Top 10 tempat menarik di Kedah

Berikut merupakan top 10 tempat menarik di Kedah terbaik untuk dilawati jika anda merancang untuk bercuti ke negeri bergelar Jelapang Padi ini. Semua destinasi sesuai dikunjungi secara solo, bersama keluarga, kawan-kawan atau rombongan. Ia tidak memerlukan kos yang tinggi malah beberapa lokasi langsung tidak mengenakan tiket atau bayaran masuk.

1- Menara Alor Setar

Menara Alor Setar adalah tempat menarik yang mesti dilawati jika berkunjung ke Kedah. Anda boleh bersantai diperkarangan menara dimana dataran yang luas dibina dengan lanskap menarik. Ada kiosk makanan dan minuman untuk anda menjamu selera. Disini juga ada banyak permainan untuk anak-anak bersuka-ria. Paling penting, anda mesti menaiki menara untuk melihat Bandaraya Alor Setar dari atas. Malah dengan teropong yang ada, anda boleh melihat jauh hingga ke Brunei Butterworth.

Menara Alor Setar

Menara ini mempunyai ruang tinjau (observation deck) 360 darjah. Maknanya, anda boleh melihat pemandangan sekeliling dimana setiap kawasan dilengkapi teropong. Selain itu, terdapat Starsky Restaurant & Lounge sekiranya anda ingin menjamu selera sambil melihat pemandangan menarik. Sebuah kedai cenderahati turut terdapat diruang tinjau untuk pengunjung yang ingin membeli kenang-kenangan dari menara.

Teropong

Alamat:
Menara Alor Setar
Lot. 99 Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar,
Kedah Darulaman

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-720 2906 / 04-720 2901
Fax : (604) - 720 2073
Website : Menara Alor Setar

Harga tiket:
Harga tiket menaiki Menara Alor Setar.
Dewasa : RM12
Kanak-kanak : RM8
Warga Emas / OKU : RM8
Pelajar berkumpulan : RM8

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.30 am - 10.30 pm

2- Muzium Padi

Muzium Padi Alor Setar mempamerkan berbagai perkara mengenai penanaman dan penuaian padi di Kedah. Ada banyak maklumat mengenai padi seperti spesis padi, peralatan tradisional, tempat menyimpan padi, peribahasa padi dan berbagai perkara mengenai padi. Pendek kata, keluar saja dari muzium ini, anda akan bergelar profesor padi.

Muzium padi

Secara jujurnya, apa yang paling menarik di Muzium Padi ialah dek bergerak ditingkat atas sekali. Bukan dek itu yang menarik tetapi lukisan di dinding. Ia cukup mengagumkan. Pemandangan sawah padi, awan, Gunung Keriang dan sebagainya seolah-olah pemandangan sebenar. Lukisan ini dihasilkan oleh 60 orang pelukis dari Korea Utara.

Alamat:
Muzium Padi Kedah Darulaman
Lot 798. Jalan Gunung Keriang,
Mukim Gunung Keriang,
06570 Alor Setar,
Kedah Darulaman

Hubungi:
Tel: 04-735 1315
Faks : 04-730 5516
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM2

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 5.00 pm

3- Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Pusat Sains Negara Wilayah Utara ini terletak berhampiran Muzium Padi. Ia adalah cawangan pertama ditubuhkan dengan objektif mendedahkan masyarakat kepada ilmu sains, teknologi dan inovasi terutama pelajar sekolah. Berbagai permainan dan aktiviti berasaskan teori sains disediakan.

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

Apa yang ada disini ialah sebuah galeri pameran sains yang mengandungi beberapa seksyen di dalamnya seperti Science Mall, Kids Pavilion, Fascinating Tunnel, Kota Islam dan Sains dan banyak lagi. Beberapa pameran membolehkan kanak-kanak berinteraksi dan lainnya mungkin memerlukan anda untuk menerangkannya. Kebanyakan permainan berunsurkan sains yang bertujuan memupuk minat kanak-kanak. Jadi peranan ibubapa sangat penting disini.

Basikal Kabel

Bahagian puzzle pula mungkin ibubapa yang terlebih minat mencuba. Tak perlu terkejut, ia memang menarik dan mencabar IQ ibubapa terutama jika dicabar anak-anak.

Alamat:
Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Jalan Gunung Keriang,
06570 Alor Setar,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-720 7700
Email : -
Website : Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Harga tiket:
Harga tiket masuk Pusat Sains Negara Wilayah Utara.
Dewasa : RM3
Kanak-kanak : RM1

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 5.00 pm
Jumaat : Tutup

4- Masjid Zahir

Masjid Zahir terletak di tengah Bandaraya Alor Setar. Masjid ini mempunyai rekabentuk senibina yang sangat cantik. Bangunannya berwarna putih dan kubahnya berwarna hitam. Ia sentiasa dibuka untuk pengunjung. Selain ruangan solat utama, ada ruang terbuka dimana pengunjung boleh solat, berehat atau membaca.

Masjid Zahir Alor Setar

Masjid ini terletak berhampiran sungai. Ada kedai minuman disini untuk pengunjung menjamu selera sambil melihat panorama menarik Sungai Kedah. Selain itu, sebuah dataran dan padang yang luas dengan rumput hijau terletak dihalaman masjid.

Alamat:
Masjid Zahir
Lebuh Raya Darul Aman,
05150 Alor Setar
Kedah Darulaman

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -
Website : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 5.00 am - 12.00 am

5- Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim ialah tempat tarikan alam semulajadi yang sangat cantik. Terdapat laluan kanopi sepanjang 1.5KM dengan ketinggian paling tinggi 36 meter dari aras tanah merentasi Hutan Lipur Sungai Sedim. Pengunjung boleh melihat flora dan fauna, burung serta unggas rimba diwaktu pagi.

Tree Top Walk Sungai Sedim

Selain itu, disini terdapat sungai arus deras dimana aktiviti water sport dijalankan. Berbagai aktiviti outdoor seperti tubing, white water rafting, flying fox dan trekking disediakan. Aktiviti ini biasanya dilakukan secara berkumpulan. Jadi rancang terlebih dahulu bersama ahli keluarga atau rakan-rakan sekiranya anda berminat untuk mencuba.

Pemandangan Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim juga menarik untuk dijadikan lokasi percutian. Terdapat beberapa resort yang menyediakan penginapan menarik termasuk makanan kepada pengunjung.

Maklumat lanjut lihat artikel Tree top walk Sungai Sedim, Kulim.

Alamat:
Tree Top Walk Sungai Sedim
Kampung Sedim,
09700 Karangan,
Kedah

Hubungi:
Tel : 04 4901588
SMS/Whatsapp : 019 4501588
Fax : 04 4919588
Email : hello@treetopwalk.com.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk Tree Top Walk
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM6

Harga aktiviti bergantung pada pakej.

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

6- Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Muzium arkeologi Lembah Bujang terletak di Merbok. Disini terdapat berbagai artifek dan kesan peninggalan sejarah kerajaan Hindu yang pernah bertapak di Kedah pada kurun ke 3 masehi hingga ke 14 masehi. Pengunjung boleh melawat muzium yang mempamerkan koleksi seramik, manik-manik kaca, rempah ratus dan lain-lain yang ditemui di sekitar Lembah Bujang. Selain itu terdapat candi-candi agama Hindu/Buddha yang dibina semula dari tinggalan asal.

Muzium-arkeolagi-lembah-bujang

Bagi peminat sejarah, semua ini pasti mengujakan. Bagi yang kurang berminat, jangan risau. Tempat ini sangat menarik. Ia terletak di kaki Gunung Jerai dan dikelilingi kehijauan pokok-pokok hutan. Suasana bagaikan di kawasan peranginan air terjun. Oh disini memang kawasan air terjun dan kebetulan ia sangat menarik.

Alamat:
Lembah Bujang Archaeological Museum,
08400 Pekan Merbok,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04-457 2005
Fax: 04-457 5051
Email: pr.malb@jmm.gov.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 1.00 am

7- Gunung Jerai

Gunung Jerai ialah tempat peranginan tanah tinggi yang paling popular di Kedah. Ia menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti dan melakukan aktiviti menarik yang ada disini. Pada hari-hari biasa, ia menjadi lokasi riadah pada waktu pagi dan petang. Ramai masyarakat setempat berjalan kaki menaiki gunung melalui jalan tar yang disediakan. Tidak kurang juga yang mengayuh basikal. Pada hujung minggu atau cuti umum, pengunjung akan bertambah berkali ganda.

Muzium Perhutanan Gunung Jerai

Pengunjung boleh naik ke lokasi pelancongan di puncak gunung dengan kenderaan sendiri atau menaiki van pengangkutan di kaki gunung. Bagi yang pertama kali kesini, anda dinasihatkan menaiki van kerana jalan ke puncak gunung agak sempit dan merbahaya.

Padang Tok Sheikh

The Regency Jerai Hill Resort adalah satu-satunya hotel yang ada dipuncak gunung. Anda boleh menempah di kaki gunung atau melalui atas talian (Internet). Aktiviti diatas gunung yang boleh dilakukan ialah melihat pemandangan di Taman Rimba, melawat tempat menarik dan bersejarah, trekking dan mandi air terjun.

Maklumat lanjut lihat artikel Gunung Jerai - Percutian dan aktiviti menarik.

Alamat:
Gunung Jerai
08300 Yan,
Kedah

Hubungi:
Tel Jerai Regency Resort : 04-423 4345
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk.
Percuma / Tidak perlu tiket.

Bayaran van / Harga penumpang.
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

8- Taman Rekreasi Sungai Merbok

Taman Rekreasi Sungai Merbok terletak di Sungai Petani. Ia turut dikenali sebagai Jeti Semeling. Apa yang menarik disini ialah Taman Geopark Hutan Bakau. Pengunjung boleh berjalan menyusuri laluan pejalan kaki yang dibina untuk melihat hutan bakau yang tumbuh disepanjang sungai. Ia adalah aktiviti yang santai dan menyeronokkan. Anda boleh membawa keluarga atau rakan-rakan bersiar-siar disini. Waktu lawatan yang sesuai ialah pada awal pagi atau bila petang sudah agak teduh.

Taman Rekreasi Sungai Merbok

Tarikan lain yang ada ialah teksi air. Pengunjung boleh menaiki bot dari sini (Jeti Semeling) ke Pantai Merdeka dan seterusnya Tanjung Dawai. Pengunjung berpeluang singgah ke tempat menarik dan membeli-belah. Perjalanan sejauh 36KM selama 2 jam setengah ini adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Jeti Semeling

Di Taman Rekreasi Sungai Merbok juga terdapat sebuah restoran yang menyediakan makanan laut dan ala-Thai. Rasa mee udang, nasi goreng atau tomyam boleh tahan jika anda ingin menjamu selera.

Alamat:
Kompleks Pelancongan Jeti Semeling
Sungai Merbok,
08000 Sungai Petani,
Kedah

Hubungi:
Pertanyaan tentang teksi air.

Tel Pejabat : 04-443 0089
Faks : 04-443 0126

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

9- Pantai Murni Waterfront

Pantai Murni yang terletak di daerah Yan ini adalah destinasi tumpuan ramai setiap hujung minggu dan cuti umum. Ia menjadi lokasi untuk bersantai bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Sebuah dataran yang cantik dibangunkan dikawasan ini yang digelar Waterfront. Disinilah orang-ramai akan berkumpul, bersembang, bersiar-siar disepanjang pantai, mengambil gambar dan sebagainya.

Waterfront Pantai Murni

Pantai ini bukanlah tempat menarik untuk mandi laut kerana yang ada disini bukannya pasir-pasir halus tetapi batu-batu besar untuk menahan hakisan ombak. Malah ombak laut pun jarang sampai ke benteng. Lantaran itu, satu laluan ke tengah laut dibina agar pengunjung dapat melihat ombak laut dari dekat. Bukan itu saja, Pantai Murni Waterfront yang berlatar-belakangkan Gunung Jerai menawarkan pemandangan yang cukup cantik.

Sunset di Pantai Murni

Kemudahan yang disediakan disini termasuk medan selera, surau dan tandas awam. Satu tempat permainan kanak-kanak yang luas juga disediakan.

Maklumat lanjut lihat artikel Bersantai di Pantai Murni, Yan.

Alamat:
Waterfront Pantai Murni
Jalan Pantai Murni,
06900 Yan,
Kedah

Hubungi:
Tel : -
Fax: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had waktu

10- Pulau Langkawi

Tempat menarik di kedah yang semua orang tahu tidak lain dan tidak bukan, Pulau Langkawi. Pulau bebas cukai ini mempunyai banyak tempat menarik seperti pantai, pulau dan destinasi pelancongan yang dibangunkan bagi menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

Pantai di Pulau Langkawi

Biasanya, orang akan pergi bercuti ke Langkawi dan bermalam disana 2-3 hari. Anda boleh melakukan trip harian ke pulau ini dan mengunjungi tempat menarik yang ada. Ambil feri pertama dari Jeti Kuala Kedah pukul 7 pagi dan pulang dengan feri terakhir pukul 7 petang.

Underwater World Langkawi

Maklumat lanjut lihat artikel Pulau Langkawi.

Alamat:
Pulau Langkawi
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: -
Fax : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket feri Kuala Kedah - Langkawi.
Dewasa : RM23
Kanak-kanak : RM17

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had waktu

Tarikan pelancongan lain

Lihat:

  1. Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Kedah
  2. Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Kedah
  3. Terokai semua: Kedah - Tempat menarik, aktiviti dan percutian

Kesimpulan

Top 10 tempat menarik di Kedah ini adalah destinasi terbaik untuk dilawati berdasarkan kos dan apa yang ditawarkan. Selebihnya tidak disenaraikan seperti taman tema, air terjun, tempat makan, resort menarik dan lain-lain yang akan disenaraikan kemudian mengikut kategori masing-masing. Diharap cara baru Percutian Bajet ini akan lebih membantu pengunjung merancang tentatif percutian dengan lebih efektif.

Anda rasa senarai diatas tidak memuaskan?

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.