Kuala Terengganu

Maklumat destinasi pelancongan, aktiviti dan tempat menarik di Kuala Terengganu termasuk tempat membeli-belah, kebudayaan, sejarah dan warisan, taman rekreasi, pulau peranginan, serta destinasi popular untuk dilawati. Ia turut menjadi pilihan sebagai destinasi percutian keluarga di musim cuti sekolah.

Taman Monumen Kuala Terengganu

Taman Monumen Kuala Terengganu

Taman Monumen ialah tempat menarik yang mesti dilawati jika berkunjung ke Kuala Terengganu. Ia adalah sebuah taman yang mengumpulkan bangunan terkenal diseluruh dunia yang dibina dengan skala yang lebih kecil. Pengunjung dapat melihat dan menghargai keindahan senibina Islam terutama masjid yang cukup mengagumkan.

Untuk melihat apa yang menarik di Terengganu, sila ke halaman Tempat menarik di Terengganu.

Masjid Kristal Kuala Terengganu

Pemandangan Masjid Kristal

Masjid Kristal ialah salah satu tarikan pelancongan di Kuala Terengganu yang mesti dilawati. Ia adalah produk pelancongan Islam yang cukup menarik dan unik. Kawasan pembinaannya di tepi Sungai Terengganu dan rekabentuk senibina yang mengagumkan menjadi tarikan bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong dari luar negara.

Untuk melihat apa yang menarik di Terengganu, sila ke halaman Tempat menarik di Terengganu.

Melawat Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu

Monumen di Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam adalah tempat menarik yang mesti dilawati jika anda bercuti di Kuala Terengganu. Terkenal dengan Masjid Kristal, ia sebenarnya merangkumi dua kawasan iaitu Zon A Monument Park dan Zon B kawasan awam. Taman Monumen mengambil lebih separuh keluasan pulau ini. Di kawasan awam pula terdapat Masjid Kristal, Convention Centre, Arked Terengganu, Restoran B’Beteng dan Tasik Pahlawan.

Tempat menarik di Kuala Terengganu untuk dilawati

Tempat menarik Masjid Kristal

Salah satu lokasi pelancongan yang menarik di pantai timur ialah Kuala Terengganu. Ia adalah sebuah bandar cantik yang terletak di tepi laut. Kuala Terengganu mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri. Ia terkenal sebagai lokasi pemasaran barangan tempatan yang berkualiti tinggi seperti songket dan batik. Disini juga terdapat beberapa lokasi pelancongan yang cukup menarik dan unik. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi senarai tempat menarik di Kuala Terengganu yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke bandar ini.