia adalah aktiviti yang sangat popular dikalangan pelancong yang datang ke Kedah. Melihat keindahan coral, berbagai spesis ikan yang jinak dan hidupan marin didalam air laut yang jernih memberi pengalaman berbeza.

Snorkeling di Pulau Payar

Jika anda ingin mencuba aktiviti ini, dapatkan pakej awal-awal melalui atas talian (Internet). Ada dua cara untuk ke Pulau Payar iaitu melalui Kuala Kedah atau Pulau Langkawi.

Maklumat lanjut lihat artikel Snorkeling ke Pulau Payar

Alamat:
Muzium Perang Pulau Pinang
No Lot 1350, Mukim 12,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang

Hubungi:
Mobile : 0194517643 Din
Facebook : Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah

Harga tiket:
Harga pakej snorkeling.
Dewasa : RM150+ seorang.
Kanak-kanak : -

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

6- Trip harian ke Pulau Songsong

Pulau Songsong terletak di daerah Yan. Pulau yang dulunya dijadikan target latihan TUDM, kini menjadi salah satu tarikan pelancongan baru di Kedah yang kian popular saban hari. Oleh kerana ia masih baru, tiada kemudahan penginapan, air bersih atau elektrik disini. Pengunjung cuma boleh singgah melihat keindahan alam semulajadi, mandi laut, melakukan aktiviti snorkeling, kemudian pulang.

Pulau Songsong Yan

Mungkin ia lebih baik begini selamanya kerana pembangunan hanya akan merosakkan keindahan semulajadi Pulau Songsong. Buat masa sekarang, persatuan NGO, Nelayan dan masyarakat yang berkesedaran menjaga kebersihan disini dengan mengangkut sampah keluar dari semasa ke semasa. Jadi, bawa pulang sampah anda jika kesini.

Maklumat lanjut lihat artikel Pulau Songsong tempat menarik di Yan.

Snorkeling di Pulau Songsong

Alamat:
Pulau Songsong
06900 Yan,
Kedah

Hubungi:
Bot perlu ditempah awal. Tel : 04-465 5024 - LKIM Sungai Udang, Yan
Tel : 019-594 5266 Tokwan (persendirian)
Tel : 012-514 5023 Khairul (persendirian)

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran bot
Dewasa : RM350 - RM600 per bot (10 - 12 orang)
Kanak-kanak : -

Waktu operasi:

Setiap hari : Bergantung pada air pasang.

7- Aktiviti di Langkawi

Berbagai aktiviti menarik disediakan untuk pelancong di Langkawi. Antara yang popular termasuk island hopping, mangrove tour, aktiviti lasak dan sunset cruise. Anda boleh mengambil trip harian ke pulau ini dan melakukan aktiviti menarik yang ada. Ambil feri pertama dari Jeti Kuala Kedah pukul 7 pagi dan pulang dengan feri terakhir pukul 7 petang. Jika tidak puas, anda boleh terus sambung cuti.

Aktiviti lasak di Langkawi

Maklumat lanjut lihat artikel Pulau Langkawi.

Alamat:
Pulau Langkawi
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket feri Kuala Kedah - Langkawi.
Dewasa : RM23
Kanak-kanak : RM17

Berbagai aktiviti dan pakej ditawarkan.

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 11.00 am, 3.30 pm - 7.00 pm

8- Mendaki Gunung Jerai

Gunung Jerai yang berketinggian 1,217 meter mempunyai beberapa trek menarik untuk para penggemar mendaki gunung. Ada trek yang sukar dan ada trek mudah. Bagi trek hutan, seeloknya anda mencari malim gunung (guide).

Mendaki Gunung Jerai

Antara trek popular di Gunung Jerai ialah:

  1. Tangga Kenari, Titi Hayun - Setakat tangga 1000 atau puncak gunung.
  2. Air Terjun Puteri Mandi - Sampai air terjun atau puncak gunung.
  3. Kaki gunung, jalan tar - Laluan kenderaan ke puncak gunung.

Maklumat lanjut lihat artikel Gunung Jerai - Percutian dan aktiviti menarik.

Panjat Gunung Jerai

Alamat:
Gunung Jerai
08300 Yan,
Kedah

Hubungi:
Tel : 04-4212835 (Pej. Perhutanan Daerah Kedah Tengah)
Tel : 04-4681436 (Pej. Perhutanan Sg. Petani)

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 5.00 pm

9- Mendaki Gunung Baling

Mendaki Gunung Baling adalah pengalaman berbeza berbanding Gunung Jerai. Gunung ini menjadi semakin popular dikalangan pelancong kerana keindahan pemandangan dari puncaknya. Disebabkan gunung ini ialah terdiri dari batu kapur, pendakian semasa musim hujan tidak digalakkan kerana licin.

Gunung Baling

Gunung yang berketinggian 420 meter ini mengambil masa 2 hingga 3 jam untuk sampai ke puncaknya. Pendakian mungkin memerlukan anda menggunakan tangan dan kaki di beberapa tempat namun kesukaran itu berbaloi apabila tiba dipuncak gunung. Pemandangan menarik memberi kepuasan tersendiri yang sukar untuk digambarkan.

Alamat:
Gunung Baling
09100 Baling,
Kedah

Hubungi:
Tel : 013-4558266 Mohd Nazri (Malim Gunung)
Facebook : Guide Gunung Baling

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

10- Ulu Muda Eco Park

Tarikan terbaik dan unik Kedah ialah Ulu Muda Eco Park. Ia kurang dikenali mungkin kerana kurang maklumat, kurang minat dan kos yang tinggi untuk melakukan aktiviti disini. Tempat ini sangat terpencil, jauh dari kemajuan. Tiada bekalan elektrik, air paip, tiada isyarat terimaan telefon, ia betul-betul ditengah hutan semulajadi. Satu-satunya tempat tinggal yang ada ialah Earth Lodge yang dijana oleh generator.

Ulu Muda Eco Park

Aktiviti bermula dari Empangan Gubir, Sik, dimana pengunjung akan menaiki bot ke Ulu Muda Eco Park. Tiba di lokasi, pengunjung akan dibawa meneroka hutan, sungai, bukit batu kapur, gua dan sira garam dengan menaiki botĀ  dan memerhati hidupan liar.

Ulu Muda Eco Park ialah Hutan Simpan yang kaya dengan flora dan fauna serta berbagai spesis binatang liar, burung dan unggas. Ia telah lama popular dikalangan pelancong luar negara yang datang membuat kajian dan menikmati keindahan alam semulajadi disini. Walau bagaimanapun, tempat ini kian terancam dengan pembalakan yang berleluasa.

Alamat:
Earth Lodge Malaysia,
98-3-28B, Prima Tanjung,
Jalan Fettes,
11200 Tanjung Tokong,
Penang

Hubungi:
Telefon atau whatsapp : +6019-442 8926
Website : Earth Lodge Ulu Muda

Harga tiket:
Harga pakej Ulu Muda Eco Park.
Dewasa : Hubungi Earth Lodge untuk harga.
Kanak-kanak : -

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

Tarikan pelancongan lain

Lihat:

  1. Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Kedah
  2. Tempat menarik: Top 10 tempat menarik di Kedah
  3. Terokai semua: Kedah - Tempat menarik, aktiviti dan percutian

Kesimpulan

Sebenarnya ada berbagai aktiviti menarik lagi yang boleh dilakukan seperti river cruise, memancing di laut dan lain-lain. Top 10 aktiviti menarik di Kedah ini adalah aktiviti yang unik terdapat di negeri ini dan popular dikalangan pelancong. Kebanyakan aktiviti ini juga perlu tempahan awal. Sekiranya anda berminat, hubungi pihak berkenaan terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat, peraturan, pakaian dan sebagainya untuk anda membuat persediaan. Semoga rancangan anda berjalan dengan lancar, selamat dan merasai pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan.

Anda rasa senarai diatas tidak memuaskan?

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.