Percutian keluarga

Malaysia mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik yang sesuai dijadikan lokasi percutian keluarga. Pilihan popular ialah taman tema. Ia pasti penuh setiap kali musim cuti sekolah. Untuk percutian bajet, destinasi pilihan ialah kawasan pantai dan tempat peranginan air terjun menjadi pilihan utama. Tempat menarik yang boleh dilawati pula ialah muzium dan zoo.

Maklumat lanjut mengenai tempat percutian keluarga seperti harga tiket, permainan dan aktiviti boleh dilihat didalam artikel dibawah.

Wet World Shah Alam Water Park

Wet World Shah Alam adalah sebuah taman tema air menarik yang sesuai untuk percutian keluarga. Walaupun ia hanya sebuah taman tema air yang kecil, tetapi tarikan yang ada cukup menyeronokkan. Buktinya, Shah Alam water park ini telah menerima anugerah "Best Small Water Park 2O11" dan juga "1st Green Water Park 2O11". Aktiviti dan permainan yang disediakan lebih mementingkan keselamatan dan sesuai untuk kanak-kanak.

Harga tiket dan aktiviti menarik di Legoland Johor

Kaunter tiket Legoland Johor

Legoland Malaysia Resort adalah taman tema antarabangsa yang pertama dibuka di Malaysia. Ia juga adalah satu-satunya taman tema Legoland di Asia. Menyediakan berbagai aktiviti menarik, imaginasi dan pembelajaran, ia adalah lokasi percutian riang-ria yang paling sesuai untuk seisi keluarga. Bagi pengunjung yang ingin membawa keluarga bercuti ke sana, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu mengenai Legoland Malaysia Resort atau lebih dikenali dengan Legoland Johor ini sebagai panduan.

Sunway Lagoon Water Park Malaysia

Sunway Lagoon ialah taman tema popular yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Dibina dikawasan seluas 88 ekar, ia mempunyai lebih 80 tarikan pelancong yang terdiri dari Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park. Sunway Lagoon pernah dijadikan lokasi untuk acara muzik dunia iaitu MTV World Stage dan Arthur’s Day Celebration selama beberapa kali.

Bercuti di Teluk Senangin

Pantai Teluk Senangin Perak

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Teluk Senangin di Perak adalah salah satu lokasi menarik untuk percutian. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan sentiasa menjadi lokasi perkelahan penduduk setempat. Dari pantai Teluk Senangin, pengunjung boleh melihat Pulau Pangkor yang jauh ditengah laut. Deretan pokok-pokok rhu ditepi pantai pula menambah keindahan disini. Bagi anda yang ingin keluar dari kesibukan kota, suasana damai dan keindahan Teluk Senangin pasti memberi ketenangan yang anda inginkan.

Percutian menarik di Melaka Wonderland

Jika anda mencari lokasi percutian riang-ria bersama keluarga, taman tema adalah pilihan terbaik. Kali ini Percutian Bajet akan memperkenalkan sebuah lagi taman tema menarik di Malaysia iaitu Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Ia adalah sebuah taman tema air yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Berbagai permainan air yang menarik dan mengujakan tersedia untuk pengunjung pelbagai usia. Ia adalah lokasi percutian yang pasti menggembirakan setiap orang.

Tempat percutian menarik di Malaysia

Tempat percutian menarik malaysia

Percutian yang hebat tidak semestinya ke luar negara. Malah untuk menikmati percutian menarik dan bermakna juga tidak semestinya memerlukan bajet yang besar. Kita sangat beruntung kerana terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang boleh dikunjungi. Kali ini laman web Percutian Bajet telah menyusun senarai tempat percutian menarik di Malaysia yang paling popular mengikut jenis percutian sebagai panduan pengunjung memilih dan merancang destinasi yang sesuai untuk percutian mereka.

Senarai air terjun di Malaysia

Air terjun di Malaysia

Malaysia mempunyai banyak tempat pelancongan alam semulajadi yang menjadi tarikan pelancong. Salah satu darinya ialah air terjun. Terdapat banyak air terjun di Malaysia yang cantik dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Disini kami senaraikan air terjun terkenal yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti, berkelah bersama keluarga, mandi-manda atau berehat menenangkan fikiran.

Bercuti di kolam air panas Ulu Legong Baling

Air panas Ulu Legong

Salah satu tarikan utama yang terdapat di Baling ialah kolam air panas yang terletak di Ulu Legong. Kolam air panas ini kian dikenali dan mendapat sambutan pelancong yang melawat negeri Kedah. Tempat menarik ini sentiasa dipenuhi pengunjung dihujung minggu dan juga semasa musim cuti sekolah. Orang-ramai dari merata-rata negeri termasuk pelancong dari luar negara juga datang untuk mandi-manda dan bersantai bersama keluarga disini.

Percutian ke Lost World of Tambun

Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh, Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Lost World of Tambun logo.