Top 10 tempat membeli-belah di Kedah

Tidak sah kalau tidak membeli-belah bila bercuti. Berikut merupakan top 10 tempat membeli-belah di Kedah yang boleh anda kunjungi jika bercuti di negeri ini. Selain pasaraya popular, ada beberapa destinasi unik namun ia hanya dibuka pada hari tertentu sahaja.

Senarai 10 tempat membeli-belah ini boleh dijadikan panduan untuk anda merancang hari dan masa yang sesuai untuk bercuti di Kedah.

1- Uptown Sungai Petani dan Alor Setar

Uptown adalah pasar lewat malam yang agak popular di kalangan masyarakat di bandar. Di pasar ini para peniaga biasanya menjual barangan beraneka jenis dengan harga yang lebih murah. Ada pakaian, aksesori, barangan kosmetik, perfume, makanan dan bermacam-macam lagi.

Uptown Sungai Petani dibuka waktu malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Disini terdapat gerai peniaga tempatan yang menjual berbagai barangan baru dan terpakai. Suasana agak meriah. Ramai yang mengunjungi uptown ini untuk membeli-belah, bersiar-siar dan menjamu selera.

Uptown Stadium Darulaman pula dibuka setiap hari namun lebih ramai pada hujung minggu. Ia tidak semeriah 2-3 tahun lepas kecuali jika ada acara di stadium.

Uptown Sungai Petani

Alamat:
Uptown Sungai Petani
Jalan Merbok, Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani,
Kedah

Alamat:
Uptown Stadium Darulaman
Jalan Stadium,
Bandar Alor Setar,
05100 Alor Setar,
Kedah

Hubungi:
Tel MPSP : 04 429 6666
Email MPSP : admin@mpspk.gov.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk.
Dewasa : Percuma
Kanak-kanak : Percuma

Waktu operasi:

Jumaat, Sabtu, Ahad : 8.00pm - 2.00am

2- Pasar Karat Kampung Berjaya

Pasar Karat Kampung Berjaya yang terletak di Alor Setar ini adalah pasar pagi yang paling popular di Kedah. Ia adalah lokasi terbaik untuk mencari barangan terpakai yang jarang ditemui. Dari barang lama, duit lama, barangan tembaga, parang, keris, golok hingga risalah-risalah lama ada dijual disini.

Pasar Karat Kampung Berjaya

Jika bernasib baik, mungkin anda akan temui sesuatu yang bermakna tidak terdapat ditempat lain. Jika tidak, jalan-jalan cuti mata sajalah. Lihat karenah peniaga dan pengunjung yang berbagai ragam juga menyeronokkan.

Buat anda yang mencari tempat membeli-belah unik di Kedah, Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar ini adalah destinasi yang mesti dikunjungi. Mana tahu terjumpa lampu Aladdin. Gosok jangan tak gosok.

Maklumat lanjut lihat artikel Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar.

Pasar Karat Alor Setar

Alamat:
Pasar Karat Kampung Berjaya
1022, Kampung Berjaya,
05150 Alor Setar,
Kedah

Hubungi:
Tel: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Jumaat : 7.00 am - 1.00 pm

3- Pekan Rabu Alor Setar

Pekan Rabu Alor Setar kembali berfungsi seperti biasa pada 2018 setelah selesai projek penambahbaikan selama 3 tahun. Rekabentuk bangunan baru ini lebih moden dengan ruang letak kereta bawah tanah dan bahagian kedai serta gerai makanan yang lebih teratur.

Tarikan Pekan Rabu Alor Setar ini seperti dulu juga. Anda boleh dapatkan pakaian tradisional melayu, kuih-muih tradisional, barangan kraftangan, buku, kitab serta produk industrial kecil dan sederhana. Jika ingin mencari barangan tempatan, disini adalah lokasi terbaik.

Pekan Rabu Alor Setar

Alamat:
Pekan Rabu Alor Setar
Jalan Tunku Ibrahim, Bandar Alor Setar,
05000 Alor Setar,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-733 5929 (Koperasi Pekan Rabu Berhad)
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk

Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Bayaran letak kereta dikenakan.

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 7.00 pm

4- Pekan Baling

Pekan Baling mungkin bukan tempat membeli-belah yang terkenal di Kedah tetapi ia cukup popular dikalangan penduduk sekitar daerah ini terutama pasar pagi Rabu. Selain itu, ia juga terkenal sebagai tempat untuk membeli peralatan dapur terutama periuk belanga dan pinggan mangkuk.

Pasar Pagi Baling

Pasar pagi Rabu Baling sangat besar. Selain barang basah seperti ikan, ayam, daging, udang, sotong dan sayur-sayuran, disini juga terdapat berbagai barangan lain seperti pakaian, buah-buahan serta makanan. Paling menarik apabila tiba musim buah, berbagai jenis buah-buahan tempatan dijual dengan harga yang murah. Apa yang tidak boleh dilepaskan ialah makanan tempatan. Anda berpeluang merasa masakan tempatan seperti kuih-muih, nasi berlauk, sup tulang, laksa dan bermacam-macam lagi.

Jika sudah berkunjung kesini, jangan lupa membeli-belah di Jalan Badlishah. Tempat ini pernah popular dengan Baling Uptown namun sekarang tidak lagi. Meskipun begitu ia masih popular dengan tarikan asal iaitu tempat membeli periuk belanga, pinggan mangkuk dan peralatan dapur lain.

Membeli-belah di Baling

Alamat:
Baling
Jalan Badlishah,
09100 Baling,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -

Harga tiket:
Tidak perlu tiket. Bayaran letak kereta dikenakan.
Dewasa : Percuma
Kanak-kanak : Percuma

Waktu operasi:

Rabu : 7.00 am - 1.00 pm (pasar pagi)
Setiap hari : 10 am - 6.00 pm (kedai jalan Badlishah)

5- Tanjung Dawai

Tanjung Dawai ialah destinasi membeli-belah yang telah lama terkenal di Kedah. Ia adalah lokasi popular untuk membeli barangan hasil laut seperti ikan bilis, ikan masin, belacan, keropok dan sebagainya. Ada beberapa tempat yang sesuai dikunjungi seperti bangunan arked di Jeti Tanjung Dawai dan kedai-kedai disepanjang jalan.

Tempat ini juga menjadi tumpuan orang-ramai untuk menjamu selera. Terdapat banyak restoran ditepi laut menyediakan masakan panas yang menyelerakan. Pengunjung boleh memilih ikan segar, sotong, udang dan sebagainya untuk dimasak menu kegemaran sendiri. Selain itu, mee udang adalah antara makanan yang popular yang boleh anda cuba.

Tanjung Dawai Kedah

Alamat:
Tanjung Dawai
08400 Merbok,
Kedah

Hubungi:
Tel : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket bot dari Pantai Merdeka
Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM3

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm (Arked Tanjung Dawai)

6- Bukit Kayu Hitam

Bukit Kayu Hitam ialah pintu masuk ke negara Thailand. Tempat membeli-belah popular ialah Kompleks Bebas Cukai. Disini juga ada cawangan The Zon Duty Free. Jika anda ingin mencari cokelat dari luar negeri, perfume dan lain-lainĀ  barangan luar negeri, mungkin anda patut cuba ke sini. Barangan lain seperti toto, pinggan mangkuk dan pakaian agak murah berbanding diluar. Selain itu, ada Bazar Bukit Kayu Hitam berhampiran namun cuma beberapa gerai sahaja dibuka.

Jika anda merancang untuk ke sini, sebaiknya bawa bersama passport. Anda boleh terus ke Thailand dimana berbagai barangan menarik dan makanan sedap menanti.

Bukit Kayu Hitam

Alamat:
Kompleks Bebas Cukai
Bukit Kayu Hitam,
06050 Bukit Kayu Hitam,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04-922 2611 The Zon Duty Free
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 1.00 am

7- Aman Jaya Mall Sungai Petani

Aman Jaya Mall ialah kompleks membeli-belah paling popular di Sungai Petani. Ia terletak berhampiran susur keluar Sungai Petani utara. Seperti pasaraya lain, banyak kedai menjual berbagai barangan boleh didapati. Harga boleh dikatakan agak murah. Banyak restoran makanan barat, tempatan dan luar negeri juga ada disini.

Aman Jaya Mall

Tarikan lain yang ada di Aman Jaya Mall Sungai Petani ialah:

  • Bowling
  • Panggung wayang / Cinema
  • Supermarket
  • Kedai telekomunikasi / telefon
  • Food Court / Medan Selera

Cuma satu kekurangan Aman Jaya Mall iaitu tidak banyak kedai jenama antarabangsa. Anda boleh ke Aman Central Alor Setar yang mempunyai lebih banyak pilihan.

Aman Jaya Mall Sungai Petani

Alamat:
Aman Jaya Mall
Jalan Badlishah,
Bandar Amanjaya,
08000 Sungai Petani,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-440 0746
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Berbagai aktiviti dan pakej ditawarkan.

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.30 am - 10.30 pm

8- Pasar Kemboja Pendang

Pasar Kemboja Pendang adalah tempat membeli-belah di Kedah yang sangat popular. Walaupun tidak semeriah dulu, ia masih menjadi pilihan masyarakat setempat membeli pakaian terutama bila hampir tiba musim perayaan.

Jika anda tidak kisah dengan pakaian bukan berjenama, berkunjung ke Pasar Kemboja Pendang. Selain membeli-belah, anda boleh merasa berbagai makanan tempatan disini.

Maklumat lanjut lihat artikel Membeli-belah di Pasar Kemboja Pendang.

Pasar Kemboja Pendang

Alamat:
Pasar Kemboja Pendang
Pekan Pendang,
06700 Pendang,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Jumaat : 7.00 am - 12.00 pm

9- Aman Central Alor Setar

Aman Central Alor Setar adalah pasaraya terbesar dan paling popular di Kedah. Ia adalah tempat membeli-belah, tempat makan dan tempat bergembira bersama keluarga. Untuk membeli-belah, berbagai kedai jenama tempatan dan antarabangsa ada disini. Antaranya ialah Guess, H&M, Levi's, Padini dan Hush Puppies. Bagi wanita yang mencari pakaian menarik, banyak butik yang menawarkan fesyen terkini. Kedai-kedai lain yang ada ialah kedai telefon, aksesori, penjagaan kesihatan dan kecantikan serta kedai kasut. Anda boleh rujuk laman web Aman Central untuk senarai kedai dan jenama.

Ramai yang datang ke Aman Central semata-mata untuk makan. Disini memang terdapat banyak restoran tempatan dan luar negeri. Antara yang popular ialah Boat Noodle, Mee Tarik Warisan Asli, Mee Udang D'Pinang, MyLaksa, Oiso, Sushi King, KFC, McD dan bermacam-macam lagi.

Selain itu, Aman Central adalah tempat yang sesuai untuk bergembira bersama keluarga atau rakan-rakan. Disini ada bowling, GSC, Kid Zooona, Toys Factory, Toys'R'us, Popular Book Store, Arcade dan lain-lain.

Aman Central Alor Setar

Alamat:
Aman Central,
Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar,
Kedah

Hubungi:
Tel : 04-7352626
Fax : 04-7358899
Email : cs@amancentral.com.my
Website : Aman Central

Harga tiket:
Bayaran letak kereta dikenakan.

3 jam pertama : RM2
Setiap jam seterusnya : RM1

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 10.00 pm

10- Pulau Langkawi

Tempat membeli-belah di Kedah yang paling menarik tentu sekali Pulau Langkawi. Ia adalah pulau bebas cukai yang menawarkan berbagai aktiviti pelancongan dan percutian. Salah satu kelebihan Langkawi sebagai tempat membeli-belah bebas cukai ialah berbagai barangan dari dalam dan luar negeri ada disini dan harganya lebih murah.

Barangan popular yang sering dibeli pengunjung Langkawi ialah pinggan mangkuk, cokelat, beg dan pakaian. Barangan lain yang tidak dikenakan cukai seperti perfume dan barangan elektrik tidak banyak beza harganya.

Maklumat lanjut lihat artikel Pulau Langkawi.

Membeli-belah di Pulau Langkawi

Alamat:
Pulau Langkawi
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: -
Fax : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket feri Kuala Kedah - Langkawi.
Dewasa : RM23
Kanak-kanak : RM17

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 7.00 pm

Tarikan pelancongan lain

Lihat:

  1. Tempat menarik: Top 10 tempat menarik di Kedah
  2. Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Kedah
  3. Terokai semua: Kedah - Tempat menarik, aktiviti dan percutian

Kesimpulan

Membeli-belah adalah aktiviti sampingan yang menarik untuk dilakukan semasa bercuti. Jika tujuan anda bercuti semata-mata untuk membeli-belah, terus saja ke Pulau Langkawi. Jika dari awal lagi anda telah merancang untuk membeli sesuatu barangan, semak dahulu harga ditempat sendiri. Dengan itu, anda boleh membuat perbandingan harga semasa membeli-belah nanti.

Biasanya kita membeli semasa bercuti ialah kerana harga yang lebih murah atau barangan tersebut susah didapati ditempat sendiri. Ada juga barangan yang dibeli untuk kenang-kenangan dan cenderahati. Apapun tujuan anda, membelilah dengan bijak. Mana yang boleh tawar-menawar, pandai-pandailah anda pujuk. Jangan risau, orang Kedah baik-baik.

Anda rasa senarai diatas tidak memuaskan?

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.