Tree Top Walk Sungai Sedim terletak didalam kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim iaitu didalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, di daerah Kulim, Kedah. Laluan kanopi sepanjang 1.5 KM ini mempunyai ketinggian paling tinggi 36 meter dari aras tanah. Berjalan diatas kanopi ini membolehkan pengunjung melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi untuk memerhatikan pelbagai flora dan fauna menarik yang ada dikawasan Hutan Simpan Sungai Sedim.
Lokasi Sungai Sedim
Sungai Sedim dimana Tree Top Walk ini berada terletak kira-kita 33 KM dari bandar Kulim. Pengunjung yang ingin kesini boleh memandu sendiri melalui jalan Hi-Tech Kulim mengikut jalan ke Mahang atau melalui lebuhraya BKE (Butterworth Kulim Expressway). Lokasi Sungai Sedim ini juga berhampiran dengan Taman Rekreasi Air Terjun Bukit Hijau, Baling.
Alamat:
Tree Top Walk Sungai Sedim
Kampung Sedim,
09700 Karangan,
Kedah
Hubungi:
Telefon : 04 4901588
SMS/Whatsapp : 019 4501588
Fax : 04 4919588
Emel : hello@treetopwalk.com.my
Harga tiket:
Harga tiket Tree Top Walk Canopy.
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM6
Harga aktiviti bergantung pada pakej.
Apa yang menarik?
Sungai Sedim ialah salah satu tempat menarik di Kedah yang popular. Ia adalah destinasi percutian bajet yang cukup menarik bagi pelancong alam semulajadi dan peminat sukan air. Secara khususnya, apa yang menarik disini ialah:
- Tree Top Walk Canopy
- Sungai Sedim Watersport
- Aktiviti lasak
- Hutan Lipur Sungai Sedim
Tree Top Walk Canopy
Tree Top Walk yang terpanjang di Malaysia ini siap dibina pada tahun 2005. Ia dibina dengan besi tahan karat lengkap dengan ciri-ciri keselamatan. Laluan kanopi ini merentasi hutan dan berbentuk hampir empat segi. Ia juga merentas Sungai Sedim yang sangat cantik apabila dipandang dari atas. Antara yang menarik boleh diperhatikan sepanjang laluan ini ialah:
- Berbagai jenis pokok hutan (pokok balak) yang diletak tanda nama (name tag).
- Pokok-pokok tumpang yang sangat cantik.
- Pelbagai jenis pokok seperti rotan, buluh, orkid liar dan lain-lain.
- Pelbagai jenis rama-rama.
- Berbagai spesis burung.
- Berbagai jenis unggas dan serangga.
- Juga terdapat ular dan katak.
Keterangan gambar: Pemandangan Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim, Kedah.
Keterangan gambar: Laluan kanopi pada ketinggian 26 meter dari tanah.
Keterangan gambar: Salah satu pemandangan pokok tumpang yang boleh dilihat di laluan kanopi.
Keterangan gambar: Salah satu pokok yang ada di laluan kanopi.
Sungai Sedim Watersport
Sungai Sedim adalah sungai berbatu yang berarus deras. Ia telah dimajukan untuk tujuan pelancongan dan dikenali dengan nama Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim. Sungai sepanjang 15 KM ini merupakan salah satu lokasi terbaik untuk aktiviti whitewater rafting di Asia Pasifik. Sungai ini mempunyai 24 jeram dan pernah dijadikan lokasi pertandingan whitewater rafting peringkat antarabangsa. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah:
- White Water Rafting.
- Tubing.
- Kayak.
Keterangan gambar: White water rafting di Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, Kulim, Kedah.
Keterangan gambar: Aktiviti berkayak di Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, Kulim, Kedah.
Keterangan gambar: Aktiviti sukan air yang mencabar di Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, Kulim, Kedah.
Aktiviti lasak
Di Tree Top Walk Sungai Sedim ini juga terdapat banyak aktiviti lasak yang menanti pengunjung. Antara yang menarik dan popular dikalangan pelancong ialah:
- Flying fox
- Abseiling
- Paintball
- Jungle trekking
Hutan Lipur Sungai Sedim
Hutan Lipur Sungai Sedim terletak dalam kawasan hutan simpan Gunung Inas, iaitu salah satu destinasi popular para pendaki gunung. Terdapat trek dari hutan lipur ini ke puncak Gunung Inas. Jika berminat untuk mencuba aktiviti ini, anda boleh hubungi pihak pengurusan Sungai Sedim Watersport.
Penginapan
Waktu paling sesuai untuk melihat pelbagai haiwan dan mergas yang ada dikawasan hutan Tree Top Walk ini ialah diwaktu awal pagi. Untuk itu, pengunjung boleh menginap di chalet yang disediakan disini. Terdapat banyak tempat penginapan yang ada disekitar kawasan Sungai Sedim bagi pengunjung yang ingin bermalam disini.
- Bintang Sedim Villa - Chalet penginapan didalam kawasan Tree Top Walk Sungai Sedim.
- Sungai Sedim Resort - Resort didalam kawasan Rekreasi arus deras Sungai Sedim.
- Sedim eco theme park and resort, Kg. Sungai Buluh, Sungai Sedim - Juga dikenali sebagai Sedim Eco Resort menyediakan kemudahan chalet, dewan serbaguna, dewan makan, tapak perkhemahan dan kawasan aktiviti.
- Sedim Vista Homestay & Resort - Terletak di Kampong Sungai Buloh, Sungai Sedim, Kedah.
- Lata Sedim De Teruna Forest Resort - Terletak berhampiran kawasan Rekreasi arus deras Sungai Sedim.
Aktiviti menarik berhampiran
Ada beberapa aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di Sungai Sedim jika anda bercuti disini. Antaranya ialah:
- Pengunjung boleh membeli buah-buahan tempatan dan melawat dusun-dusun yang banyak terdapat disekitar kawasan ini jika bercuti disini pada musim buah-buahan.
- Melawat rumah bersejarah yang pernah dihuni oleh Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa penculikan beliau dizaman penjajahan Jepun.
Kesimpulan
Tree Top Walk Sungai Sedim adalah tempat menarik yang mesti dikunjungi jika anda bercuti di Kedah. Selain melihat keindahan hutan semulajadi, berbagai aktiviti menyeronokkan boleh anda cuba. Suasana yang tenang dan nyaman disini benar-benar terasa. Bayangkan pukul 11 pagi pun udara masih sejuk. Kesimpulannya, jika anda tinggal di bandar, datang bercuti ke sini untuk beberapa hari dan lupakan sebentar urusan dunia. Hargai hidup anda.
Lihat semua Tempat menarik di Kedah mengikut daerah
Artikel berkaitan
Jangan datang ke Kedah sebelum baca semua artikel dibawah.
- Tempat menarik: Top 10 tempat menarik di Kedah
- Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Kedah
- Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Kedah
- Terokai semua: Kedah - Tempat menarik, aktiviti dan percutian