Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi ialah salah satu tempat menarik paling popular dikalangan pelancong yang melawat pulau bebas cukai ini. Hampir semua ejen pelancongan memasukkan tempat ini sebagai salah satu lokasi lawatan didalam pakej mereka. Underwater World Langkawi menawarkan koleksi akuarium yang menempatkan berbagai spesis hidupan air tawar dan hidupan laut dari serata dunia.

Disini saya kongsikan pengalaman melawat Underwater World Langkawi dengan sedikit ulasan semoga dapat membantu pengunjung yang merancang untuk melawat tempat menarik ini.

Anda juga boleh melihat halaman tempat menarik di Langkawi untuk melihat semua destinasi pelancongan di pulau ini.

Ikan

Lokasi Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi terletak di Pantai Cenang. Lokasinya ialah dihujung pantai, diatas bukit yang menjadi pemisah Pantai Cenang dan Pantai Tengah.

Alamat:
Underwater World Langkawi
Jalan Pantai Chenang,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04-955 6100
Fax : -
E-mail : info_uwl@edenzil.com
Website : underwaterworldlangkawi.my

Harga tiket:
Harga tiket / bayaran masuk:
Dewasa : RM33
kanak-kanak : RM23

Tiket boleh dibeli secara online melalui laman web rasmi UWL.

Waktu melawat:

Setiap hari : 10.00 am - 6.00 pm
Cuti Umum/Sekolah : 9.30 am - 6.30 pm

Apa yang menarik?

Apa yang menarik di Underwater World Langkawi semestinya koleksi pelbagai spesis ikan dan hidupan laut yang dipamerkan. Selain itu, rekaan dalaman dan suasana ruang pameran juga unik dan tidak membosankan.

Ruang pameran dibahagikan mengikut seksyen iaitu:

  • Preview Tank
  • River Ecosystem
  • Tropical Rainforest
  • Temperate Section
  • Sub-Antarctic Section
  • Hexagonal Tank
  • Tunnel Tank
  • Koi Pond
  • Invertebrate Section
  • Coral Reef Section
  • Venomous & Poisonous Section

Secaranya khususnya, saya merasakan tarikan Underwater World Langkawi adalah seperti berikut.

Akuarium yang cantik

Akuarium disini dihias dengan cukup menarik. Batu karang dan rumpai laut menghiasi ruangan akuarium bagaikan habitat semulajadi spesis ikan berkenaan. Pihak Underwater World Langkawi mengakui sendiri yang itu adalah objektif mereka.

Akuarium cantik

Berbagai jenis ikan

Saya tidak pasti berapa spesis ikan yang ada dalam Underwater World Langkawi. Terlalu banyak, berbagai saiz dan warna. Namun yang menarik perhatian ialah spesis jerung yang mudah dikenali serta pari gergasi.

Pari gergasi

Melihat ikan bewarna-warni berenangĀ  memberi ketenangan bagaikan terapi minda. Cukup seronok berjalan dari satu seksyen ke seksyen yang lain untuk melihat akuarium seterusnya.

Pelbagai jenis hidupan air

Pengunjung dapat melihat bukan sahaja ikan-ikan yang cantik malah terdapat penyu dan penguin yang comel. Kedua-dua binatang ini memang jarang dilihat dan menyaksikan sendiri ia berenang didepan mata terasa begitu menakjubkan.

Penyu

Batu karang, cengkerang dan rumpai laut

Bukan sekadar haiwan hidup, malah batu karang yang unik, cengkerang pelik dan rumpai laut yang cantik turut dipamerkan kepada pengunjung. Saya melihat beberapa cengkerang yang sudah menjadi batu dan usianya mungkin beribu-ribu tahun.

Pameran cengkerang

Pertunjukan / Memberi makan

Salah satu tarikan yang ada di Underwater World Langkawi ialah pertunjukan atau masa memberi makan haiwan yang ada disini. Tiga pertunjukan kesemuanya iaitu:

  • African Penguins - 11.00 am dan 2.45 pm.
  • Rockhopper penguins - 11.15 am dan 3.00 pm.
  • Tunnel Tank - 3.30 pm.

Pastikan anda tidak terlepas peluang ini.

Penguin Afrika

Earthquake & Typhoon Pavilion dan Lost World Tunnel

Tarikan pelancongan asing yang terletak didalam Underwater World. Anda boleh melawat tempat menarik ini jika mampu. Lokasinya ditingkat atas. Pengunjung boleh menaiki tangga ke sana. Jangan risau kerana anda boleh beraksi dan mengambil gambar dengan lukisan 3D dibahagian luar percuma sahaja.

Lost World Tunnel

Kemudahan dan fasiliti

Beberapa kemudahan disediakan seperti tandas dan tempat letak kereta. Saya kurang pasti samada surau awam disediakan atau tidak.

Pusat Informasi

Pengunjung boleh mendapatkan berbagai maklumat melalui pameran dan pusat informasi disepanjang laluan dan seksyen dalam Underwater World Langkawi ini. Ia adalah maklumat yang menakjubkan pada yang meminati bidang ini. Pada yang lain, anda mungkin keberatan atau tidak sanggup membaca semuanya.

Ruang informasi

Kedai cenderahati

Di penghujung sesi lawatan, seperti kebanyakan tempat menarik, anda kan bertemu kedai cenderahati. Cuma di Underwater World Langkawi, ia kelihatan seperti pasaraya.

Kedai cenderahati

Tempat penginapan

Banyak tempat penginapan berhampiran Underwater World Langkawi. Anda boleh rujuk dan tempah hotel bersesuaian di laman web booking.com.

Kesimpulan

Underwater World Langkawi adalah satu destinasi pelancongan yang popular dikalangan pelancong yang berkunjung ke pulau ini. Bagi saya, ia adalah satu tempat yang menarik dan sesuai untuk dilawati bersama keluarga terutama yang membawa anak-anak. Ia umpama zoo hidupan air yang memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan bukan sahaja kepada anak-anak malah ibubapa. Harga tiket yang dikenakan tidak terlalu mahal. Jika anda mempunyai keluarga yang ramai, bersedialah dari awal.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.