Senarai tempat menarik di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur ialah Ibu Negara Malaysia, bandaraya sibuk yang tidak pernah tidur. Jika anda ingin berkunjung ke Kuala Lumpur, terdapat banyak tempat pelancongan yang boleh dilawati. Disini kami senaraikan beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur sebagai panduan untuk anda lawati sepanjang berada di sana.

Petronas Twin Tower Kuala Lumpur

Tempat menarik di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur mempunyai banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Antara tempat menarik yang boleh dilawati ialah:

  • Petrosains KLCC - Pameran industri minyak dan gas yang dipersembahkan dengan cara yang menarik. Harga tiket RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak.
  • Zoo Negara, Kuala Lumpur - Tempat menarik yang mesti dimasukkan kedalam senarai anda jika membawa anak-anak melancong ke Kuala Lumpur. Disini anak-anak anda akan belajar mengenal berbagai jenis binatang dan spesis masing-masing. Ia juga satu bentuk pembelajaran dimana mereka dapat melihat sendiri binatang tersebut didalam habitat semulajadi.
  • Planetarium Negara - Terletak berhampiran Taman Tasik Perdana, Planetarium Negara mempunyai pelbagai peralatan berkaitan astronomi.
  • KL Bird Park, Kuala Lumpur - Taman burung yang mempunyai lebih 5000 ekor burung dari 50 spesis.
  • Butterfly Park @ Taman Rama-rama Kuala Lumpur - Terdapat kira-kira 6000 rama-rama dari 120 spesis didalam taman ini.
  • Pusat Sains Negara - Terletak diatas Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Mempunyai rekabentuk yang unik dan kubah geodesik. Mempamerkan pelbagai barangan berkaitan sebagai satu usaha meningkatkan minat dan kefahaman orang-ramai terhadap sains dan teknologi.
  • Perpustakaan Negara - Gedung ilmu yang menyimpan maklumat pelbagai topik. Kata orang, "Apa susah, sekarang semua boleh google". Kata yang lain pula, "Maklumat dalam internet tidak boleh dipercayai". Tapi kalau kita lihat buku-buku masa kini hampir semuanya mempunyai rujukan (reference) ke laman web. Jadi kita nak kata apa? Kita kata, "Mana-mana pun, kita perlukan ilmu untuk menilai ilmu".

Tempat Menarik Lain

Jika anda mempunyai masa, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat menarik lain di Kuala Lumpur yang kami senaraikan ini:

  • Aquaria KLCC - Tengok pelbagai spesis ikan dari dalam dan luar negara dalam akuarium yang besar. Menarik ke? Menarik sangat cuma harga tiket masuk tidak berapa menarik. Dewasa RM40 dan kanak-kanak RM30.
  • Bukit Bintang - Meriah di Kuala Lumpur pada waktu malam.
  • Muzium Negara - Terletak berhampiran Taman Tasik Perdana. Merupakan muzium terulung di Asia Tenggara. Terdapat empat buah galeri utama yang memaparkan pelbagai khazanah kesenian, kebudayaan, sejarah dan lain-lain.
  • Muzium Sejarah - Muzium Sejarah Nasional ini dibuka kepada umum pada 4 April 1996. Mempamerkan bahan sejarah negara yang diklasifikasikan mengikut kategori seperti Senjata, Manuskrip, Peta, Duit, Cop Mohor dan Alat Batu.
  • Muzium Kesenian Islam - Dibuka pada 1998 mempamerkan kesenian dan kebudayaan dalam perkembangan sejarah dan tamadun Islam.
  • Muzium Diraja.
  • Menara Kuala Lumpur - Dibina pada tahun 1993 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Oktober 1996. Tujuan utama Menara Kuala Lumpur dibina ialah untuk menambah baik khidmat telekomunikasi dan system pemancar. Pengunjung boleh menaiki menara ini untuk melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari atas.
  • Menara Berkembar Petronas - Destinasi yang harus pergi jika bercuti ke Kuala Lumpur. Apa yang menarik disini ialah pemandangan bangunan Menara Berkembar Petronas itu sendiri, gedung membeli-belah ditingkat bawah dan berbagai tempat menarik lain yang ada disini.
  • KL City Gallery.
  • Taman Botani Kuala Lumpur.
  • Taman Orkid Kuala Lumpur.
  • Taman Tasik Titiwangsa.

Tempat menarik yang unik

Terdapat beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur yang unik boleh dilawati seperti:

  • Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Kompleks mahkamah yang terbesar didunia ini mempunyai 77 buah bilik perbicaraan yang merangkumi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.
  • Masjid Negara Kuala Lumpur - Masjid rasmi Malaysia.
  • Masjid Wilayah Persekutuan - Juga dikenali sebagai Masjid Jalan Duta. Masjid yang sangat cantik bercirikan Masjid Uthmaniyah di Turki dengan ruang dalaman yang berkonsepkan traditional melayu.
  • Masjid Jamek Kuala Lumpur.
  • Thean Hou Temple, Kuala Lumpur.
  • Bangunan Sultan Abdul Samad - Bangunan mahkamah yang berkonsepkan senibina Moor ini adalah hasil rekaan arkitek British iaitu Anthony C. Norman.
  • Bangunan Keretapi Tanah Melayu.
  • Dataran Merdeka.
  • Tugu Peringatan Negara.
  • Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua.
  • Perpustakaan Kuala Lumpur.
  • Istana Budaya
  • Balai Seni Lukis Negara

Membeli-belah

Kuala Lumpur mempunyai banyak pasaraya untuk membeli-belah. Namun jika anda ke Kuala Lumpur pastikan anda kunjungi tempat menarik untuk membeli-belah yang kami senaraikan dibawah:

  • Pasar Seni
  • Pasar Malam Jalan TAR
  • Jalan Petaling

Setakat ini dahulu senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang sempat kami muatkan disini. Kami akan sentiasa mengemaskini dan menambahbaik maklumat disini agar menjadi panduan pengunjung yang ingin melancong atau bercuti ke Kuala Lumpur. Jika anda ingin berkongsi tempat menarik disini, sila komen dibawah.

Lihat semua tempat menarik disetiap negeri: Tempat Menarik.

Lokasi