Senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan

Kelantan ialah salah satu destinasi pelancongan menarik yang sering menjadi pilihan setiap kali tiba musim cuti persekolahan. Ini kerana disini terdapat berbagai tarikan seperti alam semulajadi, percutian pantai, membeli-belah barangan tempatan dan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Selain itu, makanan tempatan turut menjadi salah satu faktor pelancong kemari. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan khas buat anda yang merancang untuk bercuti di negeri ini.

Nota: Lihat aktiviti yang ada dan tempat menarik untuk dilawati dalam artikel tarikan pelancongan di Kelantan.

Kota Bharu

Tempat percutian paling menarik di Kelantan ialah ibu negerinya iaitu Kota Bharu. Ia adalah lokasi yang harus anda pilih jika pertama kali bercuti di negeri ini. Terdapat berbagai tempat menarik seperti bangunan bersejarah, tempat membeli-belah barangan tempatan, pantai dan lain-lain.

Percutian di Kota Bharu Kelantan.

Untuk penginapan pula, terdapat banyak hotel yang selesa dan murah terdapat disekitar kawasan bandar. Kedai makan dan restoran juga banyak untuk menjamu selera. Anda boleh mencuba makanan tempatan yang unik dan cukup menyelerakan.

Lihat keistimewaan Bandar Kota Bharu di artikel Tempat menarik di Kota Bharu Kelantan.

Taman Negeri Gunung Stong

Jika anda gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan meneroka gua, Taman Negeri Gunung Stong ialah destinasi terbaik untuk anda bercuti. Ia adalah lokasi percutian alam semulajadi yang sangat popular dan antara yang tercantik di Malaysia. Disini terdapat beberapa buah gunung yang menawarkan pemandangan mengagumkan dari puncak menanti sebagai ganjaran. Gua-gua yang unik pula mempunyai tarikan tersendiri. Selain itu, air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang juga terletak di Taman Negeri ini.

Percutian di Gunung Stong.

Tempat penginapan yang ada disini ialah Gunung Stong State Park Resort. Pengunjung juga boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong atau homestay yang terdapat disekitar kawasan berhampiran. Jika ingin berkhemah, tapak perkhemahan turut disediakan. Taman Negeri Gunung Stong ialah tempat menarik untuk percutian di Kelantan yang harus dicuba sekali seumur hidup.

Lokasi / Alamat:
Gunung Stong State Park
Hutan Simpan Dabong,
18200 Dabong,
Kelantan

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM100.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel Hutan Lipur Gunung Stong Kelantan.

Tasik Pergau Sanctuary Resort

Tempat menarik untuk percutian di Kelantan yang mesti anda cuba ialah Tasik Pergau. Ia adalah destinasi terbaik percutian alam semulajadi. Suasana yang damai dengan pemandangan tasik yang cantik amat mengagumkan. Selain beristirehat, pengunjung boleh melakukan aktiviti-aktiviti pelancongan seperti memancing, merentas hutan dan berkayak.

Tasik Pergau Sanctuary Resort.

Tasik Pergau Sanctuary Resort menyediakan tempat penginapan yang ada disini terdiri dari chalet-chalet menarik termasuk chalet terapung yang unik. Kemudahan yang disediakan termasuk surau, dewan dan gelanggang badmintan.

Maklumat lanjut boleh dibaca di laman web Kesedar - Tasik Pergau.

Lokasi / Alamat:
Tasik Pergau Sanctuary Resort
17600 Jeli,
Kelantan

Hubungi:
Tel: 09-9440281
Fax : 09-9441388

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.

Tok Aman Bali Resort

Tok Aman Bali ialah resort yang terkenal dan sangat popular di Kelantan. Resort ini terletak di Pasir Puteh. Lokasinya hanya lebih-kurang 5 minit perjalanan ke kawasan Pantai Tok Bali. Bilik-bilk yang disediakan untuk tetamu semuanya berhawa dingin. Lebih menarik, terdapat balkoni dimana pengunjung boleh beristirehat melihat pemandangan cantik dikawasan ini.

Pantai Tok Bali Kelantan.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Tok Aman Bali Resort ialah:

  • Paintball.
  • Menaiki paddle boat.
  • Berkayak.
  • Permainan sukan pantai.
  • Karaoke.
  • Memancing.

Antara kemudahan yang disediakan di Tok Aman Bali Resort ialah:

  • Wi-Fi percuma.
  • Tempat meletak kereta.
  • Kolam renang.
  • Spa.
  • Gymnasium.
  • Taman permainan kanak-kanak.
  • Restoran.

Lokasi / Alamat:
Tok Aman Bali
Lot 6264 (1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak,
16700 Pasir Puteh,
Kelantan

Hubungi:
Tel: +60 9-691 8899
Fax: +6 (09) 691 8787
Email: sales@tokamanbali.com.my

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM298.

Villa Danialla Beach Resort

Villa Danialla terletak di Bachok. Ia adalah antara lokasi percutian popular di Kelantan. Kedudukan resort yang hanya beberapa langkah sahaja dari pantai menawarkan pemandangan laut yang cantik kepada pengunjung yang bercuti disini. Resort yang mempunyai berbagai jenis chalet cantik ini sangat sesuai untuk percutian keluarga dan berbulan madu.

Villa Danialla Beach Resort.

Berbagai aktiviti menarik boleh dilakukan sepanjang berada disini seperti:

  • Permainan sukan pantai seperti bola tampar pantai.
  • Karaoke.
  • Bermain ping pong.
  • Menunggang kuda.
  • American pool table.
  • BBQ.

Antara kemudahan yang disediakan di Villa Danialla Beach Resort ialah:

  • Wi-Fi percuma.
  • Tempat meletak kereta.
  • Kolam renang.
  • Spa dan sauna.
  • Taman permainan kanak-kanak.
  • Restoran.

Lokasi / Alamat:
Villa Danialla Beach Resort
Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali,
16310 Bachok,
Kelantan

Hubungi:
Tel: +6013-961 6000
Email : villadanialla@icloud.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM316.
Harga sebuah chalet untuk 1 malam bermula dari RM1272.

Sudara Beach Resort

Tempat menarik untuk bercuti di Kelantan yang seterusnya ialah Sudara Beach Resort. Ia terletak di kawasan percutian pantai popular iaitu Pantai Tok Bali. Jika anda merancang untuk berehat bersama keluarga di kawasan pantai, resort ini boleh dimasukkan dalam senarai lokasi pilihan anda. Lokasinya yang strategik dan harganya yang murah sangat sesuai bagi anda yang inginkan sebuah percutian bajet.

Sudara Beach Resort.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan semasa bercuti di Sudara Beach Resort ialah:

  • Permainan sukan air dan sukan pantai.
  • Outdoor Karaoke.
  • Tele Match.
  • BBQ.
  • Memancing.
  • Melawat kampung nelayan.
  • Mengunjungi pasar malam.

Antara kemudahan yang disediakan di Sudara Beach Resort ialah:

  • Wi-Fi percuma
  • Tempat meletak kereta
  • Kolam renang
  • Spa
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Restoran

Lokasi / Alamat:
Sudara Beach Resort
Lot 128 Mukim Telong, Jalan Tok Bali,
16300 Bachok,
Kelantan

Hubungi:
Tel: +609 778 8880
H/p: +012 319 0009
Email: sales@sudarabeachresort.com.my

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM125.

Seri Nipah Resort

Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga di Kelantan, Seri Nipah Resort ialah salah satu tempat menarik yang boleh kami sarankan. Ia adalah sebuah resort yang cantik terletak di kawasan pantai. Berbagai jenis chalet disediakan untuk tetamu seperti Chalet VVIP, Chalet Family dan Chalet Single. Harga yang dikenakan sangat berpatutan iaitu bermula dari RM80 semalam.

Sri Nipah Resort.

Aktiviti yang boleh dilakukan termasuk mandi dan bersiar-siar di tepi pantai yang landai dan bersih. Bagi anda yang suka memancing, anda boleh ke Sungai Changong yang terletak berhampiran resort ini. Akhir sekali, percutian anda takkan lengkap tanpa aktiviti bbq di malam hari. Semuanya disediakan untuk anda bila bercuti disini.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Seri Nipah Resort ialah:

  • Permainan sukan pantai.
  • Karaoke.
  • Memancing.
  • Berkhemah.
  • Hari keluarga.
  • Kem motivasi.
  • BBQ.

Antara kemudahan yang disediakan di Seri Nipah Resort ialah:

  • Tapak perkhemahan
  • Tempat meletak kereta
  • Surau
  • Dewan
  • Padang permainan
  • Kantin

Lokasi / Alamat:
Seri Nipah Resort
Kg. Kuala Nipah,
16300 Bachok,
Kelantan

Hubungi:
Tel: 09-778 3484
09-778 0288

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.

Chalet Sri Tujuh Resort

Bagi anda yang merancang untuk bercuti di Tumpat, Kelantan, Chalet Sri Tujuh Resort ialah tempat menarik yang sesuai dijadikan lokasi penginapan. Resort ini terletak dikawasan teluk yang cantik. Rekabentuk chalet juga unik dan cantik sekali. Paling menarik ialah chalet yang dibina diatas air. Apabila air pasang, ia kelihatan seolah-olah chalet terapung. Pengunjung boleh menikmati pemandangan yang sangat menarik terutama perkampungan nelayan yang berada diseberang resort. Suasana yang tenang dan damai pasti menghilangkan segala kekusutan yang ada dalam fikiran anda.

Chalet Sri Tujuh Resort.

Chalet Sri Tujuh Resort menyediakan bilik-bilik yang kemas dan selesa. Terdapat dua jenis penginapan disediakan iaitu chalet di darat dan di atas air. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, tv dan bilik mandi dengan pancuran air panas. Kemudahan yang disediakan dikawasan resort pula termasuk tempat meletak kereta, surau, restoran terapung, sudut bbq, gelanggang bola tampar dan dewan mesyuarat. Dengan harga murah yang ditawarkan, Chalet Sri Tujuh Resort amat berbaloi dijadikan tempat percutian bajet keluarga.

Lokasi / Alamat:
Chalet Sri Tujuh Resort
Pantai Sri Tujuh,
16200 Tumpat,
Kelantan

Hubungi:
Tel: +60 9-721 1753, 09 - 725 2224

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM85.

Perdana Resort PCB Kota Bharu

Jika anda ingin menginap dikawasan pantai semasa bercuti di Kelantan, Perdana Resort PCB Kota Bharu adalah lokasi menarik yang boleh anda pilih. Ia terletak berhampiran pantai dalam perkampungan tradisional yang damai. Berhampiran resort ini juga terdapat kedai cenderahati dan kraftangan tempatan, gerai makan ditepi laut dan perkampungan nelayan.

Perdana Beach Resort PCB.

Perdana Resort PCB Kota Bharu adalah antara resort yang telah lama beroperasi di Kelantan. Kemudahan dan layanan yang diberikan sangat memuaskan. Makanan yang disediakan juga sedap. Samada untuk bercuti bersama keluarga, berbulan madu atau bersendirian, resort ini tidak mengecewakan. Harga yang berpatutan juga sesuai bagi anda yang ingin merancang percutian bajet.

Lokasi / Alamat:
Perdana Resort Sdn Bhd
Jalan Kuala Pa’Amat,
Pantai Cahaya Bulan,
P.O Box 121. 15710 Kota Bharu,
Kelantan

Hubungi:
Tel: +09-7744000 , 019-9123440
Fax: 09-7744980
Email: sales@perdanaresort.com.my

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM130.

Morak Villa Resort

Morak Villa Resort ialah sebuah villa menarik yang berkonsep moden sangat sesuai untuk keluarga yang ramai. Villa ini mempunyai 5 bilik. Setiap bilik adalah untuk 2 orang tetamu kecuali bilik utama yang boleh memuatkan 3 orang. Jadi keseluruhannya, ia boleh memuatkan sehingga 11 orang tetamu pada satu masa. Kawasan villa cukup luas. Kolam renang yang cantik terdapat diperkarangan villa yang sudah pasti menggembirakan hati anak-anak dan memeriahkan lagi percutian anda.

Morak Villa Resort.

Kemudahan yang disediakan termasuk bilik berhawa dingin, kipas siling, tv dengan ASTRO disetiap bilik, peti sejuk, perabot asas dan bilik mandi dengan pancuran air panas.

Lokasi / Alamat:
Morak Villa Resort
PT 863, Kampung Bendang Ketom,
Wakaf Bharu,
16040 Tumpat,
Kelantan

Hubungi:
Tel: 012-334 2680 @ 012-300 0609

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM120.
Harga 1 malam untuk sebuah villa ialah RM680.

Dee Wana Resort

Dee Wana Resort ialah salah satu lokasi percutian bajet yang boleh anda pilih jika ingin bercuti di Pasir Puteh, Kelantan. Ianya resort sederhana tetapi sangat menyeronokkan kerana adanya kolam renang yang agak luas. Penginapan yang disediakan juga cukup selesa, luas dan bersih.

Dee Wana Resort.

Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang percutian ialah seperti bersiar-siar di kawasan pantai dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar kawasan Pasir Puteh.

Lokasi / Alamat:
Dee Wana Resort
Lot 1593, Jln Pesisir Pantai,
Kg Dlm Rhu, Pachakan,
16700 Pasir Puteh,
Kelantan

Hubungi:
Tel: +60 10-221 9006

Harga:
Harga villa 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM450.

Pasir Belanda

Pasir Belanda ialah resort menarik yang terletak tidak jauh dari Kota Bharu. Beberapa buah chalet yang cantik diperbuat dari kayu menanti pengunjung. Senibinanya begitu unik dan pasti menawan hati sesiapa sahaja. Kawasan resort dijaga bersih. Hiasan lanskap yang sederhana berkonsepkan perkampungan tradisional cukup sesuai bagi mereka yang ingin keluar dari kesibukan kota.

Pasir Belanda Resort.

Lokasi / Alamat:
Pasir Belanda
Kampung Banggol, PCB Road,
15350 Kota Bharu,
Kelantan

Hubungi:
Tel/ Fax : 60 - 09 - 747 7046
H/p : 60 017 - 934 0817
Email : info@pasirbelanda.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM160.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Kelantan, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Nota: Lihat senarai lengkap Tempat menarik di Kelantan untuk dilawati.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan yang kami kongsikan diatas adalah antara destinasi paling popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong luar. Semoga perkongsian ini membantu anda memilih lokasi paling sesuai untuk bercuti di negeri ini. Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di fb sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap kami di Percutian Bajet. Jangan lupa tinggalkan komen membina. Ia cukup bermakna dan amat kami hargai. Terima kasih dan selamat bercuti di Kelantan!

Comments

1

Perkongsian yang sangat menarik...

Add new comment